Assalammualaikum;
Moga hari Juma'at ini membawa lebih keberkatan kepada kita, diperluaskan rezeki dan diberi kemudahan dalam kehidupan. AMIN.
Theme of Que Rafael
Mula2 mengenali vendor ini adalah daripada seorang blogger. Dan aku jatuh cinta melihat pelamin blogger tersebut. Ringkas tetapi menarik. Rasanya, dia adalah orang pertama yang memperkenalkan tema bunga sakura atau penggunaan ranting2 kayu untuk dijadikan hiasan pelamin.
Cantikkan? Itu adalah pelamin yang buat aku tertarik dan mula mengimpikan perkahwinan bertema sakura.
The of Que Rafael selalunya mengutaman keringkasan pada setiap rekaannya. Iyelah, tak semestinya pelamin simple tak cantikkan? Kata orang, "less is more".
Dan tadi pagi sewaktu buka account FB, apa yang terpamer di wall ku adalah gambar di bawah:
Cantikkan? Simple, sedap mata memandang. Penggunaan warna putih yang menunjukkan kesucian dan kebersihan ditambah dengan sedikit sahaja bunga yang berwarna untuk menambahkan serinya. Rangka pelamin yang menggunakan cermin memberi efek yang berlainan. Dan setiap dinding dilitupi dengan lagsir berwarna putih. MasyaAllah cantik!
Dan aku teringat, ada satu hasil rekaan hiasan dewannya yang menarik hatiku. Ia adalah hasil tangannya yang diberi nama "Hall of Sultan". MasyaAllah, tampak mewah. Dengan pencahayaan yang bagus, ia digunakan untuk majlis akad nikah.
Dibawah adalah antara rekaannya yang ringkas tetapi menarik.
Ataupun penggunaan mini pentas nikah versi Theme of Que Rafael juga menarik hati. Tak perlu hiasan sarat, ia tetap tampai cantik.
Tak, Theme of Que Rafael tak melekat pada satu tema sahaja. Ia jua boleh menghias secantik ini...
Facebook: Theme of Que Rafael
Thursday, March 15, 2012
Pelamin by Theme of Que Rafael
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment