Assalammualaikum;
Sekadar berkongsi rasa hati.
Allah telah aturkan perjalanan hidup setiap insan dimuka bumi ini.
Ada yang diaturkan bertemu jodoh, seawal mungkin.
Mendirikan rumah tangga.
Dan,
Ada jua yang menjalani cinta jarak jauh.
Tak kurang yang bertemu jodoh lewat.
Siapa kita untuk menentukan apa yang sudah tersusun rapi.
Apatah lagi ianya adalah yang terbaik untuk diri kita.
.....
Aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan untuk diriku.
Cinta jarak jauh bukan masalah.
Jujur, kadang terdetik rasa di hati....Rindu yang mendalam. Datangnya tak kira waktu.
Tapi aku yakin, apa yang aku lalui adalah yang terbaik.
Apatah lagi, aku diberikan rezeki yang lain.
Kalau orang lain, seusia aku sudah berezeki mendirikan 'masjid' dan mendapat zuriat.
Tapi, aku diberi peluang mendapat ilmu pengetahuan.
Ini rezekiku, melanjutkan lagi pelajaran.
Alhamdulillah.
.....
Kadang cemburu melihat teman sepermainan sudah beralih ke fasa kehidupan berkeluarga.
Sementara aku masih bujang dan hanya mempunyai ikatan 'pertunangan'
Tapi aku syukur, kerana aku tahu...
Setiap diantara kita ada rezeki masing"
Rezeki ku disini, menimba ilmu.
.....
Hanya tinggal lebih kurang lima hari lagi.
Aku akan pergi lagi. Hidup berdikari. Menimba ilmu.
Entahlah, waktu buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dulu...
Aku sangat teruja.
Sekarang aku gelisah.
Kerana si dia, jauh di sana.
Tak tahu entah bila, atau ada kesempatan bertemu atau tidak.
.....
p/s: sekadar coretan si pelangi.
Saturday, July 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Insya Allah ada jodoh tak kemana :) hi salam kenal jom exchange link :)
ReplyDeletenora aira
http://norapurplebridez.blogspot.com
InshaALLAH.
DeleteSalam kenal =D
owhhh.. melanjutkan pelajaran kemana?
ReplyDeleteTak pergi jauhpun, Malaysia.
Delete