BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 30, 2012

Doorgift dan Coretanku

Assalammualaikum;

Buah tangan di kalangan kitani masyarakat Brunei selalunya kurang lebih sama saja. Yang menjadi minat kalau majlis kahwin2an ani adalah;

1. Cawan


2. Roti


3. Minuman sekotak


4. Biskut


5. Jar


6. Plastic Jug/Pitcher


7. Thermos


8. Payung


9. Tuala


10. Beras Laila atau Beras Wangi


List di atas ani adalah antara yang paling top di Brunei. Nda ikut turutan. Ani antara campur atau buah tangan yang selalu di terima kalau lepas ke jemputan. Alhamdulillah.

Tapi....

Sekadar menjadi perbincangan.

Selalunya jemputan untuk majlis si pengantin perempuan adalah 1000 ke 1500 jemputan. Bayangkan, berapa banyak belanja untuk kahwin? Ani baru satu majlis, majlis besar...hari persandingan. Indakah kitani ani, terlalu mengikut kata hati? Bukan apa, nada niat untuk mempertikaikan. Benar, belanja sendiri2. Siapa aku untuk mempertikaikan? Tapi sekadar menjadi renungan....

Benar, nda dapat di sangkal....inysaAllah kahwin hanya sekali. Biarlah yang pertama dan terakhir. Mau jua kan besar2an, nda mewah inda apa janji meriah. Tapi, berapa banyak sebenarnya perbelanjaan untuk kahwin? Untuk satu majlis saja sudah berbelas ribu, atau berpuluh ribu mungkin?

Bayangkan, catering kalau di ambil yang BND5.00 per pax, untuk 1200pax. Berapa sudah kalau di jumlahkan? Ditambah dengan buah tangan lagi....kadang pemilihan buah tangan ani membantu. Kalau pandai mencari di mana murah, InsyaAllah save budget dan gerenti disukai semua. Tapi, kalau barang mahal....entahlah. Ikut rezeki masing2.

Kadang, siuk jua melihat B2B Malaysia. Bukan apa, kreatif atu semua orang sebenarnya kreatif. Tapi, penerimaan macam mana? Semua orangkah dapat menerima pilihan kitani? Kadang, di bagi Kipas Tangan (Kiyap nya orang kitani) ada jua yang berkata2. Nda dapat memuaskan hati semua pihak. Yang susahnya siapa? Pengantin yang tadi tersenyum ketawa pasti akan bermuram lepas majlis. Kenapa? Menanggung hutang!

Benar, kalau bukan melalui pinjaman bank...dimana lagi kan dapat duit untuk berlanja kawin. Kan harapkan wang simpanan berapa banyak yang dapat di simpan sebelum kahwin? Kalaupun ada, nda banyak mana..inda mencukupi untuk menyelesaikan semua majlis.

Maklum, kitani di Brunei banyak sangat majlis atau adat yang perlu di ikuti. Ayat paling selalu di dengar, "Bila jua lagi kan macam ani?". Benar, inda kenapa. Kalau berezki, InsyaAllah aku satu hari nanti pun mau kan merasai semua majlis. Tapi kalau kewangan nda memihak, inda apa. Siapa kita untuk melawan apa yang sudah tertulis?

Yang penting adalah tuntutan agama, bukan adat!

Inda lagi dapat di pakai pepatah, Biar mati anak jangan mati adat! Aku masih ingat lagi, waktu sekolah menengah mendegar saja pepatah atau simpulan bahasa atu...inda ku suka! Kenapa? Kalau anak mati, siapa akan meneruskan adat? Lagipun, kitani beragama Islam. Islam tak pernah menyusahkan, malah menyenangkan!

Aku memasang angan, agar satu hari nanti...kita semua berfikiran terbuka. Bukan buah tangan yang menjadi ukuran, bukan banyaknya majlis yang menjadi persoalan. Yang penting itu tuntutan agama. Nikah itu yang sewajibnya.

Sepatutnya, hari pernikahan yang diraikan sebesar2nya..semeriahnya. Itu tuntutan agama. Saat itu , saat sudah sah bergelar suami isteri yang seharusnya di hebohkan! Bukan hari persandingan. Anniversary kita seharusnya sewaktu hari nikah, tarikh hari nikah bukan hari persandingan!

Jemputlah, seramai2nya dan hebohkan berita gembira iaitu ketika hari pernikahan. Tapi Alhamdulillah jua, masa ani semakin ramai yang membuat majlis sehari. Maksudnya, lepas nikah terus bersanding. Secara kebetulan, semakin lurus sudah pemikiran orang kitani. Ramai tah jua datang waktu nikah, waktu yang seharusnya di hebohkan. Alhamdulillah.

Sampai sini dulu, InsyaAllah esok akan post tentang doorgift yang murah tapi menarik! Jarang di buat dikalangan orang kitani, tapi kalau di buat hairan kali orang.

2 comments:

  1. As-Salam,

    I've linked you to my wp. (you don't mind kan?)

    ReplyDelete