BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 2, 2012

Pelamin by Merisik Gallery | Balqis Eksklusif | UR WEDDING STORY | FL Adore Wedding Design

Assalammualaikum;

Post lalu tentang pelamin berkisarkan pelamin tanpa panel yang hanya menggunakan langsir putih dan fairy light sebagai penghias dinding belakang. Kebanyakkannya menggunakan hiasan bunga sakura yang rimbun dan penggunaan sofa separuh bulat yang agak unik dimataku.

Hari ini, akan dikongsikan sedikit gambar pelamin yang berjaya mencuri pandang. Ada sedikit kelainan, tetapi memberi impak besar dan merubah pelamin tersebut. Cantik, tetap cantik. MasyaAllah, beruntung siapa punya idea yang kreatif dan jejari yang mahir menggubah sesuatu menjadi wow!!

Bermula dengan, Merisik Gallery.


Kreatif kan? Ia adalah pelamin 2in1. Kenapa 2 dalam 1? Alas nikah disana untuk sipengantin perempuan duduk saat diijab kabulkan. Manakala kerusi persandingan diletakkan di sisi. Ia boleh digunakan untuk acara menyarungi cincin dan bersanding. Jimat kan? Jimat tempat, dan ia sangat kreatif! Penggunaan warna yang minima membangkitkan lagi kecantikkan dan keringkasan pelamin ini. Tirai putih cukup untuk menaikkan lagi seri pelamin ini.


Apa yang mencuri pandangku? Bunga DIY besar tu dah biasa...alah sejak perkahwinan Marion lagi. Cuma ia diberi nafas baru, dicantikkan dengan warna biru. Apa ya? Perhatikan bantal tersebut. Biasanya, bantal yang diletakkan dipelamin akan dibuat dengan menggunakan kain satin. Kali ini jua sama. Tapi sedikit hiasan tambahan iaitu riben berwarna putih menambahkan lagi seri bantal tersebut. Siapa sangka, hanya dengan ikatan riben!

Seterusnya ialah daripada Balqis Ekslusif.


Apa yang cantik disini? Aku sukakan kerusinya. Cantikkan? Ada sesetengah vendor dah menggunakan kerusi jenis ini. Tapi apa salahnya berkongsi tentang vendor ini. Alah, pasti kalian diluar sana pernah tengok kerusi versi sofa 3 seater ini. Dari mana? Rasanya majlis perkahwinan Lisa dan Yusry ada menggunakan kerusi yang hampir sama.


Dan vendor seterusnya adalah UR WEDDING STORY.

Vendor kali ni berasal dari Kota Kinabalu. Kreatif!


Nampak tak? Yes, kerusinya memang cantik. Simple je dan nampak empuk. Tapi apa yang menarik perhatianku adalah bongkah cermin dibelakang. Penggunaan cermin menambahkan lagi seri pelamin. Nampak bling-bling dan mahal. Iyelah, selalunya pelamin akan menggunakan juntaian kristal, tapi kali ini berbeza. Itu je?

Tak! Ada lagi. Apa? Perhatikan vase kaca yang digunakan. Jarang vendor menggunakan vase kaca untuk pelamin. Kali ini, vase ini dihiasi dengan bebola cantik yang menambahkan lagi serinya. Cantikkan?


Pelamin diatas sebenarnya cukup simple dan ringkas. Tapi warna putih yang digunakan. Ohh....sucinya! Reflek lampu dari lantern yang memantul dari lantai putih..menambah seri pelamin. Tapi, boleh ke rumah tak dialas karpet? Mau mama dan papa aku bising! hehehe~

Dan yang terakhir sekali adalah FL-Adore Wedding Design


Pelamin diatas ibarat perkahwinan dalam taman! Bunga2nya, cantik! MasyaAllah. Penggunaan bunga DIY yang besar juga menambahkan kecantikkan pelamin ini. Biar bertambah cun! Sebenarnya simple je. Tapi...Oh, MasyaAllah. Cantik!


Atau pelamin diatas? Pun sesuatu yang unikkan? Penggunaan bongkah kaca dan cermin sebagai hiasan belakang! Tu tingkap betul ke? Latar betul ke tu? Kreatifkan? Ada sesiapa yang pernah terfikir nak buat pelamin mcm ni? MasyaAllah. Idea mereka sangat diluar jangkaan. Cantik.


Pelamin diatas sebenarnya biasa jua. Rasanya banyak sudah vendor menggunakan idea bantal yang ada initial sipengantin. kan? Cantik. Ringkas je. Yang penting, murah. Ada satu FB dari Indo yang dalam my list...mengambil tempahan membuat bantal diatas. Rasanya harganya murah saja. Kalau ada yang berminat, tinggalkan komen.

p/s: Inginku gapai pelangi, biar impian menjadi realiti.

1 comment:

  1. Time i bertunang pakai 3seater mcm balqis executive design 2

    ReplyDelete