Assalammualaikum;
Dah mula bosan dengan entri2 yang lebih fokus kepada pelamin dan dekorasi? Tadi sempat "berbincang" dengan Ms.Google tentang idea yang unik yang boleh dijadikan doorgift. Jom saya kongsikan.
1. Tumbuh-tumbuhan| Cactus
Tumbuhan jua boleh diberikan sebagai buah tangan kepada sitetamu. Kalau ada yang mempunyai budget besar, apa salahnya? Lagipun, ia bagus untuk membantu bumi. Biar sentiasa hijau. Dalam erti kata lain, kita dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada orang diluar sana. Harga, saya kurang pasti. Tapi waktu ke Cameron beberapa bulan lalu ia dijual semurah RM10 untuk 3 pasu. Siapa tau, beli borong lebih murah? Lagipun pilihan banyak. Takut dengan duri kaktus akan mencederakan tetamu, pilih kaktus yang tak berduri seperti gambar ketiga tadi.
2. Fruit Jam | Peanut Butter | Chocolate Spread
Fruit Jam yang bersize mini berharga dalam lingkungan BND1.50 di pasar raya. Tapi oleh kerana kita tak punya kilang sendiri, rasanya membeli dari distributor mungkin akan ada harga diskaun. Tak salah memberi sesuatu yang lain. Lagipun tak membazir. Akan di makan oleh tetamu. Belilah jam berbagai perisa, biar seisi keluarga dapat jam pelbagai.
3. Pashmina | Shawl
Pashmina dan Shawl agak mahal sedikit kalau hendak diberi kepada semua tetamu wanita. Tapi, ianya satu idea yang bagus jika ia di beri sebagai buah tangan tetamu yang "membadaki" ketika majlis malam berbedak. Atau berikannya kepada teman rapat atau keluarga yang banyak membantu sepanjang majlis kita.
4.Handmade soap
Sabun buatan tangan selalunya berharga dalam lingkungan BND1.50 ke BND2.00. Pernah terlihat di Malaysia, tapi silap sendiri. Di buang kad namanya. Tapi inda apa, kan ada Ms. Google. Pergilh cari. Pasti akan jumpa sabun buatan tangan dengan harga berpatutan. Inda kiralah di Malaysia atau Indonesia mahupun Thailand.
5. Sunglass
Yang di atas ni adalah idea paling unik! Inda sangka, cermin mata hitam pun boleh. Lagipun, bentuk "Rayban" sangat diminati dan boleh dipakai lelaki dan wanita. Indalah di bagi kepada semua, tapi mungkin teman rapat atau saudara seusia? Rasanya inda mahal mana, di Brunei berharga BND10, tapi di Malaysia RM10. Kalau di Plaza GM mungkin dalam lingkungan RM3 atau RM4.
p/s: Unik tak bererti tak baik, biar berbeza dari serupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











Thanks for posting this =) keep it coming...
ReplyDeleteDoorgift masani more inspired dari western sudah. Terutama yg cactus & jem atu. Pernah tedgr kwn got this cactus as a doorgift dari her family's wedding reception luarnegara. Memang lain dari lain kan.
Mini jem masuk dalam my list, cute kan...lagipun bole dptkn in different flavour.
Masa damit dulu pernah dpt doorgift dari majlis sedara, mini sabun plus potpori. Balik rumah we made it sabun cuci tgn psl cute saiznya. Tapi jenis sabunnya not quite nice the smell, maybe bisai kali lagi if dari jenis buah-buahan kan.
Masani org2 tani tend to choose doorgift yg more practical kan. Glad you brought up diverse ideas here.