Assalammualaikum;
Salam Juma'at, moga kita di beri rahmat dan diberkati serta dimudahkan segala urusan dalam kehidupan. AMIN.
Dulu, waktu melanjutkan pelajaran di Malaysia....aku menginap di kawasan Subang Jaya. Lebih tepat lagi SS15. Bagi pembaca dari Brunei, lebih mudah untuk aku katakan..aku menginap 8minit jauhnya ke Sunway Pyramid menggunakan teksi. Ditengah bandarkan?
Tapi, kawasan ku lebih kepada kawasan bangsa cina. Dan kebanyakkan penuntut di kolej swasta adalah berbangsa cina. Jadi, untuk aku mendapatkan makanan halal susah sedikit. Eh, kenapa tak masak? Tempat penginapanku melarang kami untuk memasak atas faktor" keselamatan. Dah namapun tinggal dekat rumah kedai.
Jadi hari" ku, perutku sentiasa terisi dengan makanan segera. Pasti tertanya, "Setiap hari?". Ya! Setiap hari makananku adalah Mc Donald's , Pizza Hut dan Subway. Syukur di saat semester terakhir, bukalah satu restoran melayu tak jauh dari pintu rumah kedai yang aku sewa.
Kedai mamak memang ada, buka 24 jam lagi! Siapa tak kenal dengan Darussalam Restoran kalau tinggal dikawasan tu. Tapi, jalannya yang agak sunyi dan aku lebih utamakan faktor keselamatanku disana. Jarang untuk ku berpeluang makan nasi melainkan secara kebetulan aku membeli barang keperluan di Carrefour SS16.
Eh, kenapa melalut jauh? Sebenarnya, oleh kerana terhadnya pilihan makananku ketika itu....aku banyak menghabiskan masa mencari FB akaun online baker di Malaysia. Syarat utamanya adalah, sanggup menghantar ke area tempat tinggalku.
Dan yang menjadi pilihan hati adalah: Laura N Daddys Sweet-Touch
Siapa tak kenal? Dia antara baker pertama yang laris dengan hasil jualan macaron pelbagai perisa dan rainbow cake!
Aku tak pernah menempah rainbow cakenya. Bukan apa, siapa yang akan temankan aku makan? Makan seorang?
Tapi aku berkali" telah menempah macarons dari dia. Alhamdulillah. Tak begitu manis dan memuaskan. Selalunya, aku akan bawa balik ke Brunei sebagai oleh" atau ada kawan dari Brunei yang mengidam untuk makan macaron buatannya.
Selain dari dua kek di atas, Laura N Daddys Sweet-Touch jua sangat terkenal dengan Red Velvet Cakenya. Dan ia adalah antara yang menjadi kegemaranku.
Aku masih ingat, Red Velvet Cake dan Macaron dari dialah yang aku makan untuk berbuka dan bersahur waktu puasa lalu. Maklum, masak tak boleh. Takkan nak makan maggi hari" kut? Aku seringnya makan dengan minuman oat. Sungguh tak sihat kan? Tapi ia adalah kenangan lalu, yang mengajar aku erti berdikari dan sabar.
Selain dari kek, Laura N Daddys Sweet-Touch jua membuat cake in a jar sebagai doorgift. Bagi yang ada budget mencukupi apa salahnya. Berikan kelainan. Cantik memang cantik.
atau inginkan kek untuk perkahwinan atau hari lahir....dia jua pakar!
Dan yang terbaru yang menarik perhatianku tadi adalah...
Push Up cake!!
Cantik!!
In sha Allah, jika ada rezeki lebih aku akan menempah dari dia lagi. Bila aku mulakan pengajianku lagi.
Tak sabar!
Kenapa di awal coretan adalah tentang makanan seharian, tapi aku melalut ke pemanis mulut? Sebab aku adalah penggemar cake, cupcakes dan coklat!
p/s: Soalnya cinta itu luar biasa ♥ Buat kita tersenyum ketawa, menangis berduka dan berkongsi rasa.
Thursday, May 3, 2012
Cakes by- Laura N Daddys Sweet-Touch
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













Imagine wedding doorgift DIY for that cake in a jar...for guests 800 above...pengsan b2b sebelum majlis ey hehe
ReplyDeleteApapun berbagai idea unik & cantik, nda salah diJadikan impian kan...mana tau bole make it happen utk acara damit family. Memang bisai fullstop
Hahaha! Usually Malaysian's B2B will opt for smaller functions or only orang tertentu saja dapat.
DeleteThey are very diff from us,they have VIP gifts for close family members, gifts for other guests, gifts for close friends and gifts for kids.
While for the cake in a jar, cute pulang! But, I don't think the Bride herself kan ber DIY..inda sempat tu hehehe. That's y we have vendor...as easy as 123, pay and collect!
ohh I want the rainbow push up cake. aku pun suka cakes hahaha and thanks for introducing Mon Amour. knew pasal rainbow cake lama sudah tapi never came across vendor yg membuat di Brunei. hajat tercapaiii hehe
ReplyDeletebake sendiri bulih tapi malas plus biasa lah kalau urang buat lagi nyaman dari air tangan sendiri lols
I want it too, hopefully di Brunei ada jual the cute push up packaging. Teringat zaman dulu, push up ice creams. Nyum!!
DeleteSama". Lagipun, it's the main purpose of this blog. To share.
awuuu.. the push up ice cream. yummy. inda lagi pernah tenampak bejual di kadai runcit. sigh.. siuk zaman kanak-kanak dulu atu (=
Delete