BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 23, 2012

Inspirasi Perkahwinan- Sabsabby

Assalammualaikum;

Melihat majlis pernikahan Sabsabby telah memberikan ku inspirasi. Beliau adalah salah seorang pengantin pertama yang aku ikuti blognya. Dari sana, aku dapati majlis perkahwinan tak semestinya mahal untuk nampak cantik.

Dari membaca blog sabsabby, aku mula kenal dunia blog bakal pengantin. Dan mula mengikuti setiap artikel yang dicoret. Samaada yang memberi ilham untuk DIY, mahupun untuk mengurangkan kos. Aku mula mengikuti setiap hari, membaca setiap satu blog dan mula jatuh cinta dengan inspirasi perkahwinan mereka.



Cantikkan pelamin nikah sabsabby. Ianya merupakan khemah yang diletakkan ditengah dewan. Ialah, selalunya pengantin yang membuat majlis nikah didewan akan berada dipentas hadapan. Tetamu yang duduk dibelakang takkan nampak dengan jelas apa yang berlaku melainkan ada rakaman secara langsung. Dengan meletakkan pentas ditengah dewan, semua tetamu insyaAllah akan nampak dengan jelas majlis pernikahan yang dilangsungkan.


Tak perlu ramai keluarga untuk duduk bersama pengantin, biarlah yang terdekat saja. Kerana tetamu lain dan keluarga juga boleh melihat majlis dengan sempurna. Idea untuk meletakkan pentas ditengah2 dewan ini memberikan aku inspirasi.



Dari membaca blog sabsabby juga aku mula mengenali, kain flowy yang scantik ini. Aku mula jatuh cinta dan memasang impian. Tapi perkahwinan sabsabby memang meninggalkan terlalu banyak kesan dalam diri ini.

Terima Kasih kerana memberi inspirasi. Aku tahu tak mungkin semua tercapai, tapi tak salah memasang angan.

No comments:

Post a Comment