BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Coretan- Adam, kenalilah Hawa.

Assalammualaikum;



Ini kisah tentang 'Hawa', golongan yang mempunyai sifat yang unik dan susah untuk dimengerti 'Adam'.

Artikel: Adam, kenalilah Hawa. Tolonglah!

Hawa punya hati sangat rapuh.

Jiwa Hawa juga sensitif.

Mata mereka mudah berkaca.

Bukan kerana lemah, tetapi fitrah alam.

p/s: InshaAllah.

Tuesday, June 12, 2012

Hantaran Oh Hantaran

Assalammualaikum;

Sekadar berkongsi artikel yang menarik disini.

Tiada niat untuk 'mengenakan' sesiapa. Sekadar menjadi garis panduan.

Artikel: Hantaran Oh Hantaran



Nota Penulis:

Kos berkahwin yang begitu tinggi menyebabkan ramai lelaki menangguhkan perkahwinan mereka. Bukannya soal tiada calon tetapi sebab tak ada ongkosnya!

Tetapi jika kita kembali kepada Islam, perkahwinan sangat dipermudahkan...

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".

p/s: Hatta senaskah Al-Quran, aku terima jika ia datang ikhlas dari hati. Perkahwinan bukan satu drama, ia ikatan janji tanggungjawab antara dua hati. Bukan mas kahwin dan meriahnya acara yang menjadi ukuran. Tapi, keikhlasan dan kejujuran dalam membina 'masjid' yang menjadi sandaran.

Sunday, May 6, 2012

Coretan- Jarak itu Menjaga Aku dan Dia

Assalammualaikum;

Jarak itu menjaga aku dan dia.

Baca link diatas, satu coretan atau rencana yang banyak memberi aku kefahaman tentang kehidupan. Kenapa dan mengapa, kami harus lalui cinta jarak jauh.

Dia sekarang menghadiri kursus, di Songkhla Thailand selama dua minggu.

Ya Allah, aku mohon biar dia sentiasa dalam keadaan selamat disana.


Nota:

Aku jua pernah kecewa dengan jarak, bukan sekali tapi berkali2. Sering kali bersedih kerana terpisah beribu batu jauhnya. Tapi kini aku mula sedar, jarak itu bukan menghukum kami. Jarak itu menjaga kami. Aku yakin, sejauh manapun jarak kami terpisah...jika tertulis jodoh antara kami, akan bertemulah ia ♥

"Sengaja Allah aturkan hubungan ini terpisah jauh, biar ikatan ini terpelihara".

"Semoga kita boleh mencipta syurga di dunia, sebelum meraih syurga di akhirat yang kekal".

(7 Petala Cinta, 2012)

Saturday, May 5, 2012

Coretan- Pelangi


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir.

Kita bersedih dan bertanya kemana hilangnya matahari?

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi!

Friday, May 4, 2012

Sekadar Renungan

Assalammualaikum;

Dua bahan bacaan yang ingin dikongsikan. Ianya adalah pembacaan yang baik, membuka mata dan minda. InshaAllah.

Artikel 1: Jauhi Hutang Bila Nak Kahwin


Nota Penulis:

Antara Majlis mewah atau sederhana, terpulang pada diri anda. Tapi perlukah berbelanja sebesar itu untuk mengadakan semua majlis. Entah apa yang penting, adat melayu atau tuntutan agama?

Bukalah minda, berfikir secara rasional. Wang dihabiskan berpuluh ribu ketika majlis, semua orang gembira. Di hujung majlis, tiada siapa yang turut sama memikirkan hutang, apalagi membantu membayar hutang!

Siapa yang menanggung semua...semuanya? Si pengantin yang tersenyum lebar tadi, kini pening kepala. Fikirkanlah, masa depan sempurna lebih penting. Miliki rumah dan kereta tanpa hutang lebih berbaloi.

"Kahwin hanya sekali!" sering kali diungkap. Terpulanglah, andai rezeki kita melimpah, tunaikan semua impian. Tapi jika tak tercapai dek tangan, lupakan!

Artikel 2: Jangan Takut Kahwin Awal


Nota Penulis:

Paradigma yang perlu diubah. Jauhi hutang, untuk apa menutup mulut orang jika diri sakit menanggung hutang?

Kenapa perlu berbelanja berjuta, andai perut tidak terisi. Islam tidak menyusahkan, bahkan menyenangkan.

Permudahkan urusanmu, bersederhanalah. Masyarakat perlu buka mata, keluar dari lapuk lama. Buat yang termampu,andai itu yang terbaik untuk kamu, dia dan semua.

Sesuatu yang perlu difikirkan, kepentingan adat melayu atau syariat Islam? Halal disisi Allah atau takut tohmahan masyarakat?

Perlukah berbelanja berjuta utk memuaskan hati semua pihak? Atau bersederhana, tapi tetap mendapat kritikan ramai? Manusia, tak akan puas.

Renungkanlah.

Coretan- Cinta Jarak Jauh


In a Long Distance Relationship for about 10 years. It is not impossible. It is the power of love. Distance is nothing. Love is something ♥

Cinta tak buta dalam menilai kasih sayang, kita yang membutakan mata dan mentulikan telinga. Akal tak bodoh dalam urusan hati, hati tak menipu dalam urusan cinta ♥

Distance isn't easy, but it isn't impossible either ♥

Wednesday, May 2, 2012

Coretan- Pelangi Kehidupan


Kehidupan ini seperti cerita, penuh suka dan duka. Hari ini kita mungkin ketawa bahagia tapi esok mungkin menangis berduka. Bersyukurlah dengan apa yang ditentukan dan redha dengan setiap kejadian. InsyaAllah, bahagia akan menyeliputi kehidupan.

Hidup ini seperti pelangi, penuh warna ♥

Saturday, March 31, 2012

Sekadar Coretan

Assalammualaikum;

Sedikit pengenalan diri. Aku merupakan anak dari keluarga yang kecil, yang mana mama ku berasal dari Daerah Tutong dan bapaku dari Daerah Brunei Muara. Aku bersyukur punya kedua orang tua seperti mereka. Kenapa? Mamaku bersifat memahami, apa yang membazir baginya dan tak perlu....maka tak perlulah dilakukan. Adat jua, hanyalah sekadar tradisi yang perlu dilakukan jika berkemampuan dan bukan wajib baginya. Manakala, bapaku merupakan seorang yang ringkas tetapi menekankan aspek agama. Apa yang penting adalah Akad Nikah dan adat hanyalah adat. Buat tak apa, tapi jangan melebih2kan adat dari tuntutan agama.


Satu soalan yang pernah bermain difikiran. Ada pernah bakal pengantin yang mengikut kursus nikah bertanya kepada Ustaz dan Ustazah? "Apakan tu yang pengangun buat, melilitkan 7 warna benang dan di apikan, kemudian ditiup biar terhapus apinya oleh pengantin perempuan?". Maaf, aku orangnya cetek sedikit tentang adat. Apa yang pernah aku lihat, akan ku persoalan. Tapi didalam hati. Tak nak ada yang tersinggung dan terasa hati. Atau ada yang pernah bertanyakan, "Apakan tu pengantin lelaki buat, meletakkan tangan di bahu pengangun, mengelilingi katil atau kamar tidur?" Maaf sekali lagi, aku hanya pernah menyaksikannya tapi tak pernah bertanya.

Perlukah adat didulukan?

Waktu kakakku berkahwin dulu, tak ada langsung adat sedemikian dilakukan. Bukan niatku untuk mempersendakan adat, aku tau ianya tradisi. Tapi sekadar bertanya, ingin tahu. Ada sesiapa tahu? Tolong kongsi. Terima Kasih.

Oleh kerana latar belakang ku yang berbeza dengan anda yang diluar sana, mama yang moden dan bapa yang ringkas...tuntutan agama bagi kami didahulukan dan adat hanyalah penghias acara. Bukan aku membelakangkan adat sepenuhnya. InsyaAllah, jika ada rezeki lebih aku jua akan membuat majlis yang beradatkan orang Brunei. Siapa inda mau, merasa sekali seumur hidup memakai pakaian Brunei tika Majlis Berbedak. InsyaAllah andai ada rezeki. Siapa inda mau merasakan kemeriahan Majlis Basuh Kaki adat orang tutong. InsyaAllah.

Seperti waktu Majlis Pertunangan dulu, aku tetap mengikut adat. Duduk di kamar tidur menanti keluarga lelaki datang menyarungi cincin. Aku tak keluar, kerana apa? Itu adat, biar duduk menanti bukan keluar mempamer diri. Maaf. Semuanya ikut niat masing2, tak semua yang keluar dari kamar berhajat mempamer diri. Tapi aku faham, kadang keadaan kamar tidur dan ruang rumah tidak mengizinkan.

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Kalau anak mati siapa yang meneruskan adat? Sering jua bermain difikiranku untuk bertanya ketika masih bersekolah dulu. Tapi tak terluah, takut guru mati kutu didepan dan memalukan pula.

Renungkanlan. Tak semua adat harus dilupakan. Tapi tak semua 'wajib' untuk dilakukan. Kita semua sudah dewasa, bijak untuk berfikir. Tau apa baik buruk. Tau apa untung rugi. Tau apa patut dan tak patut. Tau apa yang membazir dan tau cara berjimat. Fikir secara bijak. Allah sudah beri kita akal.

Impian perkahwinanku tidaklah semegah mana. Kalau kan diikutkan hasrat hati, banyak...terlalu banyak yang ingin dicapai. Pelamin yang modern, hiasan yang kreatif, warna tema yang unik, keluarga yang sedondon cantik, pakaian yang MasyaAllah halus buatannya dan macam2 lagi yang bermain difikiran. Ibarat anak kecil, yang impikan hidup seperti puteri dalam cerita dongeng.

Tapi, aku harus bijak. Takkan aku nak membazir wang berpuluh ribu? Aku tahu majlis hanya sekali seumur hidup InsyaAllah. Tapi perlukah?

Apa yang ku impikan kini hanyalah...rasanya tak salah kan berkongsi? Aku hanya merancang. Tak taulah, bila sudah ada tarikhnya kelak perubahan harus dilakukan.

Aku inginkan...

Hari Juma'at atau Ahad; Majlis Akad Nikah selepas Fardhu Zuhur. Dibuat dirumah perempuan. Disaksikan tetamu seramai 1300 orang yang duduk didalam satu khemah besar. Di tengahnya, terletak pentas nikah dan dikelilingi kerusi membentuk separa bulat. Dihadiri keluarga terdekat lelaki seramai 200 orang. Majlis nikah akan disaksikan semua dan ini lebih bagus. Kerana bukan majlis persandingan yang harus dibuat besar2an. Menerima hantaran dan majlis bersanding dibuat serentak.




Selang dua hari, majlis kesyukuran akan dibuat. Dihadiri keluarga dan teman yang terdekat. Mungkin jemputan seramai 500 ke 600 orang. Gabungan keluarga kedua belah pihak. Majlis ini dibuat untuk menyatakan rasa berterima kasih keluarga pengantin kepada kaum keluarga yang banyak membantu.

Ringkaskan? Mungkin, andai ada rezeki akan dibuat Majlis berbedak sehari sebelum Majlis Akad Nikah jika ada rezeki dan Majlis Basuh Kaki selepas Majlis Akad Nikah jika ada kaum keluarga yang menyusulkan hajat. Aku tak akan menolak usul keluarga, jika bagi ku dan bagi orang tua ku tidak membazir dan tidak menyusahkan sesiapa terutama pengantin yang mengeluarkan belanja.


Pasti ada yang tertanya2, "Nda kana ucapkan kan tu?". Tutup telinga, atau biarkan ia seperti angin lalu. Majlis kita, hak kita. Apa2 ani boleh dibawa berunding. Mereka akan faham kalau kita menerangkan. Tak perlu bermasam muka. Tak perlu ikut kata keluarga lain jika kedua ibu bapa sudah setuju apa yang dirancang awal.

atau ada yang bertanya, "Baiktah indung mu ok?". Kedua orang tua ku, orangnya supportive. Mereka faham, tau akan banyak belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tak mudah dan tak murah.

atau, "tunangmu dan bakal keluarga mcm mana?". Tunangku seperti aku, maukan sesuatu yang ringkas dan tak membazir. Orang tuanya jua okay. InsyaAllah.


Doakan saja hubungan kami berkekalan, dan ada jodoh antara kami untuk membina masjid di dunia dan menambahkan bilangan cucu cicit adam di muka bumi ini. Aku mohon, doakan urusan kami dipermudahkan dan rezeki kepada kami dilimpahkan dan diperluaskan. AMIN.

Impian ku hanyalah sekadar impian, aku sendiri tak tau jika ia akan berjalan seperti apa yang dirancang. Kita hanya merancang. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.

Tiada niat untuk membelakangkan keluarga lain. Apa yang penting adalah diriku yang membiayai majlis, kedua orang tua ku yang membesarkan aku. Dan, usul atau permintaan keluarga lain InsyaAllah takkan ditolak mentah2 tanpa memikirkannya. Jika ada rezeki lebih, aku sendiri mau yang terbaik. Aku sendiri mau merasai menjalankan majlis perkahwinan yang beradat. InsyaAllah. Jika ada rezeki yang luas dan tidak menyusahkan siapa2.

p/s: Ianya sekadar coretan dari hati. Aku hanya maukan yang terbaik untukku dan tidak menyusahkan sesiapa. Aku mungkin dari keluarga yang berlatar belakang berbeza dari kalian diluar sana. Bagiku, tuntutan agama lebih penting. Aku sendiri tidak sempurna, banyak lagi yang harus ku baiki. Pengetahuan agama ku tidaklah sedalam mana, tapi tidak juga terlalu cetek. Pengetahuan adat ku jua hanyalah apa yang aku pernah saksikan. Bagiku tak logik dan mengarut, aku tak akan turutkan. Jika ia benar2 adat melayu, dan tak salah di mataku..InsyaAllah. Jika ada rezeki.

Friday, March 30, 2012

Perbelanjaan Kahwin

Assalammualaikum;

Tadi tengah check stats dekat blog, terkejut juga ada yang google "Berapa perbelanjaan kahwin Brunei?". Jujur, majlis perkahwinan kalau mengikut semua adat akan memakan belanja yang banyak. Barang bukan semakin murah, pelamin dan pakej pengantin pun semakin mahal. Nak katering berkualiti untuk dihidangkan ke tetamu, mahal. Tapi kalau ada rezeki lebih, kenapa tidak? Tapi kalau membazir, baik jangan.


Bajet kahwin kalau mengadakan semua majlis mengikut adat (Majlis pengantin perempuan)

Plan A: Semua majlis dilangsungkan kerana adat.

Majlis Bedak-Bedak Mandi

Jemputan: 150 orang ahli keluarga terdekat.
Katering: BND4 per pax
Buah Tangan: BND1.50/pax

Pakaian Pengantin: Baju kurung atau fesyen simple. Samaada kain berwarna putih atau baju kurong silk. Harga kain BND100. Tailor BND50.

Jumlah: BND1350

Majlis Berbedak

Jemputan: 400 orang ahli keluarga pengantin perempuan. 100 orang keluarga pihak lelaki (jika dipersetujui untuk mengagai)
Katering: BND4 per/pax
Buah Tangan: BND1.50 per/pax
Buah Tangan membadaki: BND3 per/pax (150pax)
Bunga Telur: BND150 (termasuk telur)

Pakaian Pengantin: Simple lace BND200 termasuk upah atau sewa songket BND200. Aksesori pakaian Brunei BND100.

Jumlah: BND3100

Majlis Berpacar

Jemputan: 300 orang ahli keluarga pengantin perempuan.
Katering: BND4 per/pax
Buah Tangan: BND1.50 per/pax

Pakaian Pengantin: Simple lace BND200 termasuk upah atau sewa songket BND200.

Jumlah: BND1650

Majlis Nikah dan menerima berian

Jemputan: 600 orang
Katering: BND4.50 per/pax
Buah Tangan: BND1.50 per/pax
Hantaran: BND1000

Pakaian Pengantin: Baju lace putih, BND350 dan tailor BND200 atau songket BND500.

Jumlah: BND5100

Majlis Bersanding

Jemputan: 1,500 orang
Katering: BND5 per/pax
Buah Tangan: BND2 per/pax

Pakaian keluarga: BND20 * 50 orang
Pakaian Pengantin: Songket atau lace, BND700.

Jumlah: BND12,200

Majlis Berambil-ambilan

Jemputan: 300 orang
Katering: BND4 per/pax
Buah tangan: BND1.50 per/pax

Pakaian Pengantin: Songket atau lace, BND400.

Jumlah: BND2050

Majlis mulih 3 hari/5 hari/7hari

Jemputan: 300 orang
Katering: BND4 per/pax
Buah Tangan: BND1.50 per/pax

Jumlah: BND1650

Barang lain:

Kasut Pengantin BND200
Tudung BND200
Aksesori BND200
Bunga Tangan BND150
Bilik Pengantin BND3000

Bunga Baju keluarga BND50
Malam berjaga2 BND800
Hiasan tangga BND200
Pelamin BND800

Jumlah: BND5600

Jumlah Keseluruhan: BND32,700

Plan B: Majlis yang selalu di buat dikalangan orang kitani masa ani.

Majlis Bedak-Bedak Mandi dan Majlis Nikah dan menerima berian

Jemputan: 100 orang (untuk acara bedak bedak mandi, pagi hari nikah)
Buah Tangan: Nil
Katering: BND3 per/pax

Pakaian Pengantin: Simple baju kurong putih BND100.

Jemputan: 600 orang (untuk acara nikah)
Katering: BND4.50 per/pax
Buah Tangan: BND1.50 per/pax
Hantaran: BND1000

Pakaian Pengantin: Baju lace putih, BND350 dan tailor BND200 atau songket BND500.

Jumlah: BND5400

Majlis Berbedak

Jemputan: 400 orang ahli keluarga pengantin perempuan. 100 orang keluarga pihak lelaki (jika dipersetujui untuk mengagai)
Katering: BND4 per/pax
Buah Tangan: BND1.50 per/pax
Buah Tangan membadaki: BND3 per/pax (150pax)
Bunga Telur: BND150 (termasuk telur)

Pakaian Pengantin: Simple lace BND200 termasuk upah atau sewa songket BND200. Aksesori pakaian Brunei BND100.

Jumlah: BND3100

Majlis Bersanding

Jemputan: 1,500 orang
Katering: BND5 per/pax
Buah Tangan: BND2 per/pax

Pakaian keluarga: BND20 * 50 orang
Pakaian Pengantin: Songket atau lace, BND700.

Jumlah: BND12,200

Majlis Berambil-ambilan

Jemputan: 300 orang
Katering: BND4 per/pax
Buah tangan: BND1.50 per/pax

Pakaian Pengantin: Songket atau lace, BND400.

Jumlah: BND2050

Barang lain:

Kasut Pengantin BND200
Tudung BND200
Aksesori BND200
Bunga Tangan BND150
Bilik Pengantin BND3000

Bunga Baju keluarga BND50
Malam berjaga2 BND800
Hiasan tangga BND200
Pelamin BND800

Jumlah: BND5600

Jumlah Keseluruhan: BND28,350

Plan C: Impian perkahwinan. Nikah dan Majlis Doa kesyukuran.

Majlis Nikah/ Menerima Berian/ Bersanding

Jemputan: 1,500 orang
Katering: BND5 per/pax
Buah Tangan: BND2 per/pax
Hantaran: BND1000

Pakaian keluarga: BND20 * 50 orang
Pakaian Pengantin: Songket atau lace, BND700.

Jumlah: BND13,200

Majlis Doa Kesyukuran

Jemputan: 400 orang
Katering: BND4 per/pax
Buah tangan: BND1.50 per/pax

Pakaian Pengantin: Songket atau lace, BND400.

Jumlah: BND2600

Barang lain:

Kasut Pengantin BND200
Tudung BND200
Aksesori BND200
Bunga Tangan BND150
Bilik Pengantin BND3000

Bunga Baju keluarga BND50
Malam berjaga2 BND800 (1 malam)
Hiasan tangga BND200
Pelamin BND800

Jumlah: BND5600

Jumlah Keseluruhan: BND21,400


Kiraan di atas hanyalah kiraan kasar, mungkin ada bagi anda yang diluar sana merasakan terlalu mahal atau mungkin terlalu murah.
Ianya sekadar memberi kitani idea, berapa banyak perbelanjaan yang dibuat dan harus disediakan.


Tiada niat untuk menunjuk" atau menakutkan. Sekadar menjadi inspirasi. Tak semestinya mahal majlisnya meriah dan tak semestinya murah majlisnya cemeh. Apa yang penting biarlah majlisnya di redhai dan di beri keberkatan. Amin.

Tak guna, berhutang beribu untuk majlis mewah jika selepas majlis sipengantin pening kepala.

Bajet diatas cumalah anggaran untuk sebelah perempuan, belum termasuk lagi sebelah pengantin lelaki! Fikirkanlah.

Jika adat didahului, dan agama dibelakangkan. Tak ke kita membazir?

Jika plan A yang dipilih, berapa banyak malam jaga2 harus di buat? Sedangkan anggaran diatas hanya dilakukan sekali. Kalau sampai 3 kali? Berapa banyak wang yang dibazirkan?

Kalau maukan bunga tangan berbeza untuk setiap majlis, berapa ratus lagi yang harus ditambah?

Kalau maukan kasut dan veil berlainan? Mana lagi perbelanjaan makanan ringan untuk keluarga dan jiran yang datang membantu.

Belum termasuk renovasi bilik. Tu baru set kelengkapan bilik!

Belum termasuk kain langsir!

Banyak lagi yang belum termasuk. Rasa" nya lah, kalau Plan C yang dipilih..kena tambah lagi beberapa ribu untuk perkara yang belum dikira dan belum termasuk dalam catitan.

Makeup Artist (MUA) lagi! Bukan murah, satu majlis BND200. Kalau sampai 3 majlis? Okay, kena tarik balik apa yang saya cakapkan tadi. Kena tambah lagi BND10k kut? To be safe lah...

Oh, tambah lagi dengan persiapan raja sehari. Mau jua untuk berfacial dan berspa. Berlulur dan mandi susu. Alahai~

Harga diatas belum termasuk PA system, orang berdikir, hadrah, Tok Imam dan etc.

Iye, memang harga diatas adalah kiraan kasar. Betul! Mesti lebih murah kalau ambil pakej kan. Satu set dengan pelamin, pakaian dan mak andam. Tapi, dicampur dan tolak...lebih kurang sama.

Belum lagi dengan flight ke negara jiran terutama Malaysia dan Bandung! Iyelah, nak save sedikit sebanyak kena menyebrang juga. Pilihan lebih banyak dan harga jauh lebih murah. Yes, mungkin anda akan katakan.."Sama juanya tu, flight dan hotel lagi!". Tapi, saya sudah berulang alik kesana membantu orang membeli barang persiapan perkahwinan, banyak yang boleh dijimatkan. InsyaAllah jika kena dengan gayanya.

Bayangkan, satu set kain songket belum berpotong, jenis bunga tabur...dinegara kitani BND400-BND600. Disana RM300. Lace dibandung kalau di Jakel Malaysia RM500 di Bandung cuma..kalau ditukar duit kitani BND120! Bayangkan. Pilihan banyak. Harga jauh murah. Yang penting puas hati.


Sampai sini dulu~

p/s: Maaf andai kiraan kasar bajet diatas tersilap. Saya sendiri inda berpengalaman kawin2an. Tapi banyak pengalaman membantu keluarga terdekat dan kawan dalam urusan majlis perkahwinan mereka. Membaca artikel, bertanya kepada vendor dan mendengar cerita orang ramai banyak membantu dalam menyediakan harga kasar diatas.

Monday, March 19, 2012

7 Petala Cinta


Dah pergi tonton? Mungkin ada diantara kalian yang jatuh cinta dengan ayat yang digunakan...

"Assalammualaikum Cinta"

"Waalaikumsalam Rindu"

Tak, saya tidak. Sebab tunangku panggil diri ini "CINTA". Hampir 10 tahun, diri ini dipanggil Cinta. Sebagai penyeri hidupnya, InsyaAllah selamanya.

Perbualan kami selalunya macam ni....

"Assalammualaikum Cinta"

"Waalaikumsalam Sayang"

Dan satu ketika dulu ia diakhiri begini...

"Bye Sayang. I love you"

"I love you too Cinta"

"I love you more Sayang"

"I love you...very strong!"


10 tahun bersama, banyak suka duka yang kami tempuhi.

Cinta Jarak Jauh. Terpisah oleh lautan.

Tapi, filem tadi mengajar aku dan memberi kefahaman yang lebih mendalam. Allah telah rancang apa yang terbaik.

"Sengaja Allah aturkan hubungan ini terpisah jauh, biar ikatan ini terpelihara".

"Semoga kita boleh mencipta syurga di dunia, sebelum meraih syurga di akhirat yang kekal".

(7 Petala Cinta, 2012)

p/s: Doakan kebaikkan dalam hubungan kami. Jodoh itu rahsia Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah telah tentukan yang terbaik.

Al-Quran

Assalammualaikum;

Al-Quran merupakan salah satu barang yang 'wajib' rasanya ada dalam pemberian hantaran. Bukan wajib dalam Islam, tapi wajib dikalangan orang kitani. Al-quran disini membawa maksud, bukan saja2 diletakkan dalam hantaran. Bukan kerana adat. Tapi menyuruh pasangan pengantin baru tadi, mengamalkan ajaran Al-Quran dalam rumah tangga. InsyaAllah.


Selalunya Al-Quran yang akan diletakkan dalam hantaran, akan dibeli khas. Maksud disini, bakal pengantin akan mencari Al-Quran yang terbaik. Ada yang memilih Al-Quran berbentuk Ka'abah...


atau Al-Quran digital yang semakin terkenal masa ni...


atau Al-Quran berwarna dan kulit luarnya dibuat daripada baldu...


atau, Al-Quran direka khas ...


Terpulang kepada bakal pengantin. Tapi harus diingat, Al-Quran bukan sekadar hiasan. Ia diberi bersebab. Bukan sekadar hiasan mata, tapi erti sebenar yang disampaikan dalam Al-Quran yang perlu diambil kira.

"Mas Kahwin untuk anak perempuanku adalah terpulang kepada silelaki, hatta senaskah Al-Quran sekalipun".

Senyum, tak perlu kata apa-apa.

InsyaAllah, jika sudah sampai seruan jodoh ku dan jika salah satu daripada barang hantaran adalah Al-Quran, akan ku manfaatkan sebaiknya. InsyaAllah. Moga aku dan dia boleh belajar bersama, membantu sama lain dalam mencari kebahagiaan bukan saja didunia tapi diAkhirat sana. Doakan kami ya.

"Ya Allah, aku mohon kepadamu. Murahkan rezeki kami, permudahkan urusan hidup kami. Jauhi kami daripada perbuatan maksiat dan tunjukkan kami kejalan yang engkau redhai. Peliharakan hubungan kami, agar bukan saja kami capai "syurga" didunia, bahkan mengecapi syurga yang kekal disana. AMIN".

Teman2 sekalian, ada satu Al-Quran yang cantik. Sudah mula terkenal di Indonesia dan akan mulai terkenal di Malaysia. Siapa tahu ada B2B dari Brunei yang inginkan kelainan.



Source kalau tak silap adalah daripada: Dian Pelangi

p/s: Al-Quran bukan sekadar hiasan. Tak salah memiliki yang cantik, tapi bukan sebagai santapan mata.

Sunday, February 19, 2012

Sekadar Renungan Bersama

Assalammualaikum;

Sekadar berkongsi bahan bacaan, aritkel dibawah diambil daripada FB.


Sebelum Engkau Halal Bagiku

Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza ღღ

Syukron jiddan aidan

ANA UHIBUKA LADZI AHBABTANI LAHUU

Alhamdulillah.

Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam. Tuhan Yang Maha Rahman. Maha Rahim. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღ Amiin ya Rabbal'alamin.

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah,Sehingga dirinya digelar afifah solehah,Dialah wanita pertama,Tiada ragu mengucap syahadah,Pengorbanan bersama Rasulullah,Susah senang bersama,Walau hilang harta kerana berdakwah,Walau dipulau 3 tahun 3 bulan,Imannya sedikit pun tak berubah,Mampukah aku setabah dirinya?Andai diuji sedikit sudah rebah..Baru dihina sudah mengalah,Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah,Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya,Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda,Anak yang semulia peribadi baginda,Tangannya lah yang membersihkan luka,Tangannya jua yang membersihkan cela,Pada jasad Rasulullah tercinta,Gagahnya dirinya pada dugaan,Mampukah aku sekuat Fatimah?Saat diri terluka dendam pula menyapa,Saat disakiti maki pula mengganti,Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah,Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa,Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia,Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan Mampukah sabarku seperti mereka?Tatkala digoda nafsu dunia..Entah mana hilangnya Iman di dada..

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah,Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih,Kerana yakin Allah pasti disisi,Sabarkan aku seperti sumaiyah,Biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim,Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman,Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah,Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami,Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud,Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah..

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya,Tingginya nilai cinta pada harga Iman,Mampukah aku menatap cinta itu?Sedangkan rupa yang menjadi pilihan,Ketulusan Iman diketepikan,Ya Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira,Isteri termuda Rasulullah,Biar dilempar fitnah,Dia tetap teguh pada ketetapanNya,Isteri sejati yang memangku Nabi,Pada saat terakhir baginda,Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan,Betapa hatimu seorang mujahidah..

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?Pada fitnah yang melanda,Diri mula goyah dan putus asa,Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa,Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH,Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid,Anak keduanya turut syahid,Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid,Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta,Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab,Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah,Berikan aku kekuatan sepertinya..Agar bersedia pada akhirat..

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..Diriku bukan setabah Ummu Khadijah,Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah,Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah,Mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa,Para pendosa yang terbanyak di neraka,Lantas walau tak setabah para Mujahidah,Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga!Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala!Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam,Bukan untuk ditindas kerana lemah Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara Kerana disitulah terjaganya Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah Tuntunlah kami ke arah syurga..Bicara dari An-Nisaa yang hina..Makbulkan doaku..Aamiin Ya Rabbal A'lamin...


♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Sebuah renungan untukku, untukmu,untuk kita semua. Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...

Bergeraklah masuk,Buka tiap lembaran kalimat hati, fahami, lalu tunaikanlah

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Ilmu adalah amanat Allah yg harus disampaikan kepada Ummah...kami hanya menyampaikan apa yg kami miliki...

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥

Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,

Afwan Minkum Kebenaran datangnya dari Allah kekurangan dari pribadi ana dan ana hanya menyampaikan apa yang diamanahkan Allah

Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,

Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh