Assalammualaikum;
Al-Quran merupakan salah satu barang yang 'wajib' rasanya ada dalam pemberian hantaran. Bukan wajib dalam Islam, tapi wajib dikalangan orang kitani. Al-quran disini membawa maksud, bukan saja2 diletakkan dalam hantaran. Bukan kerana adat. Tapi menyuruh pasangan pengantin baru tadi, mengamalkan ajaran Al-Quran dalam rumah tangga. InsyaAllah.
Selalunya Al-Quran yang akan diletakkan dalam hantaran, akan dibeli khas. Maksud disini, bakal pengantin akan mencari Al-Quran yang terbaik. Ada yang memilih Al-Quran berbentuk Ka'abah...
atau Al-Quran digital yang semakin terkenal masa ni...
atau Al-Quran berwarna dan kulit luarnya dibuat daripada baldu...
atau, Al-Quran direka khas ...
Terpulang kepada bakal pengantin. Tapi harus diingat, Al-Quran bukan sekadar hiasan. Ia diberi bersebab. Bukan sekadar hiasan mata, tapi erti sebenar yang disampaikan dalam Al-Quran yang perlu diambil kira.
"Mas Kahwin untuk anak perempuanku adalah terpulang kepada silelaki, hatta senaskah Al-Quran sekalipun".
Senyum, tak perlu kata apa-apa.
InsyaAllah, jika sudah sampai seruan jodoh ku dan jika salah satu daripada barang hantaran adalah Al-Quran, akan ku manfaatkan sebaiknya. InsyaAllah. Moga aku dan dia boleh belajar bersama, membantu sama lain dalam mencari kebahagiaan bukan saja didunia tapi diAkhirat sana. Doakan kami ya.
"Ya Allah, aku mohon kepadamu. Murahkan rezeki kami, permudahkan urusan hidup kami. Jauhi kami daripada perbuatan maksiat dan tunjukkan kami kejalan yang engkau redhai. Peliharakan hubungan kami, agar bukan saja kami capai "syurga" didunia, bahkan mengecapi syurga yang kekal disana. AMIN".
Teman2 sekalian, ada satu Al-Quran yang cantik. Sudah mula terkenal di Indonesia dan akan mulai terkenal di Malaysia. Siapa tahu ada B2B dari Brunei yang inginkan kelainan.
Source kalau tak silap adalah daripada: Dian Pelangi
p/s: Al-Quran bukan sekadar hiasan. Tak salah memiliki yang cantik, tapi bukan sebagai santapan mata.
Monday, March 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








the last 2 images lawa.. and yes setuju. bukan sekadar untuk santapan mata saja. gunakan setiap hari sewaktu menunggu isya' lagi bagus. especially Al-Quran yang suami hadiahkan nanti. insyaAllah pahala nya di terima oleh pembaca dan pemberi. amin..
ReplyDeletekesal saja pasal i saw banyak kes sudah rata-rata pasangan suami isteri baru hanya biarkan Al-Quran yang dibali jadi perhiasan.
mudahan inda berlaku to us and to you and who ever yang concern.
InsyaAllah. Moga kitani dapat belajar dari kesilapan orang lain.
DeleteYes, the last two. Jatuh Cinta! Di Jakarta banyak sudah. And some vendor di Malaysia will bring it in soon.