BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 12, 2012

Hantaran

Dikalangan orang kitani, lazimnya acara memberi hantaran (menerima atau menghantar berian) dilakukan sebelum majlis akad nikah. Mula2, dimulakan dengan keluarga pihak lelaki membawa masuk hantaran. Dan hantaran yang mengandungi permintaan keluarga perempuan semasa majlis pertunangan akan di lihat dan diperiksa termasuk memeriksa duit hantaran dan mas kahwin. Iyelah, taknak sesuatu yang tak diingini berlaku seperti hantaran duit palsu dan sebagainya.

Kemudian, hantaran akan di balas dari pihak perempuan sebagai tanda kasih. Hantaran dari pihak lelaki tadi akan dimasukkan kebilik sipengantin dan hantaran dari pihak perempuan pula akan dikeluarkan. Ataupun, hantaran dari pihak lelaki akan diletakkan diruang khas seperti di ruang tamu kedua yang menempatkan tetamu perempuan dan digandingkan bersama hantaran dari pihak perempuan yang akan dibawa keluarga pihak lelaki selepas majlis selsesai.

Hantaran yang digubah cantik, dibelanjakan beratus ribu untuk kedua pihak pengantin hanya akan dilihat tetamu sekejap cuma. Dan akan diabadikan dalam gambar kenangan majlis perkahwinan saja. Sekejap saja kan? Walhal, sipengantin yang gigih ber DIY atau menghias hantaran sudah berapa lama bersengkang mata untuk membuat dekorasi. Mahukan yang terbaik dan tercantik. Tapi, kenapa sekejap cuma?

Jadinya, kenapa kitani inda gunakan tempat atau alas platform untuk letakkan hantaran ditempat yang senang di lihat tetamu. Iyelah, tetamu selalunya di luar rumah dan hanya segelintir saja yang akan duduk menyaksikan majlis dari dekat.


Letakkan hantaran dari kedua pihak berganding bersama. Dan berikan ruang ditengahnya, cukup2 untuk sipengantin lelaki dan tok kadi menjalankan acara akad. Sekurang2nya, hantaran masih didepan mata dan masih dapat dilihat tetamu. Lagipun, platform hantaran akan menaikkan dan menonjolkan lagi hantaran. Dapatlah di lihat tetamu yang duduk dibelakang.


Ataupun, letakkan hantaran di depan pelamin nikah. Masih didepan mata pengantin (supaya dapat di mata2i). Dan motifnya jugak sama. Biar lebih menonjol dan sentiasa ada tergambar atau tertangkap oleh lensa kamera. Tak salahkan? Tiada niat untuk menunjuk, tapi sekadar berkongsi. Apa salahnya, hasil gubahan dan hantaran yang diwar2kan sebagai tanda kasih di kongsi bersama keluarga dan tetamu.


Atau, jika ruang rumah tak sebesar mana. Gunakan idea daripada AriWedding Couture di hari pernikahan Sarah. Pelamin nikah 3D! Disediakan ruang khas di kiri kanan pelamin untuk meletakkan hantaran. Nampak lebih kemas dan senang di lihat tetamu. Lagipun, ruang khas untuk menyimpan hantaran ini lebih praktikal. Dimana ia bertindak 2 dalam 1. Selain hantaran juga sebagai hiasan dekorasi pelamin!


Atau seperti idea salah seorang blogger Malaysia, bongkah kaca yang diletakkan di kiri kanan pelamin diguna sebaiknya! Diletakkan dulang hantaran di atasnya. Selain daripada turut menjadi hiasan pelamin, ia juga akan sentiasa terabdi di lensa kamera dan apa yang lebih penting hantaran sentiasa berada didepan mata pengantin dan keluarga.

Kreatif? Jangan malu mencuba~

No comments:

Post a Comment