BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 7, 2013

Prada Lace Part 3

Assalammualaikum.

Nampak Prada Lace lagi.

Cantik. Sekarang tengah fikir mcmana nak designkan baju guna Prada Lace. Takut nampak gemuk.

Yang terbaru daripada:

Facebook: Thea Modesta



Dan, daripada perkahwinan Hafsah + Ammar dan Isa+Quraisya

Hasil foto daripada; Facebook: G.I Photoshoot

Hiasan perkahwinan daripada: whatalovelywedding by fathinz



p/s: mengejar pelangi pagi

Sunday, February 3, 2013

Tenunan Brunei

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Weekend minggu ni, puas bershopping d KL.

Sambil tu....tengok barang dan membuat perbandingan harga.

Cari idea untuk buah tangan pihak lelaki.

Iyelah, si dia kerja di lautan sana. Nak menyusahkan orang tua, tak sekali2.

InshaAllah. Cadangnya untuk mula membeli sedikit2.

Tengah survey designer atau butik. Tak kisah d Brunei atau KL.

Yang penting harga bagus dan kualiti memuaskan.

Nak tanya B2B Brunei. Berapa harga kain songket tenunan Brunei.

Siapa tahu ada rezki. Kita takkan tahu.

Dah survey harga jong sarat. Tp belum tau nak guna design apa.

Sampai sini dulu.
Siapa tahu punya kesempatan memakai tenunan Brunei.

Friday, January 25, 2013

Innai Red + Glam Weddings + The Joe Zakaria Photography

Assalammualaikum;

Berkongsi lagi pelamin cantik.

Ringkas tapi nampak mewah.

Masih berinspirasikan warna putih.


Hasil kerja, FB: Glam Weddings

Bunganya ibarat terapung. Hiasan dan dekorasi yang sangat minima.

Cantik!

Dan....

Dari hasil sentuhan FB: Innai Red.

Rekaan bajunya, dan penggunaan warna untuk pengiring atau bridesmaid sangat manis.


Masih banyak lagi rekaan baju hasil tangan Innai Red yang buat kita jatuh cinta.

Dan gambar di atas adalah hasil, FB: The Joe Zakaria Photography

Sampai sini dulu.

p/s: Moga semuanya mudah.

Monday, January 21, 2013

Gorgeous by Ratio Design

Assalamualaikum;

Suka sangat dengan hasil rekaan FB: Ratio Design

Selalu menggunakan warna pastel, dan gabungan warna putih/cream dan hijau untuk menampakkan rekaan yang lebih bersih dan alami.




Love the purple shade untuk pelamin pertama. Setuju? Tapi sedaya upaya untuk mengelakkan warna purple tika majlis nanti. Bukan apa, orang tau sangat warna tu kegemaran kita. Jadi, nak tunjukkan kelainan.

Pelamin kedua, sangat unik. Menggunakan riben sebagai hiasan. Rekaan yang snagat ringkas.

Selain pelamin, bunga tangan dari Ratio Design juga sangat unik. Masih menampilkan elemen pastel, dan gabungan putih+hijau. Dan kadangkala menggunakan bunga yang unik, seperti orked dan their signature flower. Bunga warna hijau tu.




Nampak tak bunga hijau yang saya katakan their signature flower tu. Alah, HB yang terakhir...bunga yang tampak keras tu. Unikkan?



Gambar hantaran di atas adalah antara hasil rekaan mereka. Nampak lebih jelaskan bunga hijau tu. Cantik. Nampak bersih dan alami.


Kalau rasanya majlis nanti, selang seminggu....nak jadikan baju persandingan sebagai salah satu hataran. Boleh?

Tapi.....

tak susah ke nak iron kain songket ni?


p/s: percaturan hidup, antara impian dan realiti.

Sunday, January 20, 2013

Beautiful by Chenta Weddings

Assalammualaikum;

Nampak pelamin cantik. Warna pastel, lembut!

Rekaan yang sangat ringkas tapi.....tetap cantik.


Dan jatuh cita dengan keunikkan pelamin ini.


Ini adalah hasil rekaan, FB: Chenta Weddings

p/s: tak perlu memenuhi kehendak semua pihak.

Friday, January 11, 2013

Ivory+Mocha+Charcoal+Olivia

Assalammualaikum;

Buat masa ni, jatuh cinta dengan warna di atas.

Ivory+Mocha+Charcoal+Olivia; mesti cantik!

Jumpa beberapa bedsheet yang bermotifkan warna diatas.

Designnya ringkas.

.
.
.
.





p/s: kenapa jatuh cinta berulang kali?

Monday, January 7, 2013

Prada Lace Part 2

Assalammualaikum;

Tadi baru ada masa terluang googling tentang Prada Lace.

Oooo...rupanya ada ex-b2b yang menggunakan lace jenis ni.

Katanya, lebih kurang RM150 per metre di Bandung.

Dan, ada juga yag bernasib baik dapat serendah RM100 di Nagoya.

Tapi, ada yang kata di Jakel/Euro Moda/Gulatis mengenakan harga lebih mahal.

Entahlah, mungkin kualiti berbeza.

Tapi.

Betul kata sesetengah B2B. Lace jenis ni menampakkan badan lebih besar sedikit kerana jenis kainnya yang tebal.

Tapi InshaAllah, kalau bijak menggayakan dan mem-fesyenkan. InshaAllah.

Seperti B2B Rilla.


Baca link beliau di sini: Prada Lace

Dan, entri baju resepsi beliau: Baju Resepsi

Atau, tengok pakaian nikah si pengantin perempuan.


Album: Solemnization Shira + Stop

Oleh Photographer: LOOKitLOVE

Atau...

Baca coretan dari blogger ini tentang harga kain lace di Pasar Baru, Bandung.


Baca di sini: Bride of Kayangan

Dan....

Oleh, Lina Abdul Couture


Dan yang terakhir sekali...

Dari blogger ini: Haida-Safera

p/s: Ohhh, lace ini sangat cantik!