BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 16, 2012

Kad Undangan- Kadkahwin Pino

Assalammualaikum;

Berkongsi salah satu vendor Kad undangan perkahwinan yang ada dalam list temanku di FB.

Memang sudah dimaklumi, di negara kitani....inda banyak printing company. Cuma beberapa yang sudah benar" establish.

Kadang difikirkan, buat kad undangan mahal....berapa ramai yang menyimpan? Kalaupun ada, cuma keluarga rapat saja yang menyimpan sebagai rujukan akan datang.

Membazir? Ada sedikit pembaziran berlaku disini.

Dalam banyak" vendor yang mencetak kad undangan yang ada dalam list teman FBku, aku lebih tertarik dengan Kadkahwin Pino. Kenapa? Harganya jauh lebih murah.

Bukan, bukan kan mendirikan masjid dalam masa yang terdekat. Sekadar untuk rujukan masa akan datang. Siapatahu, ada rezeki.

Lagipun, inshaAllah aku akan membuat MA ku bermula bulan Julai. Dimana? Masih di negara jiran.

Di hati sudah terniat, "Wow, senangtah ku lagi ni mencari vendor dan membuat persediaan awal". Sekadar rujukan. Nanti, kalau sudah ada tarikhnya..InshaAllah senang.

Jom, liat apa yang hendak dikongsikan...

Harganya berpatutan...








Harganya masih termampukan? Masih boleh dipertimbangkan. Siapa yang inda gatal hati meliat pakej harga yang diberikan.

Selagi ada tempat atau barang yang boleh dijimatkan, boleh dapat dengan harga murah..kenapa inda?

Tapi, mungkin ada yang bertanya..."Inda susahkah berurusan dengan vendor luar?"

InshaAllah, andai ada kemahuan kuatkan hati. Andai ragu, banyaklah alasan yang akan keluar dari mulut. Lagipun, zaman modern....mudah berhubung melalui internet.

Atau, ada yang bertanya "Tapi, lain bah....dorang mana ada list nama wakit berharap".

InshaAllah, kalau kitani mau memberi pertolongan....sediakan sample. Mereka akan faham.

Selain daripada kad undangan, pakej untuk box doorgift jua menarik perhatianku.




Masih murahkan harganya?

Atau maukan pakej combo. Apa pakej kombo? Kad undangan dan doorgift box mempunyai design yang sama!!



Atau, siapa yang berimpikan bertema lace....



Lawa dan Murah! Apa yang penting, mesti jimat!

Kadang orang inda akan sangka yang harga atau bajet yang kitani keluarkan untuk kad undangan sebernarnya murah.

Apa yang penting, mesti pandai cari vendor yang memberi kitani harga murah. Pilih design yang ekslusif. Biar tampak mahal dan mewah. Tapi harga mesti murah.

Facebook: Kadkahwin Pino

p/s: Entri daripada semua vendor yang pernah atau akan di postkan adalah BUKAN entri berbayar. Ia sekadar menjadi rujukanku masa akan datang dan berkongsi dengan semua.

No comments:

Post a Comment