BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 22, 2012

Tema Perkahwinan- Eco Friendly Wedding

Assalammualaikum;


Hari ni nak kongsi tentang perkahwinan bertema eco-friendly. Sekurang"nya kita mencuba, bukan saja untuk menjimatkan wang dalam perkahwinan tetapi menyelamatkan bumi daripada semakin 'terseksa' dengan perbuatan manusia.

1. Kad Undangan

Kad undangan yang dibuat daripada recycle paper juga cantik! Ia memberi impak rustic atau vintage. Apatah lagi, kad undangan ini jarang disimpan oleh tetamu undangan kita. Sayangkan. Tapi, tak tau pulak harga untuk kad undangan menggunakan paper recycle ni. Mahal ke murah? Ada ke?



2. Decoration



atau gunakan paper flower yang dibuat dengan recycle paper...



3. Buah Tangan

Selain daripada penggunaan brown paper bag yang dicantikkan lagi dengan memberi sedikit customisation....


Kita boleh beri tetamu pokok kaktus mini, kan bagus menggalakkan orang menanam atau miliki tumbuhan.


Atau epal hijau sebagai buah tangan? Juga idea yang menarik. Sekurang"nya ia dimakan oleh tetamu. Tak nak epal? Buah oren jugak boleh!


Atau tumbuhan yang dibaluti kain guni? Jugak idea yang kreatif!


atau, berikan tetamu recycle bag. Idea yang menarikkan? Iyelah, kitakan mempraktikkan penggunaan recycle bag setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pasti tetamu suka menerimanya.


4. Handbouquet

Siapa kata ia tak menarik? Menggunakan kertas dari bahan bacaan. Tak kurang cantiknya! Janji jejari rajin mencari bahan idea dan kreatif...


Cantikkan? Siapa kata idea ni tak menarik?

Lagipun, sambil kita memberi (buah tangan atau idea yang membawa kepada kebaikkan) sekurang"nya kita memberi pengajaran dan menyokong sesuatu yang baik.

p/s: Pelangi, kau cantik!

No comments:

Post a Comment