BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 30, 2012

Doorgift dan Coretanku

Assalammualaikum;

Buah tangan di kalangan kitani masyarakat Brunei selalunya kurang lebih sama saja. Yang menjadi minat kalau majlis kahwin2an ani adalah;

1. Cawan


2. Roti


3. Minuman sekotak


4. Biskut


5. Jar


6. Plastic Jug/Pitcher


7. Thermos


8. Payung


9. Tuala


10. Beras Laila atau Beras Wangi


List di atas ani adalah antara yang paling top di Brunei. Nda ikut turutan. Ani antara campur atau buah tangan yang selalu di terima kalau lepas ke jemputan. Alhamdulillah.

Tapi....

Sekadar menjadi perbincangan.

Selalunya jemputan untuk majlis si pengantin perempuan adalah 1000 ke 1500 jemputan. Bayangkan, berapa banyak belanja untuk kahwin? Ani baru satu majlis, majlis besar...hari persandingan. Indakah kitani ani, terlalu mengikut kata hati? Bukan apa, nada niat untuk mempertikaikan. Benar, belanja sendiri2. Siapa aku untuk mempertikaikan? Tapi sekadar menjadi renungan....

Benar, nda dapat di sangkal....inysaAllah kahwin hanya sekali. Biarlah yang pertama dan terakhir. Mau jua kan besar2an, nda mewah inda apa janji meriah. Tapi, berapa banyak sebenarnya perbelanjaan untuk kahwin? Untuk satu majlis saja sudah berbelas ribu, atau berpuluh ribu mungkin?

Bayangkan, catering kalau di ambil yang BND5.00 per pax, untuk 1200pax. Berapa sudah kalau di jumlahkan? Ditambah dengan buah tangan lagi....kadang pemilihan buah tangan ani membantu. Kalau pandai mencari di mana murah, InsyaAllah save budget dan gerenti disukai semua. Tapi, kalau barang mahal....entahlah. Ikut rezeki masing2.

Kadang, siuk jua melihat B2B Malaysia. Bukan apa, kreatif atu semua orang sebenarnya kreatif. Tapi, penerimaan macam mana? Semua orangkah dapat menerima pilihan kitani? Kadang, di bagi Kipas Tangan (Kiyap nya orang kitani) ada jua yang berkata2. Nda dapat memuaskan hati semua pihak. Yang susahnya siapa? Pengantin yang tadi tersenyum ketawa pasti akan bermuram lepas majlis. Kenapa? Menanggung hutang!

Benar, kalau bukan melalui pinjaman bank...dimana lagi kan dapat duit untuk berlanja kawin. Kan harapkan wang simpanan berapa banyak yang dapat di simpan sebelum kahwin? Kalaupun ada, nda banyak mana..inda mencukupi untuk menyelesaikan semua majlis.

Maklum, kitani di Brunei banyak sangat majlis atau adat yang perlu di ikuti. Ayat paling selalu di dengar, "Bila jua lagi kan macam ani?". Benar, inda kenapa. Kalau berezki, InsyaAllah aku satu hari nanti pun mau kan merasai semua majlis. Tapi kalau kewangan nda memihak, inda apa. Siapa kita untuk melawan apa yang sudah tertulis?

Yang penting adalah tuntutan agama, bukan adat!

Inda lagi dapat di pakai pepatah, Biar mati anak jangan mati adat! Aku masih ingat lagi, waktu sekolah menengah mendegar saja pepatah atau simpulan bahasa atu...inda ku suka! Kenapa? Kalau anak mati, siapa akan meneruskan adat? Lagipun, kitani beragama Islam. Islam tak pernah menyusahkan, malah menyenangkan!

Aku memasang angan, agar satu hari nanti...kita semua berfikiran terbuka. Bukan buah tangan yang menjadi ukuran, bukan banyaknya majlis yang menjadi persoalan. Yang penting itu tuntutan agama. Nikah itu yang sewajibnya.

Sepatutnya, hari pernikahan yang diraikan sebesar2nya..semeriahnya. Itu tuntutan agama. Saat itu , saat sudah sah bergelar suami isteri yang seharusnya di hebohkan! Bukan hari persandingan. Anniversary kita seharusnya sewaktu hari nikah, tarikh hari nikah bukan hari persandingan!

Jemputlah, seramai2nya dan hebohkan berita gembira iaitu ketika hari pernikahan. Tapi Alhamdulillah jua, masa ani semakin ramai yang membuat majlis sehari. Maksudnya, lepas nikah terus bersanding. Secara kebetulan, semakin lurus sudah pemikiran orang kitani. Ramai tah jua datang waktu nikah, waktu yang seharusnya di hebohkan. Alhamdulillah.

Sampai sini dulu, InsyaAllah esok akan post tentang doorgift yang murah tapi menarik! Jarang di buat dikalangan orang kitani, tapi kalau di buat hairan kali orang.

Photobooth props


Kalau membuat photobooth, jangan di lupa props nya! Alang2 ada, teruskan 'kegilaan' nya. Jangan salah faham, bukan gila yang saya maksudkan. Tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kehujung lengan. Sediakan semua props yang di perlukan.

Tapi, boleh jua kalau kitani sediakan props saja tanpa photobooth atau photostand atau the backdrop. Kenapa? Kan sudah ada pelaminan yang indah..pakai saja tah pelaminan atu. Tapi sediakan props. Jadi gambar inda kaku. Kawan2 kitani, keluarga.....siapa saja yang mau bergambar bersama pengantin bolehlah gunakan props yang ada. Sipengantin pun apa kurangnya, tambah kelainan dengan posing menggunakan props. Indakan gambar ayu dan manis saja. Mau jua, kelihatan ceria.

Ani alternatif yang paling baik. Tanpa perlu berbelanja lebih. Beli kertas warna dan potong ikut bentuk yang kitani mau. Bibir seksi? Kumis tebal? Kacamata? Text? Semua boleh, janji kreatif!








Selain daripada potongan bentuk macam di atas, kitani bulih jua sediakan bendera. Sebenarnya murah ni. kalau kitani terjumpa wrapping yang murah, unik, comel dan cantik kenapa inda? Potongkan ikut bentuk bendera. Senangkan? Gamkan atau tampal pada tali...gantungkan. Sudah siap jadi hiasan! Nda perlu berbelanja lebih menyediakan backdrop untuk photobooth. Apa2 ani, kalau kreatif semua inda jadi masalah.




Atau gunakan frame gambar? Lawa jua kan? Lagipun inda membazir, lepas majlis frame gambar boleh digunakan utuk kitani bingkaikan gambar kahwin. Nda ja? Kreatif benar orang2 ani. Alhamdulillah, berkongsi ilmu.



Mini blackboard yang kitani boleh dapatkan dengan harga BND3 ke BND5 pun boleh diguanakan. Bolehlah si tetamu tuliskan ucapan tahniah dan bergambar sama pengantin. Atau tulis kata2 cinta, dan si pengantin tadi akan gunakan untuk props. Atau perkataan "BRIDE" dan "GROOM"...mungkin jua perkataan "He's mine" atau "Officially Married" di buat. Cantik? Kreatif? Yang penting, jangan terlalu membazir. Rajin2 kan diri untuk DIY, iya ia akan mengambil masa tapi hasilnya memuaskan dan inda mahal!

Sebenarnya, lama sudah jatuh hati kan pengunaan props ani. Masa waktu masih belajar di Malaysia. Waktu meliat rancangan We Got Married, TV show Korea.


Cantik? Pasti jatuh cinta, lebih cantik bila si pengantin bersahaja.

InsyaAllah, kalau ada rezeki inda kenapa.

Sumber gambar adalah ihsan, Mr Google.

Oh Wow, Lovely!

Dear Azalea

Photobooth


Assalammualaikum;

Photobooth memang dah mula famous dekat Malaysia, tapi untuk di negara kitani Brunei....aku sendiri nda tau kalau ia praktikal atau inda. Sebabnya;

1. Waktu jemputan kitani berbeza. Di Malaysia, jemputannya datang dan pergi walhal kitani jemputan datang pada waktu yang ditetapkan. Misalnya, 1200 jemputan yang dijangka hadir....datangnya sekaligus.

2. Adakah orang tua kitani setuju? Ialah, walaupun majlis kitani tapi hati orang tua mesti di jaga. Pasalnya, majlis kawin ani bukan perkara main2. Kitani mesti jua memikirkan maruah keluarga. Inda pulang salah, bergambar2. Tapi kebiasaan kitani, bergambar di pelaminan.

3. Terbukakah sudah minda orang kitani untuk terdapat photobooth ani? Kalaupun ada yang faham akan kegunaannya, malukah inda bisdorang? ataupun, cuma saudara kitani yang muda belia saja yang menggunakannya? dan kawan2 yang selalunya,inda seberapa ramai yang kitani jemput?

4. Kadang di fikirkan, kalau ada rezeki lebih and kemahuan kenapa inda? Tapi mesti jua di fikirkan dari segi praktikalnya. Berbaloi kah inda membuat? Atau berbaloi kah menempah orang membuat?

InsyaALLAH, satu hari nanti mungkin akan dapat diterima oleh orang kitani. Mungkin jua satu hari nanti, akan ada vendor2 yang menyediakan peralatan ani... menyediakan photobooth. Lawa pulang, siapa jua inda mau? Kalau ada rezeki, InsyaAllah.





Tapi mesti jua kitani ingat, kalau misalnya mampu untuk membuat photobooth ani sebagai kelainan di majlis kitani...di mana letaknya? Kalau membuat majlis di dewan, nda jadi masalah.

Photobooth boleh di buat di bahagian luar dewan sebelum orang membagi buah tangan. Dapatlah jua tetamu yang datang terutamanya kawan2 kitani bergambar sebagai kenangan. Kadangnya, ada pengantin yang menyediakan tukang gambar untuk mengabdikan siapa yang bergambar di photobooth. Sebagai kenang2an.

Tapi kalau kitani membuat di rumah cmana? Fikirkan. Saya bercakap dari segi praktikal.....dan kelaziman orang Brunei. Rumah kitani macam mana. Di mana letak pelamin, di mana jua letaknya photobooth mestijua di ambil kira. Kalau di letakkan di luar rumah, siapa kan bergambar? walhal, orang yang datang selalunya duduk terus di kem. Melainkan kawan2. Inda ja?

Takut, kalau yang kitani buat ani..di puji lawa tapi membazir. Melainkan rumah luas, halaman rumah besar.....dan kalau di liat sangat praktikal. Apa salahnya. Ikut kehendak hati, fikirkan sendiri. Saya sendiri nda akan menyangkal.....kalau ada rezeki dan kreativ, kenapa inda? Tapi, iatah tu...di mana letaknya? dan berapa ramai yang akan bergambar di sana untuk membuat photobooth atu berbaloi?







Sumber gambar adalah dari Mr. Google.

Nda dapat di nafikan, kreatif kan dorang? Tapi kali jua, sebab dorang inda terdapat pelaminan macam apa yang kitani ada.

Comelkan? Cantik, sampai kita jatuh cinta.

Sunday, January 29, 2012

Surah Yassin dan Asmaul Husna

Assalammualaikum;

Dulu, adalah jua..angan2 untuk membagi Asmaul Husna. As in Brunei inda common untuk membagi Asmaul Husna. Pasal selalunya Surah Yassin. Tapi kalau di Indonesia, selalu sudah ni. Pernah rasanya dulu membaca tentang review from one of the blogger, membagitau..kalau di Jakarta, banyakni berjual. And masa ani I realised, Malaysia bloggers pun selalu sudah membagi. Untuk majlis damit2, mcm Majlis Aqiqah and etc.

Masa majlis pertunangan dulu, ada jua angan2 kan membagi. Tapi, oleh kerana kesuntukkan waktu and masa atu in Brunei for good sudah...inda lah sempat. Klw ngam waktu atu masih belajar di Malaysia, senang jua kan di bawa balik.

Tapi mestitah tani ingat tu,kalau membawa barang cetakkan macam surah Yassin atau Asmaul Husna ani, mesti lagi di luluskan oleh Pejabat Ugama Islam. Mungkin Pusat Da'awah. Ialah, dorang kan men-check dulu..takut salah atau apa. Lagipun, andang sudah undang2kan.

Membagi Surah Yassin atau Asmaul Husna ani, bukan pasal ia murah dan comel packagingnya. Tapi mesti jua di ingati ada manfaatnya. Nda salah rasanya kalau kitani berkongsi ilmu.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari






The above are from: Dear Azalea

Dear Azalea is very talented and creative! You can view her albums, her works is Oh, saya jatuh cinta! Her candy buffet, guest book corner, photo props and etc is super gorgeous!


Or, you can choose the simple yet elegant design. Tapi I tak ingat, ni from which company. I will update once I found the FB page.


The above is from one of the B2B. She is among the first, yang I baca tentang Asmaul Husna. Dan jatuh cinta with the colours. Tak lain tak bukan, from The Zaila.




The above is from Ole-Ole Manis. Design yang comel and it comes with packaging too.




And last vendor, is from Creatively Designed.

There's another few vendors yang I ingat memang in my FB a/c. Tapi, some of them dah tak ingat the vendor name. Tapi the design memang more or less, pricing je different. Tapi comelkan? We never think to have those idea, cute design and customised by us. Paling penting, manfaat Asmaul Husna yang ingin kita kongsikan.

InsyaAllah, ada rezki akan sampaikan hajat untuk cetak personalised Asmaul Husna atau Surah Yassin untuk majlis nanti. Mungkin untuk orang yang datang berdikir? atau untuk kaum keluarga dekat yang banyak membantu. InsyaAllah.

Kadang kita terlupa, yang kita hanya merancang. Tapi tak salah berkongsi impian.

Saturday, January 28, 2012

Brown Paper Bag

Assalamualaikum;

Brown Paper Bag. Memang dah popular dekat Malaysia since years ago. Diorang guna untuk letak campur atau buah tangan tetamu. Well, nda pulang bulih di pakai untuk campur yang berat unless ada base. It's cheap tapi perlukan kreativiti.

Bagitau my mom about this 2 years ago untuk majlis kesyukuran di rumah. Tapi, nda di persetujui. Inda pulang ckpnya inda, tapi mama diam saja. So, pendamkan saja. Mungkin my mom belum nampak apa lawanya, atau cali kali baginya?


The above was what I manage to do untuk majlis anak kakaku, last November. After 2 years, baru sampai hajat. Tapi inda banyak, dalam 100 pcs saja. Dalamnya, biskut/roti. Inda lama membuat, dalam sejam siap. Ribbon pun, pakai apa yang ada di rumah sudah. Ikat jadi ribbon, tampalkan. Doily Paper is cheap too. Jadi penggunaan brown paper bag ani, murah tapi lawa!

Some of the creative designs by other bloggers and vendors; source from Mr. Google.










3 words; CANTIK, COMEL & CREATIVE!

Tips:

Tapi perlu di ingat, as the paper quality inda berapa tebal...jangan, isikan dengan barang berat. Takut koyak. And the thin paper mudah lusuh, maksudnya..nampak 'picak' kalau kitani nda susun bisai2 once ada isi sudah dalamnya and di kemaskan dalam kotak sebelum majlis. Nda kemas usulnya tarus. Jadi, mesti simpan bisai2....as this brown paper bag boleh di consider fragile. While the brown paper bag yang berwarna putih, is slightly thinner and a bit transparent. Nda jua kitani mau our guest can see what's inside. Make it a surprise.

Im taking orders too, ikatkan riben and tampalkan doily papers or anything you want on your brown paper bag. Nda termasuk memasukkan 'isi' atau campur. Just preparing the brown paper bag =D