Assalammualaikum;
Siapa tak kenal dengan Abdul Hamid Bin Aji. Di antara yang berjaya mereka pelamin mengikut peredaran semasa. Hasil kreativitinya sangat menarik dan modern, dan kita di Brunei inda jauh ketinggalan dengan tema pelamin masa ani. Alhamdulillah.
Mula" tau rekaannya daripada FB seorang teman, awal tahun lalu. Terima kasih untuk FB, yang banyak membantu kitani mengenali vendor" dari negara sendiri dan jiran.
Dan antara pelamin pertama yang aku nampak ialah...
Dan apa yang terdetik di hati adalah, "Woww! ada sudah vendor di Brunei yang membuat pelamin ala" Marion Caunter's wedding".
Aku inda buang banyak masa, dan mula mencari FBnya, meliat setiap albumnya dan kagum dengan hasil kerjanya.
Selain daripada pelamin diatas, aku kagum lagi....
Aku adalah pembaca blog B2B dari Malaysia, sejak beberapa tahun lalu. Dan aku mengenali pelamin ini. Inda sangka, Abdul Hamid Bin Aji jua mampu membuat pelamin berinspirasikan pelamin dari negara jiran.
Pelamin diatas tadi, rasanya adalah berinspirasikan pelamin Ann Nurul Huda.
Di hati terdetik lagi, "Insha Allah, aku jua mau memiliki pelamin impian".
Ialah, inda banyak vendor di Brunei yang mengikut perkembangan tentang tema perkahwinan masa ani. Kitani sebagai B2B mau jua, inda ketinggalan zaman. Lagipun gambar perkahwinan adalah satu memori untuk kitani masa tua. Majlis kurang mewah inda apa, janji meriah dan kitani gembira dengan apa yang kitani mempu miliki dan capai.
Antara pelamin yang menjadi signarure beliau adalah...
Pelamin di raja, very royal!!
Unik dan kreatifkan? Siapa yang mau bertemakan ala" pasangan di Raja..bolehlah menempah dengan beliau.
Tapi, aku lebih suka dengan hasil kerja tangan beliau yang dua ini. Cantik. Ringkas tetapi menarik. Nampak bersih dan suci.
Dan semalam, ada gambar baru yang di uploadnya di FB. Dan aku jatuh cinta lagi...
Cantikkan?
Didoakan moga perjalanan perniagannya sentiasa maju dan lancar. Di ilhamkan lagi dengan kreativiti yang lebih menarik dan sentiasa mengikuti perkembangan. Moga murah rezeki. AMIN.
Facebook: Abdul Hamid Bin Aji
Tak sabar untuk menjejakkan kaki ke alam 'Wedding Preparation'. InshaAllah satu hari nanti. Doakan yang terbaik untuk kami.
p/s: Bermimpi menggapai pelangi...
Friday, May 11, 2012
Perancang Perkahwinan- Abdul Hamid Bin Aji
Labels:
Decoration,
Hantaran,
Idea,
Kedai,
Perkahwinan,
Pertunangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










No comments:
Post a Comment