BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Songket Idaman Hati

Assalammualaikum;

Syukur Ya Allah.

Went to City One Plaza for my third time. And finally grabbed a songket for us.

It is at an affordable price.

Sebenarnya tak tau kenapa hari tu, hati kuat sangat nak ke Jalan Masjid India.

Dah sampai, terus menapak ke City One Plaza.

Masuk saja entrance, terus nampak patung tu pakai songket putih. Sepasang lelaki perempuan.

Dalam hati kuat mengatakan, mesti ada songket cun kali ni.

Iyelah, klw ikut yang dulu"...

Pertama kali pergi, cuma survey harga.

Kali kedua, terlalu pening dengan pilihan yang banyak sangat.

Ketiga; di sapa oleh "pereka" dia sendiri.

Saya pergi Brightsail.

Dia tanya, nak warna shade apa?

Saya nak neutral color, tapi "angkuh" nak tengok corak dulu.

Dia ambikkan satu....

Dan aku.....

Jatuh cinta terus!!!

Tunjukkan lagi satu, tapi tak suka dgn corak dia.

Tunjukkan lagi, tapi tak minat dgn bunga tabur.

Pegang songket yg buat kita jatuh cinta, ke hulu hilir.

Dia siap offer untuk balutkan ke badan kita.

Nak tengok match ke tak.

Sebenarnya ambik risk jugak.

Kulit tak putih mana, tapi songket ni warna.....

warna...

krim menguning pucat.

Hahahaha!

Tak tau nak xplain warna apa.

Tapi bila bawah cahaya lampu kuning, warna dia jadi "three shades of gold".


Siap bawa songket ni keluar bangunan utk tengok warna di bawah cahaya semula jadi.

Kali ni jadi warna "krim kuning pucat".


Lepas tu bawak bawah lampu putih, krimnya lebih kuat.


Fikir punya fikir.

Siap txt mama dan kakak.

Mama said, "beli sebelum habis. nanti susah".

Kakak said, "cantik. so kitaorang pakai warna musky pink ye".

I have no comment on the pink shade. Hahahaha.

I said a big NO to my fav colour purple, takkan I nak pink pulakkan?

Anyway, I ckp dkat the person. Give me 15mins.

So, I pergi cepat" ke satu lagi kedai pengantin di Ground Floor. Lebih besar.

Tak tau nama dia, tapi tempat ni memang banyak songket!!

Dah tak de dah songket yg I nampak banyak last month.

This time banyak warna emerald green dan plum purple utk songket bunga penuh.

Tak de yang buat I jatuh cinta.

So back to kedai pertama.

Dia tunjukkan lagi satu songket of the lowest range.

Warna cantik sangat.

Bluish Grey. Harga RM150. Even the corak pun cantik.


It is like a winter theme colour.

Tapi of a lighter shade. Very light. Pastel-ish I can say.

Go grab that baby cepat!

Tapi tak, I dah jatuh cinta w the first songket.

So, I beli je.

It is a middle class quality. Ok lah.

Lebih murah dr beli di Brunei.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

p/s: Yes, Pelangi is taking the risk of getting this songket. Knowing I have no fair skin, and he might have to work under the sun most of the time this year. So goodluck to both of us to take care of our skin. Pehhhh~

Tuesday, November 26, 2013

Songket Pengantin

Assalammualaikum;

Sempat survey songket pengantin dekat City One Plaza.

Sepatutnya pergi beli terus klw ada yang berkenan.

Tapi apakan daya, pilihan terlalu banyak!

Sampai pening nak pilih warna apa.

Selalu kita dtg, samaada...

Tak banyak pilihan warna...

atau hanya ada songket bunga tabur....

atau songket bunga penuh tapi tak cantik!

Tapi kalini, banyak sangat warna, pilihan dan corak.

Sampai pening dan decide tak beli.

*****

Kedai tu tak benarkan ambik foto.

Lagilah susah. Tak tahu mcm mana nak tanya pendapat keluarga.

So, sini kita kongsikan sedikit sebanyak yang kita ingat.

*****

Songket bunga penuh.


Warna maroon ada dua shade.

Satu lebih kepada merah gelap.

Dan satu lagi lebih kepada merah orange.

Ada seorang ex-b2b ni; dia ada songket yg sama

B2B: Yaya Ayarus

Dia ada kongsi harga dan gambar songket tu.

Jgn tak tau, ada designer guna songket yg sama.

Tapi berlainan warna.

Pernah nampak in electric blue.


Dan warna krim/gold/beige....

Tak tau nak ckp warna apa...tapi this shade....


Tapi waktu I pergi minggu lepas, cuma ada warna marron in two different shades.

*****

Another songket w bunga penuh yg I ingat adalah...

Warna dark blue.

Corak dia lebih kpd corak asli?

Tak tau nak explain mcm mana.

Jenis corak dia size sederhana.

Tak kecil sgt. Dan corak tu warna kuning emas.

Tapi emas dia lebih bangkit.

Warna biru tu...


Another songket yang kita ingat...


Yup! Warna ni. Tapi bukan corak yang sama.

Warna sama. Mcm coklat" orange sikit.

*****

Next, warna hijau muda. Or kita perefer panggil warna hijau manis.


Mesti cantikkan?

Tapi kulit kita kurang cerah utk masuk warna ni.

Tapi tengok cantik je.

Mcm pengantin bawah ni.


Corak dia guna benang perak. So, corak tu akan tenggelam tapi warna tanah kain yg akan timbul.

*****

Next, is songket bunga tabur.

Ada banyak sangat warna.


Warna" lain yg kita ingat adalah maroon, dark grey dan coklat.

Tapi memandangkan plan nak guna songket bunga penuh...

Jadi tak pandang sangat bahgaian ni.

*****

Harga.

Ikut cara rundingan.

Songket bunga tabur RM150.

Songket bunga penuh RM200 above.

p/s: Mencari mimpi.

Tepak Sireh

Assalammualaikum;

Sambung lagi entri lalu.

Selepas dr SSF; kita pergi ke Semua House dan City One Plaza.

Semua House survey tiara.

Tapi kedai tu ramai org. Sampai tak ada sales assistant dpt layan kita.

Tau tak harga tiara berapa?

Harga tiara dlm RM100 ke RM250.

Murah kan?

Berbanding dgn pergi sewa, sama harga dgn beli!

Tapi tu lah, tak berpeluang nak survey dgn lebih details.

Maybe mid Dec pergi lagi.

Kemudian, pergi beli tapak/tepak sirih.

Ada berbagai pilihan.


Ada yang berbentuk bulat, RM300.

Cantik. Tapi mahal sangat lah!

So, kita pilih yg termurah di pasaran.


Setiap bentuk tapak sirih, ada dua pilihan warna.

Emas atau Perak?

Emas atau Perak?

Pening lah!

Call mama, dia suruh kita decide sendiri.

Last" ambik warna gold.

Sebab warna gold lebih nampak ekslusif.

Harga: RM150 tanpa rundingan.

Kedai tu pun ada jual "Bunga Goyang" and "Tali Pinggang" Emas.

Apa tu?

Tu perhiasan yang orang Brunei/Sabah akan pakai bila majlis malam berbedak.

Nak beli ke tak?

Rasa tak perlu, membazir nanti!

*****

Dekat Sayang You (Tingkat U5) Semua House pun ada jual tepak sirih.

Tapi mahal sangat. RM250 utk yg sama kita beli.

Nasib pergi yg dekat bawah (Tingkat 1) terlebih dahulu.

Kedai tempat kita beli ni, dia jual brooch/tiara/tempat bedak 7 warna and etc.

Dekat ground floor pun ada jugak. Kedai yg sama.

*****

Klw kita masuk Semua House dr pintu utama dan pergi ke sebelah kanan.

Ada kedai emas, Habib rasanya? Atau Sireh Pinang?

Depan tu ada stall yg jual Al-Quran, bekas cincin dan tempat letak Al-Quran kan.

Ada satu tu, boleh guna sebagai tapak sirih.

Harga RM110. Tapi, kurang "ketradisian" nya.

Plus, bekas tu ringan sangat.

Tak berbaloi dgn harga yg kita bayar.

*****

Klw beli yg lebih mahal, RM300 ke atas.

Tepak sirih nya lebih nampak mahal dan warna emasnya lebih kuning.

Tapi tu lah, berbelanja harus ikut keadaan poket sendiri.

p/s: InshaAllah, beberapa post akan di schedule.

Nak balik! Nak balik! Yeay!!

Sunday, November 24, 2013

Bunga Telur oh Bunga Telur!

Assalammualaikum;

Sekarang nak coret sedikit pengalaman membeli belah di Jln TAR.

Dari minggu lalu, memnag nak duduk dekat sini. Tapi hotel penuh.

Alhamdulillah, minggu ni dapat duduk hotel area situ.

Tapi bukan tempat selalu, ni lagi jauh!

Dekat LRT Masjid Jamek.

Ambik kau!

*****

Jam 945pg berangkat dr tempat kediaman. Gigih tarik luggage ke Sunway Pyramid.

Sebab dah lama nak makan bfast McD.

Lepas tu, ambik teksi dari kaunter dan bermulalah perjalanan menguruskan walimah cinta kami.

Lepas check in, campak bag. Terus jalan meredah Jln TAR.

*****

Destinasi Pertama: Zawara

Haruslah menyimpang terlebih dahulu. Dah Zawara buat sale gila".

Sempat grab beberapa pasang.

Cantik!

*****

Destinasi Kedua: SSF

Masha Allah, cantik betul bunga" di SSF ni.

Jatuh cinta sangat.

Ibarat dlm taman bunga.

Belum lagi dgn perabot dia yg modern/vintage/classy tu.

Pheewww~

Tapi tak nak lengah masa. Pergi ke bahagian bunga telur.

Tahukah B2B semua, bunga telur dekat SSF ni berbaloi.

Harga RM40-RM45; setiap kotak ada 50 pcs.

Ok lah tu kan?

Saya tau dkt semua house kdg boleh dpt lg murah. Tapi 'kurang' cantik lah.

Saya suka bunga yang kelihatan 'buruk'.

Sebab yg buruk tu lah yg elegen.

Saya tak nak bunga penuh warna.

Wlwpun saya suka Pelangi, tapi pilhan warna saya sentiasa neutral.


Yg coklat gelap tu, RM40 utk 50 pcs.

Bunga ni kita tak kembangkan. Dah nama pun curi" ambik gambar.

Sebenarnya banyak lg pilihan bunga telur berwarna. Tapi warna buruk ni yg jadi pilihan.

Bunga telur ni lah yg paling unik.

Kan?

Ada lagi satu warna utk bunga yg sama.

Warna mint green. Cantik je.

Manis. Tapi kita nak warna coklat".


Yg krim tu, rm45 utk 50 pcs.

Ni pun buat kita jatuh cinta.

Bunga yg nampak buruk ni, sentiasa punya tempat dlm hati.

Adalah satu warna padanan nye. Warna hijau buruk. Cantik juga.

Tapi tak nak terkeluar tema.

Kita beli 250 pcs in total. 3 kotak yg warna krim. 2 kotak warna coklat gelap.

Kenapa gabungkan dua jenis bunga?

Dah dua" buat kita jatuh cinta! Hahaha!

Biarlah yg coklat gelap tu menaikkan seri bunga telur kita.

Gigih tau kita, angkat 8 kotak in total! (Termasuk bunga telur belah pengantin lelaki)

Seorang diri, dari SSF. Bangunan sebelah Sogo, ke hotel lotus dekat LRT Masjid Jamek.

Sampai hotel;

Rasa nak nangis je~ sayu hati. Yelah, waktu shopping tu, org lain dtg berteman.

Klw tak bakal suami, pasti ada family dtg sama.

Tapi kuatkan semangat; "Tak pe, susah dulu senang kemudian".

*****

Text mama kita dan dia reply, "uniknya!".

Kan dah ckp, mama pun suka bunga" buruk mcm ni.

Lepas tu kaka kita pun reply, "stye baru ye?"

Dan ini rahsia nya....

Rasanya ni bukan bunga telur yg terbaru.

Sebab kotaknya berhabuk habis!

Boleh rasa tangan seperti berpasir.

Hahaha!

Lokasinya pun dkat penjuru.

Bunga telur yg lain, yg penuh warna tu bahagian depan.

Tapi yg kita ni, dahlah hujung".

Dekat bawah pulak tu!

Janji hati senang.

p/s: InshaAllah, post seterusnya mengenai songket pengantin.

Monday, November 18, 2013

Inspirasi Perkahwinan

Assalammualaikum;

Lama tak mengintai FB page photographer.

Dulu, suka sangat intai.

Lepas tu, save gambar pengantin yang punya majlis cantik.

Tak kiralah, pelamin ke yang cantik atau pun baju si pengantin.

Sekarang dah selesai tugasan utama (uni).

Jadi terlalu banyak masa terluang.

Sempat jenguk beberapa FB.

Jom;


Source: Lokhman Hakin Photography. Majlis Resepsi Zhafril + Hana.

Simple tapi cantik je baju pengantin ni. Kan?


Source: DanialHaikal Photography. Majlis Hafiz + Nurul Diyana.

Pelamin mcm ni best, tak serabut. Betul tak? Sebab kita klw boleh nak minimal kan penggunaan bunga.


Source: DanialHaikal Photography. Majlis Nadhirah + Zhafran.

Yang ni sweet, untuk nikah cantik jugak. Manis. Mesti pengantin tambah seri duduk atas pelamin ni.


Source: Ryaniez Moments Photography. Majlis Sabree + Faeza.

Tak perlu bunga juntai". Yang ni bunga letak dekat bawah. Cantik tak??? Haruslah cantik.


Source: 100BucksPhoto. Majlis Yaya + Alang.

Nak bridesmaid pakai baju warna salmon ke? Cantikkan?

Atau, nak yang pastel?


Source: LokhmanHakim Photography. Majlis Yap + Myra.

Tapi, majlis aku nanti jgnlah ada yg dtg secantik dan sevogue rekaan Arma ni.

Tenggelam aku!


Source: ArmaAbdulRahman.

Tapi serius cantik diorang ni. Baju pun cantik.

p/s: Nanti kita sambung lg ye. Demam lah. Demam rindu nak balik Brunei.

Sunday, October 20, 2013

Songket!

Assalammualaikum;

Ingat lagi tak songket hijau Scha dan Awal?


I even saw two of my College mate in Brunei wearing these songket.

The exact color.

Ada yang tau mana nak dpt tak?

I think Scha and Awal got it sponsored from Atiqah songket?

But where does the vendor from Brunei got it?

Even saw Rizman Ruzaini designed these songket in different colour for the two singers.

Pink for Siti Nurhaliza and Purple for Ziana Zain.

Where can I get these pretty?

I prefer songket with "diamond" shape pattern.

And, I also saw weeks ago in one the designer's IG. The exact emerald green for a bride.

Anyhow;

recent post from Awanblu Photography

Inspirasi Perkahwinan: Jez dan Nazmi

Lokk at her beautiful dress!

The peplum design, suits her well.

How I wish....


Look at her dress.

Pretty kan??

p/s: Nak songket hunting!

Thursday, October 17, 2013

Hijab Chic

Assalammualaikum;

Kadang best tengok org lain bergaya cara muslimah.

Tapi, bila diri sendiri.

Hilang rasa konfiden untuk bergaya sakan.

Kenapa?

Mcm kurang sesuai.

Tapi kadang, ada beberapa yang memberi insiprasi.

Paling utama, inspirasi untuk nampak cantik dan kurus.

Hahaha!

Cemburu tengok diorang.

Jadi, dengan tengok gambar mereka.

Kuatlah semangat sikit untuk kurus.

*****


Selain sebab fav kaler. Haruslah suka tengok kain yang flowy2 tu!

Cantikkan?

Guna kain chiffon je.

Cantik.

*****


Suka dengan warna dan design bunga tu.

Bagi kelainan.

Sesuatu yang unik.

Nampak funky.

*****


Pasangan ni, nampak sweet je.

Gabungan warna yang sangat cantik.

Mint Green dan Nude.

Nude eyh?

*****


Yang ni pun cantikkan?

Alahai, wahai hati.

Suka sangat kau jatuh cinta.

Effect drapping tu, bagi kita nampak kurus ke gemuk?

Suka sangat!

Klw untuk nikah, waktu duduk nanti.

Dia tetap nampak cantik ke tak?

Atau lebih sesuai untuk majlis resepsi. Sebab bersanding di kerusi.

Klw nikah kan, kita duduk di bawah.

Mcm mana ni?

p/s: Nanti lagi kita kongsi" ye!

Sunday, October 13, 2013

Salmon Menawan!

Assalammualaikum;

Dah lama rasanya tak kongsi inspirasi perkahwinan.

Nampak banyak sangat majlis cantik melalui FB photographer Malaysia.

Tapi, masa ni cemburu sangat dengan aku.

Mana dengan assignment due date yang suka sangat bontot aku!

InshaALLAH; 23 Oct ni hari terakhir kuliah dan submission of report.

Lepas tu, tinggal tunggu exam.

Last day paper aku, 15 Nov.

Tak tau, dapat balik tak.

Nak kongsi cerita sikit.

*****

Submit passport dekat Uni, 6 minggu sebelum visa aku expired.

Sebab requirement dia memamng 6 minggu sebelum.

6 minggu lepas submit, aku pergi ofis.

Takut sejarah silam berulang lagi.

Iyalah, tahun lepas diorang bagi mcm2 alasan.

Tau2, passport aku tak di proses pun!

Dia ckp, "dlm progress". Alhamdulillah.

2 minggu kemudian. Aku pergi lagi.

Iyelah, kwn aku yang hantar 2 minggu selepas aku dah dapat email untuk pergi medical.

Kenapa aku belum? Hairan!!

Dan, surprise! surprise!

Passport aku belum ada lagi. Diorang terlepas pandang kot!

Visa aku expired. Dan aku kini guna special pass.

Apakah?!!

Aku dah hantar on time.

Kau pulak cari pasal.

Jadi aku haraplah, klw sebelah aku dah buat on time. Kau buat lah on time jugak!

Aku tahu sistem baru ni leceh sikit!

Tapi, tahun lepas guna sistem lama...aku jugak yg kena kan?

Dah lah kau tak professional, siap mengadu "Kita orang buat OT, and bla bla bla".

Tak professional langsung!

Uni ni, bukan Uni tempatan. Kau haruslah jaga nama! Suka sangat sakitkan hati ni.

Aissh..haraplah dapat passport by mid Nov. Nak balik Brunei sekejap.

Lepas tu, balik KL. Duduk sebulan sini. Sebab bayar sewa rumah till end Dec. Sayang tau tak. Dah lah mahal.

Okay, tutup cerita.

*****

Berbalik tentang tujuan asal.

Aku paling suka warna salmon.

Alah warna peach gelap tu.

Klw pakai baju warna tu, org lain ckp aku nampak cantik.

Aku pun suka!

Hahahaha!

Warna fav haruslah purple.

Tapi, aku tak nak sedikit pun warna purple pada majlis aku.

Sebab aku ni, sikit" warna purple. Org lain pun muak kut tengok aku serba serbi purple.

Tapi klw nak warna salmon ni. Mungkin bridesmaid kut?

Nampak cantik je.

Sebab, aku nanti cuma ada 3 majlis.

Majlis Malam Berbedak. Majlis Nikah dan Sanding. Majlis Resepsi pihak lelaki.

Malam Berbedak rasanya nak pakai warna merah. Sebab aku tak pernah pakai merah. Mesti nampak lain.

Majlsi Nikah haruslah warna neutral.

Majlsi Resepsi, mama aku siap pesan "Baju nanti, jgnlah kaler2. Cream atau tona warna tak ikut musim tau".

Tu mama aku! Dia tak nak ikut trend semasa.

Jadi aku fikirlah, warna salmon ni utk bridesmaid.

Cantik eyh?


Tapi, aku mungkin tukar fikiran lagi. Kekekeke.

*****

Aku terlalu active di IG.

Bayangkan, aku follow lebih 500 IG. Kebanyakkan tentang perkahwinan.

Tiap kali aku "Like"; aku akan fikir....

1. Teman" maya, tengoklah....cantikkan?

2. Klw aku click, "Like".... nanti ada org lain yg tersuka dan buat ni terlebih awal dr aku!

Apakah??

Hahahaha.

*****


Cantikkan?

Tapi bilik aku nanti, rasanya guna warna neutral je.

Tak tau lah nak guna idea ni untuk apa.

Warna baju bridesmaid ke?

Bunga pelamin ke?

Baju aku haruslah tak. Wlwpun aku suka sangat dgn warna ni.

Warna HB aku ke?

Ohhh tolong lah!

p/s: Ni bukan entri yang Pelangi janjikan. Hahaha. Maaflah. Entri tu, kena fikir sepuluh kali sebelum publish. Kenapa? Sayang sangat nak kongsi!

Wednesday, September 25, 2013

LDR Theme, Should I or Should I not?

Assalammualaikum;

Alhamdulillah.

Though the week is very hectic. All of us are pretty down and stressful. Semester break does not means a break. When works are piling up and getting crazy.

But on the other hand, Alhamdulillah.

I am in my final semester. In my week 9. So, I have 3 weeks to end this course before my exam starts on the 4th Nov.

The LDR theme is pretty interesting. No?

Since I am in LDR, should I or should I not?

But then, I have to make sure everybody is happy with it.

Will they understand what is the map all about?

Yelah, harus faham dan jaga hati orang tua.

Harus ke? Ikut kehendak hati atau orang?

*****


Aren't they pretty?!!!

Tapi dilemma betullah!

Sepatutnya nak simple wedding invitation, nak clean!

Kemudian nak bertemakan Kufi.

Haruslah cantikkan?

Tapi, terjatuh cinta lg with this map theme card.

Susah betullah nak jadi pengantin yang terlalu banyak angan ni!

*****


Will InshaAllah have a map in the room.

Kenapa?

Angannya, nak 'pin' kan lokasi yang pernah menjarakkan kami.

Hahaha!

Pasti jadi satu memori kan?

Takdelah banyak mana.

Tapi, menarikkan?

And, the other half is already back in Brunei after 3 days and 2 nights in Malaysia.

And, good to know he is flying to Vietnam soon. Lusa!

Rezqi!

Tapi bukan bercuti, haruslah cari rezki. Moga kami sentiasa di murahkan rezeki. Amin.

*****


These decorations are pretty too. Budget ke?

Rasa map ni mahal dekat kedai stationary kan.

Tapi cantik!

*****


and this is one pretty wallpaper!!

*****

Anyway, Alhamdulillah.

Since kita dah suara" kan bila tarikh kita nanti.

Orang keliling ramai dah tahu.

Alhamdulillah. Betul kata orang, bakal pengantin ni sentiasa di limpahi rezqi.

Ada je yg offer barang.

Few of my frens offer their tiaras, and necklaces and other accessories.

Siap offer kasut and baju pengantin diorang for free.

InshaAllah. Terima Kasih teman".

Sampai tak tau, tiara siapa I nak pakai.

Majlis ada 3 je.

Syukur Ya Allah.

p/s: Masih si Pelangi ke?