Berinai atau kata orang Brunei, berpacar memang lazim dibuat oleh bakal pengantin. Kebanyakkan pengantin perempuan masa ani memilih untuk membuat inai yang bercorak.
Saya ada meng-add beberapa pelukis inai di Facebook saya. Untuk kegunaan masa depan, siapa tahu jatuh cinta untuk membuat inai bercorak untuk hari besar nanti.
1. Brunei Bridal Henna and Jewelleries
2. Winda Winn
3.InnoLad Henna Artist
4. Henna Wadiana
5. Izzahm's Henna Art
6. Cdah Henna Art
7. Noy Henna
Untuk makluman semua, saya inda mengenali mereka dan inda pernah bertanya tentang hasil kerja tangan mereka. Jadi, harga dan kekemasan lukisan inai dan ketahanan saya inda tahu. Tapi anda bolehlah bertanya sendiri. Inda salah berkongsi apa yang ada dalam simpanan saya.
Untuk pelukis inai 5, 6 dan 7; oleh kerana account Facebook mereka di privatekan...indalah dapat saya sertakan gambar.
Buat masa ani, hati ku masih mahukan sesuatu yang simple dan mengikut tradisi.
Lawa juakan kalau simple cemani? Manis dan kemas dilihat, bersih rasa mata memandang.
Dan hukum berinai menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 adalah:
..."Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan..."
Sumber: http://mymiminn.my/hukum-berinai-majlis-fatwa-kebangsaan/
Sering kitani melihat pengantin lelaki memakai inai di 2 atau 3 jari terakhir disebalah kanan. Tapi tahukah kita hukumnya?
Dan hukum memakai inai bagi lelaki adalah:
"... Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.
Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.
Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.
Dalil pengharaman adalah seperti berikut:
1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.
Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)
2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.
Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).
Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.
4. Hadis riwayat Ya'la:
أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.
5. Hadis dr Abi Hurairah:
أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.
Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah..."
Sumber: http://www.loveloveislam.com/2010/07/hukum-lelaki-berinai.html
Wallahualam bi shawab.
p/s: Saya pernah memberitahunya; "Jangantah berpacar time kawin ah, haram tu!" Dan dia menjawab, "Ih, bahapa....sayang pun inda mau". Dan aku menjawab, "Kalau keluarga memaksa kerana adat, jawablah....haram, bukan tuntutan agama". Dia mengiyakan. Alhamdulillah.
Monday, March 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







thanks for sharing. andang menjadi pemikiran ku jua ni this issue. insyaAllah I'll ask this matter bila menghadiri kursus kahwin nanti. mudahan dapat jawapan yang lagi meyakinkan (=
ReplyDeleteplus, sama, i'll prefer the pacar biasa saja without the corak. lagi simple and manis hehe
Awu, iatahkan. If you get the latest answer during kursus nikah. Do share <3 It will be very helpful. Tapi aku awal2 sudah warning, no Inai for my groom.
DeleteHehe will do. Previous class inda berani betanya. The lecturer lelaki ;p
DeleteI haven't ask my tunang pasal this matter. Tapi ada pulang niat di hati inda kan menyuruh.
The final decision is in his hands for sure. No matter what adat says, agama di dulukan (=