BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 31, 2012

Sekadar Coretan

Assalammualaikum;

Sedikit pengenalan diri. Aku merupakan anak dari keluarga yang kecil, yang mana mama ku berasal dari Daerah Tutong dan bapaku dari Daerah Brunei Muara. Aku bersyukur punya kedua orang tua seperti mereka. Kenapa? Mamaku bersifat memahami, apa yang membazir baginya dan tak perlu....maka tak perlulah dilakukan. Adat jua, hanyalah sekadar tradisi yang perlu dilakukan jika berkemampuan dan bukan wajib baginya. Manakala, bapaku merupakan seorang yang ringkas tetapi menekankan aspek agama. Apa yang penting adalah Akad Nikah dan adat hanyalah adat. Buat tak apa, tapi jangan melebih2kan adat dari tuntutan agama.


Satu soalan yang pernah bermain difikiran. Ada pernah bakal pengantin yang mengikut kursus nikah bertanya kepada Ustaz dan Ustazah? "Apakan tu yang pengangun buat, melilitkan 7 warna benang dan di apikan, kemudian ditiup biar terhapus apinya oleh pengantin perempuan?". Maaf, aku orangnya cetek sedikit tentang adat. Apa yang pernah aku lihat, akan ku persoalan. Tapi didalam hati. Tak nak ada yang tersinggung dan terasa hati. Atau ada yang pernah bertanyakan, "Apakan tu pengantin lelaki buat, meletakkan tangan di bahu pengangun, mengelilingi katil atau kamar tidur?" Maaf sekali lagi, aku hanya pernah menyaksikannya tapi tak pernah bertanya.

Perlukah adat didulukan?

Waktu kakakku berkahwin dulu, tak ada langsung adat sedemikian dilakukan. Bukan niatku untuk mempersendakan adat, aku tau ianya tradisi. Tapi sekadar bertanya, ingin tahu. Ada sesiapa tahu? Tolong kongsi. Terima Kasih.

Oleh kerana latar belakang ku yang berbeza dengan anda yang diluar sana, mama yang moden dan bapa yang ringkas...tuntutan agama bagi kami didahulukan dan adat hanyalah penghias acara. Bukan aku membelakangkan adat sepenuhnya. InsyaAllah, jika ada rezeki lebih aku jua akan membuat majlis yang beradatkan orang Brunei. Siapa inda mau, merasa sekali seumur hidup memakai pakaian Brunei tika Majlis Berbedak. InsyaAllah andai ada rezeki. Siapa inda mau merasakan kemeriahan Majlis Basuh Kaki adat orang tutong. InsyaAllah.

Seperti waktu Majlis Pertunangan dulu, aku tetap mengikut adat. Duduk di kamar tidur menanti keluarga lelaki datang menyarungi cincin. Aku tak keluar, kerana apa? Itu adat, biar duduk menanti bukan keluar mempamer diri. Maaf. Semuanya ikut niat masing2, tak semua yang keluar dari kamar berhajat mempamer diri. Tapi aku faham, kadang keadaan kamar tidur dan ruang rumah tidak mengizinkan.

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Kalau anak mati siapa yang meneruskan adat? Sering jua bermain difikiranku untuk bertanya ketika masih bersekolah dulu. Tapi tak terluah, takut guru mati kutu didepan dan memalukan pula.

Renungkanlan. Tak semua adat harus dilupakan. Tapi tak semua 'wajib' untuk dilakukan. Kita semua sudah dewasa, bijak untuk berfikir. Tau apa baik buruk. Tau apa untung rugi. Tau apa patut dan tak patut. Tau apa yang membazir dan tau cara berjimat. Fikir secara bijak. Allah sudah beri kita akal.

Impian perkahwinanku tidaklah semegah mana. Kalau kan diikutkan hasrat hati, banyak...terlalu banyak yang ingin dicapai. Pelamin yang modern, hiasan yang kreatif, warna tema yang unik, keluarga yang sedondon cantik, pakaian yang MasyaAllah halus buatannya dan macam2 lagi yang bermain difikiran. Ibarat anak kecil, yang impikan hidup seperti puteri dalam cerita dongeng.

Tapi, aku harus bijak. Takkan aku nak membazir wang berpuluh ribu? Aku tahu majlis hanya sekali seumur hidup InsyaAllah. Tapi perlukah?

Apa yang ku impikan kini hanyalah...rasanya tak salah kan berkongsi? Aku hanya merancang. Tak taulah, bila sudah ada tarikhnya kelak perubahan harus dilakukan.

Aku inginkan...

Hari Juma'at atau Ahad; Majlis Akad Nikah selepas Fardhu Zuhur. Dibuat dirumah perempuan. Disaksikan tetamu seramai 1300 orang yang duduk didalam satu khemah besar. Di tengahnya, terletak pentas nikah dan dikelilingi kerusi membentuk separa bulat. Dihadiri keluarga terdekat lelaki seramai 200 orang. Majlis nikah akan disaksikan semua dan ini lebih bagus. Kerana bukan majlis persandingan yang harus dibuat besar2an. Menerima hantaran dan majlis bersanding dibuat serentak.




Selang dua hari, majlis kesyukuran akan dibuat. Dihadiri keluarga dan teman yang terdekat. Mungkin jemputan seramai 500 ke 600 orang. Gabungan keluarga kedua belah pihak. Majlis ini dibuat untuk menyatakan rasa berterima kasih keluarga pengantin kepada kaum keluarga yang banyak membantu.

Ringkaskan? Mungkin, andai ada rezeki akan dibuat Majlis berbedak sehari sebelum Majlis Akad Nikah jika ada rezeki dan Majlis Basuh Kaki selepas Majlis Akad Nikah jika ada kaum keluarga yang menyusulkan hajat. Aku tak akan menolak usul keluarga, jika bagi ku dan bagi orang tua ku tidak membazir dan tidak menyusahkan sesiapa terutama pengantin yang mengeluarkan belanja.


Pasti ada yang tertanya2, "Nda kana ucapkan kan tu?". Tutup telinga, atau biarkan ia seperti angin lalu. Majlis kita, hak kita. Apa2 ani boleh dibawa berunding. Mereka akan faham kalau kita menerangkan. Tak perlu bermasam muka. Tak perlu ikut kata keluarga lain jika kedua ibu bapa sudah setuju apa yang dirancang awal.

atau ada yang bertanya, "Baiktah indung mu ok?". Kedua orang tua ku, orangnya supportive. Mereka faham, tau akan banyak belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tak mudah dan tak murah.

atau, "tunangmu dan bakal keluarga mcm mana?". Tunangku seperti aku, maukan sesuatu yang ringkas dan tak membazir. Orang tuanya jua okay. InsyaAllah.


Doakan saja hubungan kami berkekalan, dan ada jodoh antara kami untuk membina masjid di dunia dan menambahkan bilangan cucu cicit adam di muka bumi ini. Aku mohon, doakan urusan kami dipermudahkan dan rezeki kepada kami dilimpahkan dan diperluaskan. AMIN.

Impian ku hanyalah sekadar impian, aku sendiri tak tau jika ia akan berjalan seperti apa yang dirancang. Kita hanya merancang. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.

Tiada niat untuk membelakangkan keluarga lain. Apa yang penting adalah diriku yang membiayai majlis, kedua orang tua ku yang membesarkan aku. Dan, usul atau permintaan keluarga lain InsyaAllah takkan ditolak mentah2 tanpa memikirkannya. Jika ada rezeki lebih, aku sendiri mau yang terbaik. Aku sendiri mau merasai menjalankan majlis perkahwinan yang beradat. InsyaAllah. Jika ada rezeki yang luas dan tidak menyusahkan siapa2.

p/s: Ianya sekadar coretan dari hati. Aku hanya maukan yang terbaik untukku dan tidak menyusahkan sesiapa. Aku mungkin dari keluarga yang berlatar belakang berbeza dari kalian diluar sana. Bagiku, tuntutan agama lebih penting. Aku sendiri tidak sempurna, banyak lagi yang harus ku baiki. Pengetahuan agama ku tidaklah sedalam mana, tapi tidak juga terlalu cetek. Pengetahuan adat ku jua hanyalah apa yang aku pernah saksikan. Bagiku tak logik dan mengarut, aku tak akan turutkan. Jika ia benar2 adat melayu, dan tak salah di mataku..InsyaAllah. Jika ada rezeki.

4 comments:

  1. Alhamdulillah dengan family mu mcm atu,memudahkan lagi kamu membuat keputusan nanti kan.InsyaAllah apa yg diimpikan tercapai jua.

    Coretan diAtas mmg ada lurusnya.Jarang diutarakan pandangan ikhlas sorang2 pasal perkahwinan apalagi kalo membabitkan adat melayu kitani,agama&adat keluarga.Thank you for this entry.

    Bukan kan mengeluh tapi terkilan,kdg kitani sendiri skali skala rasa tersepit dlm satu situasi.My situation maybe abit more dlm adat melayu kitani & adat keluarga.Labih2 lagi kalo 1 of your parents bukan org local.Nda slh plg dibuat adat lain tu asalkan ianya nda memesongkan agama kan.Kebaikkannya nda buatkan family belah the other parents terasa leftout,kira mengeratkan silaturrahim dgn yg jauh atu.

    Yes pasal adat melayu atu,terfikir jua what if i was forced to do it on my wedding day jua?Sedangkan hati nda mau,timbul soalan apa hukumnya,baikkan kalo dibuat...??I saw most family masani buat adat melayu yg kebiasaan dibuat atu jua.Other than menjwp dlm bab agama&hukumnya,you have any other suggestions that we can say supaya drg nda terusik hati?Pasal kalo bab bajet,bole lagi drg kan offer.Rasa jua they want us do it saja.

    thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki masing2.

      Nda salah, kalau rasa kitani inda salah dalam agama. Lagipun, kadang terfikir jua siapa lagi kan meneruskan adat. Kalau semua kan dibuang atau inda dibuat, siapa tah kan meneruskan? Kalau ada rezeki, teruskan. Lagipun, keluarga selalunya iski dalam hal cmani ani. Jarang di liat, jadinya yang berdamitan iski meliat untuk rujukan masa depan.

      Awu banar tu, sesetengah orang kadangnya tersepit antara keluarga dan pendirian. Mau inda mau teruskan, apa lagi kana cakapkan...budget inda jadi hal. Demi menjaga hati indung jua.

      Kalau sudah terdesak untuk membuat adat yang disuruh keluarga, daripada jadi buah mulut atau bermasam muka. Kadang difikir, teruskan saja. Tapi kalau rasa, mcm "lain" usulnya, niatkan saja hanya kerana adat..sekadar penghias acara.

      Maaf andai salah, tapi pengetahuan ku tentang agama dan adat ani inda lah sedalam mana. Karang salah. Wallahualam.

      Mungkin nanti, waktu kita ikut kursus nikah atau ada kenalan orang pejabat agama. Bolehtah ristakan. Pasal hati indung sama keluarga ani, lain org lain caranya.

      Tapi bagiku, kalau sekadar majlis berbedak atu..InsyaAllah. Nda jadi hal. Kalau kana suruh, diikutkan. Tapi tu, yang meniup dian and benang..yang 'ganjil' dimataku...atu yg jadi kemusykilan. Atu, ku tolak mentah2 tu.

      I know most of us will encounter this prob, it is nice discussing with you. Tapi hal adat dan agama ani,isu sensitif. Kitani sendiri inda sempurnakan, cetek ilmu.

      Salam kenal.

      Delete
  2. me too...selalu ku rasa ganjil tu yg benang 7 warna kah something like that.
    and i dont know apa di baca kan oleh pengangun
    and also kenapa mesti pegang bahu..apa ertinya...
    pegang kepala, pegang bahu. pegang kepala mcm adat hindu jua....

    kebanyakkan adat kahwin brunei ani ada unsur2 adat hindu...
    pusing naga tia... apa tia...
    just becareful...
    for myself..aku inda mau penganggun yg urg tua2 atu....cukup sekadar someone dari pejabat ugama yg dtg mengajar bacaan2 ayat Suci Al-Quran.

    and my Family...too...mau semua tuntutan Agama di dahulukan. bukan kami nada adat tapi kami lebih BERADAB daripada org yg BERADAT. Adat bukan Ibadat... tapi Nikah adalah Ibadat.

    we want something yg ringkas..tho' my fiance's side byk adatnya... but it's time to change...sebab bumi pun sudah tua...jadi we need to change supaya kurang melaku kan dosa...

    Hope impian you tercapai...
    Aminnn....

    ReplyDelete
  3. Salam kenal semua =)

    agaknya most bride2be dBrunei ani kebanyakkannya rasa serba salah jua dgn adat2 kawin dBrunei ani kan...

    membaca komen dari pengalaman kamu atu,kdg rasa takot&serba salah jadinya.nda pasti my family pun practise this adat yg ada benang 7 warna atu or maybe aku sendiri yg terlepas menyaksikan.mau pastikan with the parents la lps ani ni.tapi ada mendgr jua dari pengalaman kwn2&teliat dlm portfolio fotografer in my surveys.before nda plg terdetik kan betanya2 sebab biasala belom ada niat kan keArah atu, jadinya nda mau menyentuh langsung la isu2 hal kawin ani.now baru tah ambil tau,byk adat kitani ani pelik2 tapi diikut org jua.

    andai adat kitani atu terselit maksud nda baik & lebih terArah kpd adat-budaya-agama lain means org2 yg mempraktikkannya sebelom ani masih belom terbuka mata akan kebenarannya kan.bila org2 muda bertanya,drg jwp "adat tu..buat saja..." tapi nda dijelaskan kebaikkan perbuatan atu.walaupun diri masih cetek ilmu agama,acara besar&penting bagi diri mau jua dibuat sesempurna&sebaik yg boleh kan...bukan tau diArah saja.

    this scares me...dlm isu ani,mmg byk dugaan kamu2 yg kan berkahwin ani kan....

    semoga urusan ku nanti & urusan kamu2 yg kan melangsungkan dimudahkan saja...amin ya rabb

    ReplyDelete