BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Pengapit. Show all posts
Showing posts with label Pengapit. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Inspirasi Perkahwinan- Imran + Mira

Assalammualaikum;

Alhamdulillah, 2 down and 2 to go.

Sekadar berkongsi. Perkahwinan, ala Moroccan.






FB: Kudegraphy

Album: Mira + Imran

p/s: shopping!

Tuesday, October 30, 2012

Pengapit Pelangi

Assalammulaiakum;

Pengapit Pelangi?

Bukan untuk dirini pun. Belum lagi. InshaAllah.

Tapi nampak sesuatu yang cantik.

Warna pastel. Pelbagai.

Fesyen lebih kurang. Nampak sekata.

Cantik!

Okay. Apa yang sebenarnya pelangi nak kongsi?

.
.
.
.
.


Image: The Kliker | Wedding & Portrait Photography

Cantikkan?

Takdelah sedondon. Warna manis. Seperti Pelangi!

Tadi; sms dia. "There is always an uneasy feeling. But you always swept it away".

Hubungan jarak jauh ini, hampir sedekad. Alhamdulillah.

Susah senang. Suka duka. Tawa dan tangis.

Aral luar. Dugaan. Semuanya untuk menguji ikatan ini.

InshaAllah. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah.

p/s: Rindu dengan dia.

Friday, July 27, 2012

Bridesmaid

Assalammualaikum;

Salam Ramadhan.

Selalunya, pengapit pengantin akan pegang bunga.

Menjadi penambah seri.

Ataupun, gunakan payung sebagai props ketika sesi photography.

Boleh ke guna benda lain untuk props?

Ada benda lain tak yang unik yang boleh dijadikan idea yang kreatif?

Jom tengok apa yang nak di kongsi....

.
.
.
.
.



p/s: Pelangi masih tercari" waktu.

Sunday, July 8, 2012

Pengapit Comel

Assalammualaikum;

Nak tengok idea pengapit comel?

Jom layan gambar...

.
.
.
.
.



p/s: Comel seperti sang pelangi!

Wednesday, February 1, 2012

Pengapit Pengantin


Pengapit Pengantin, selalunya di negara kitani pengapit pengantin bukan dari kalangan orang muda. Selalunya ialah orang tua yang kitani bagi upah untuk menjaga kitani. Mereka ani di panggil pengangun. Pengangun ani ialah seorang wanita tua yang selalunya ditugaskan untuk menjaga si pengantin. Kenapa? Sebab takut dikenakan atau terkena anasir jahat atau buatan orang.

Bukan apa, si pengantin kan berdarah manis. Kitani inda akan tahu kalau ada orang yang berniat jahat atau dengki. Jadinya, si pengangun selalunya di bekalkan ayat2 suci Al-QURAN untuk menjaga kitani sebagai pendinding.

Waktu hari persandingan, selain daripada pengangun yang mengiringi kitani naik ke pelamin, adalah orang2 tua kitani. Mendenganikan saja, maklum kadangnya pengangun bukanlah orang2 dari keluarga dekat. Si pengantin, mesti jua maunya di temankan oleh keluarga. Biar inda janggal.

Selain daripada atu, flowergirls and boys pun kadangnya ada. Terutama pada keluarga yang banyak anak2 kecil. Mereka antara yang menjadi penyeri di pelaminan nanti. Tapi kenapa kitani inda mencuba mengubah trend? Kenapa inda menggukana yang dewasa atau muda belia?




Lawakan? Maklum di negara kitani masih jarang untuk menggunakan pengapit muda remaja. Lagipun nampak ringkas saja bila mereka ani diberi baju warna sedondon. Ialah, selalu kalau di negara kitani, keluarga dekat semua di bagi baju kurung sekayu. Bukan plain, tapi bercorak. Cuba buat kelainan. Mungkin ada yang sudah menggunakan style macam ani, tapi keluarga2 atu hanya ditugaskan menyambut tetamu. Bukan mengiringi ke pelamin. Atau, untuk mengangkat hantaran mungkin?

Kain plain senang kitani dapatkan, lagipun murah. Tapi janganlah di beli terlalu murah, mesti jua kualiti yang bagus. Supaya inda nampak murah dan tidak kemas, sebabnya kadang kain murah ani cepat lusuh.

Untuk versi melayu, pengapit di bawah nampak cantikkan?



Sediakan tambahan aksesori untuk si pengapit seperti selendang anda handbouquet. Cantikkan?

Kalau mau kan kelainan....


Menarik? Tapi, kalau rasanya terlalu seksi untuk bersari, carilah yang menutup aurat. Atau, kan kitani orang melayu selalu membeli sari dan dipotong menjadi baju kurong. Pun cantikkan?

Tapi mesti diingat, pengapit2 tadi mestilah memakai baju sedondon yang berlainan warna dengan kitani. Bukan apa, takut pengantin tenggelam! Biarlah warna yang berlawan, biar pengantin lebih terserlah.

Atau mau yang lebih simple? Yuyu Aziz, buat saya jatuh cinta. Yuyu Aziz memilih warna kuning dan putih sebagai warna tema hari nikahnya. Sesuatu yang jarang kitani liat. Tapi, cantik! Si pengapit memakai baju kurung kuning polka dot dan bertudung putih. Menawan. Simple tapi manis.


Oh, rasanya satu gambar inda mencukupi....lihat yang ini


Berani untuk membuat perubahan? Kenapa inda, buat satu kelainan untuk majlis kahwin kitani. Simple tak semestinya tak cantik.

Jumpa lagi =D

p/s: Idea doorgifts yang dijanjikan mungkin akan di post kemudian, idea ada tapi sumber gambar kurang. Malas nak cari!