BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 7, 2012

Bunga Telur

Assalammualaikum;

Bunga telur selalunya dalam masyarakat kitani diberi waktu Majlis Berbedak ataupun Majlis berinai. Selalunya, diberi untuk orang yang membadaki atau menculiki kitani. Mengikut adat, memberi telur kepada tetamu merupakan lambang kepada kesuburan. Entahlah, tapi adat. Memberi telur kepada tetamu memang sudah dipraktikkan dari zaman dulu2.

Cara pembungkusan telur pun mengikut peredaran zaman. Kalau dulu, telur akan dibungkus dalam kertas warna. Kemudian, timbullah kreativiti masyarakat kitani membuat bunga telur dan di pacakkan di dalam bekas khas dan diletakkan di tepi pelamin.

Ikutlah kepada keluarga pengantin untuk memilih, banyak jenis baru untuk bekas telur. Ikut kemampuan.

Bunga Telur Gantung


Bunga Telur Biasa


Bunga Telur Teddy Bear


Bunga Telur Tisu (senang untuk di DIY, lagipun cantik dan kosnya murah!)



Bunga Telur Kerawang


Uncang Telur


Kotak Telur


Bakul Rotan



Bakul Rotan+ Uncang



Bunga Telur Kertas


Bunga Telur Coklat


Bunga Telur Foam (Macam2 bentuk ada seperti cupcakes, dress, kemeja, kereta, stroller, botol susu dan etc)




atau sesuatu yang comel dan menarik;


Sumber gambar adalah daripada MrGoogle, Seni Qanasuri dan SweetnRosy.

Sebenarnya, adanya atau tiadanya penggunaan bunga telur terpulang kepada diri kitani. Ikut kemampuan. Tapi cuba kitani fikirkan dari segi praktikalnya.

Selama kitani dapat bunga telur daripada majlis berbedak pengantin, berapa banyak diantara kitani yang menyimpan bunga telur atau bekas telur? Secara jujur, rumah saya nada menyimpan.Ialah, difikirkan logiknya setiap majlis akan dapat 2 batang bunga telur. Kan diletakkan dimana? Bercampur aduklah nanti. Ialah, si pengantin A mungkin memberi bunga telur berwarna coklat, si pengantin B berwarna hijau, manakala sipengantin C memberi berwarna unggu. Indakah campur2 tu?

Kebanyakkan rumah yang ada menyimpan bunga telurpun, selalunya akan diletakkan di satu sudut rumah dan mengumpul habuk dan sarang lebah2. Inda? Sila jujur, berapa ramai yang menyimpan dengan sempurna?

Bukan melarang, tapi kadang kitani fikirkan praktikalnya untuk mengelakkan pembaziran. Maklum diBrunei mahalni, BND1.80 sebatang untuk bunga telur yang sederhana cantik. Seorang pengantin memerlukan 100pcs minima untuk bunga telur. Dijumlahkan, berapa banyak sudah belanja?

Saya sendiri inda tahu, nanti (InsyaAllah) perkahwinan saya akan ada atau nada bunga telur? Ialah, saya boleh mengatakan tidak mahu tapi orang tua? Payah untuk kitani menolak permintaan orang tua untuk menutup mulut ramai pihak. Tapi...setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.

Kenapa inda, campur atau buah tangan orang menculiki adalah bekas perhiasan tahan lama atau diguna pakai dan didalamnya diletakkan telur? Praktik?





Isikan telur dalam bekas di atas, jadikan buah tangan tetamu yang membadaki sipengantin. Tak perlu membeli bunga telur sebagai bekas telur. Kurang sikit belanjakan?

Tak salah berjimat, wang kita majlis kita!

No comments:

Post a Comment