BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 15, 2012

Baju Pengantin Lelaki

Assalammualaikum;

Kebanyakkan b2b sibuk berfikir....aku nak design mcm mana ye?

Aku nak, 1 piece dresss ke 2 pieces?

Nak kain flowy"....

Nak baju peplum cutting. Mock button dekat tangan dan belakang baju tu wajib!

Nak veil dengan tampalan lace. Ukuran veil nak sampai pinggang.

Nak tudung bawal ke shawl eyh?

Semuanya terlalu berkisar ke diri kita sendiri.

Kesian pengantin lelaki, merekapun tetap nak nampak gagah dan macho.

Beberapa minggu lepas, ada memulakan bicara.

Dan aku sebagai orang 'kuat' dalam membuat research tentang perkahwinan...

"Tak usah risau, cinta akan handle. Baju, doorgift, photographer and etc".

Dan dia, "Okay!"

Siapa tak suka bila semua di uruskan pasangan.

Mungkin sebab, waktu dan tarikh belum ada. Hanya perancangan saja.

Jadi, dia tak nak pening kepala.

Tapi, pencarian harus bermula sekarangkan.

Tak naklah nanti, aku tak sempat menyempat.

Aku tak akan biarkan dia memakai baju cara melayu, guna material kain biasa. Nak yang tampak 'mahal' dan 'kemas' ketika hari pernikahan.

Kalau ada sesiapa yang pernah membaca entri lalu, aku ada katakan...

"Hari pernikahan yang wajib di hebohkan. Bukan hari persandingan. Jadi, InshaAllah majlis besar kami adalah pada hari nikah dan hari persandingan atau aku akan panggil Majlis Doa Kesyukuran hanya untuk kaum keluarga terdekat".

Oleh kerana nikah adalah majlis besar, jadi...it's a NO NO untuk dia memakai baju cara melayu putih biasa.


FB: Andaq Photography

Gambar di atas tu, paling suka dekat material baju lelaki. Kainnya tebal, dan nampak kekemasan potongan. Warna kain, yang saaaannggaaat putih! Betul" tampak suci.


Majlis Persandingan Elyana.

Baju suami Elyana, suka pada lipatan kecil di dua belah badan. Warna dan penggunaan kain dari jenis ini (silk ke?) buat baju si lelaki nampak elegan.


FB: Haziq Shaharuddin

Satu lagi baju yang unik. Okay, lipatan kecil" di dua belah badan tu berbeza sikit dengan gambar awal. Ia hanya di buat separuh panjang. Dan tengok pada material kain. Ia tampak santai, modern dan ahhh.....suka nya!


Majlis Persandingan Irma Hasmie.

Suami Irma, pada bajunya juga ada lipatan tu. Tapi tak nak lah dari kain biasa ni....



FB: Kerjagilasimoll Photography

Baju biru tu, ada perbezaan pada jahitan lipatan. Lebih besar dan jarang. Ikut pada kesukaan masing".

Dan, lagi baju putih yang cantik dari material yang cantik. Nampak segak je!


FB: Fotocantik studio

Dan gambar terakhir, tak ada beza rasanya dengan gambar dua pasang baju putih dekat atas. Tapi warnanya memberi kelainan. Tak ke?

InshaAllah, untuk majlis nanti....

Warna pun belum decide. Belum ada perbincangan formalpun. Sekadar aku berangan.

p/s: Kebanyakkan entri lalu telah di draftkan semula. Maaf, terutama entri yang ada melibatkan majlis pertunangan dulu. Sekadar, menyembunyikan identiti diri.

Pelangi, jarang sekali muncul di kota ini.

Friday, October 12, 2012

Perancang Perkahwinan: Miely Dazzle

Assalammualaikum;

Semalam, waktu jalan depan 7Eleven bawah hostel...ternampak Majalah Pengantin November. Hati mcm terdetik, "Nak beli ke tidak ni?".

Kalau beli sekarang, untuk apa? Kan majlis, hanya DIA yang tahu.

Jadi, aku lupakan niat untuk membelek majalah tu.

Waktu pulang dari library, nak naik pergi hostel. Ish, majalah tu macam melambai mesra.

Tak boleh jadi!

Last", aku masuk dan pegang majalah tu. Tema dia kali ni, "Perkahwinan Pantai".

EH! Tau" pulak aku mengidam nak bertemakan pantai. Hah!

Beli jugak akhirnya.

Belek punya belek, banyak juga inspirasi untuk dekorasi. Cantik.

Tapi ada satu vendor ni; buat aku kagum.

Cantik tau!

Terus add FB dia!

Jom tengok apa yang nak di kongsikan.




Cantikkan pelamin rekaanya. Warnanya, soft dan nyaman mata memandang.

Dan, Versi pelamin mini pulak....






Dia pun buat bunga telur dari tissue tau! Cantik. Gebu je. Tengok dekat tepi" pelamin tu. Ahhh......

Dan antara hantaran rekaanya.....



Paling suka, gambar hantaran dekat atas ni. Cantik je bekas hantaran yang digunakan!

Dan, untuk baby shower!



Cantikkan rekaanya?

Jom, Add FB Miely Dazzle

p/s: Penuh warna, Pelangi suka!

Wednesday, October 10, 2012

Nak ke?

Assalammualaikum;

Alhamdulillah ada masa terluang sedikit hari ini.

Bila menjeguk di bahagian keywords, Alhamdulillah.

Ada pengunjung dari Brunei. Mencari perihal pengangun, buah tangan untuk majlis dan etc.

Terdetik di hati. Adakah yang nak?

Macamni, Pelangi selalunya akan pulang dengan membawa beberapa kiriman teman atau keluarga.

Mcm". Dari bunga telur. Hiasan hantaran. Paper Bag. Doorgift dan sebagainya.

Jadi;

sesiapa yang berminat boleh tinggalkan komen di sini atau di email pelangi.

Antara barang yang pelangi akan bawa pulang kali ni;



Coloured and Polka Dots take away box or noodle box. Ada yang dah jadi milik orang, dan ada yang belum. Cepat!




Bekas telur. Semua dah di booking. Tapi kalau ada yang nak, InshaAllah saya akan tolong beli.


Uncang pebagai warna!

Pelangi akan pulang pertengahan bulan November InshaAllah. Sesetengah barang, tak ada empunya milik. Sekadar menjadi tabiat membeli barang tanpa hajat tertentu. Lagipun, majlis doa selamat selalu diadakan di rumah. Jadi, tak susah" membeli di Brunei. Mahal dan pilihan yang sangat terhad.

Tapi, kalau ada yang nak.....akan dijual. Atau ada yang nak berkirim barang? InshaAllah, akan tolong. Tak akan mark up price berhabis2an. Cukup sekadar tampung tambang perjalanan.

p/s: Letih!

Cantik + Ringkas

Assalammualaikum;

A very quick update.

Sekadar berkongsi. InshaAllah, ia akan menjadi kenyataan di hari itu nanti.

Itupun kalau Pelangi tak berubah fikiran, atau ada idea baru yang mencuri hati =)

InshaAllah.






InshaAllah.

Untuk apa. Dimana.

Simpan dulu dalam hati.

InshaAllah.

Nak tambah lagi 2 keping.

.
.
.



p/s: Pelangi, berangan lagi.

Monday, October 8, 2012

Pencarian Songket

Assalammualaikum;

Terima Kasih buat yang membantu, bila Pelangi bertanya tentang Qur'an yang menjadi idaman hati. Bukan untuk tanda mas kahwin atau hantaran, hanya untuk kegunaan sendiri.

Berbalik pada entri asal;

Pelangi nak tanya. Mana nak dapatkan kain songket sekitar KL ni?



Tau, dekat Jakel dan City One Plaza. Katanya murah. Tapi belum berkesempatan.

Dulu, mengikuti entri dari Moose on The Loose.

Dia ada share tempat dan harga di entri INI.



Terima kasih. Dah bertahun dalam simpanan saya.

Dan, ada jua mengikuti entri dari Bride Tomei.

Alahai, dah bertahun rasanya saya mengikuti perkembangan B2B Malaysia. Hinggakan, reference saya adalah dari pengantin tahun" lalu.

Terima Kasih banyak.

Entrinya, boleh baca di SINI.

Atau, tentang songket dari Jakel. Bukan yang sepasang untuk pengantin. Tapi dari jenis kain ela.

Cantik juga. Boleh baca di SINI.

Yang entri di atas, baru je jumpa. Tapi waktu ke Jakel minggu lalu, memang ternampak.

Cantik jugak sebenarnya. Kalau pandai dan kena gaya. InshaAllah. Tak semestinya mahal itu cantik dan murah itu cemeh.

Ada bertanya pada Lady Syaliz.

Terima Kasih untuk entri INI.



......

Boleh tolong berkongsi lagi tak, di mana saya boleh dapatkan songket?

Jangan tanya bila majlisnya. InshaAllah. Kami hanya merancang.

Tak tau bila, tapi inginkan maklumat sebagai persediaan.

Siapa tahu, jodoh itukan rahsia Allah.

Tertulis sudah olehNYA, bila dan dimana. InshaAllah.

p/s: Semangat ke siPelangi ni?

Saturday, October 6, 2012

Qur'an Pelangi

Assalammualaikum teman;

Pelangi nak tanya;

Mana nak dapat Quran pelangi ni? Ada tau sesiapa yang jual?


Sudi"lah berkongsi.

p/s: Bila Pelangi jatuh cinta, dan ingin mendalami 'cinta'nya.

Wednesday, October 3, 2012

InshaAllah, Pelangi kembali.

Assalammualaikum;

Lama tak bersua dan menjenguk ke laman ini. Tapi Alhamdulillah, kadang masih berkesempatan untuk menjenguk dan meninggalkan jejak di blog B2B yang lain.

Hati meronta untuk berkongsi, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan.

InshaAllah, akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang termampu mulai hari ini.

.......







Hiasan untuk hari bahagia nanti?!

p/s: Pelangi rindu dia.