BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 18, 2012

Alhamdulillah

Assalammualaikum;

Alhamdulillah. Hari ini (18hb Ogos 2012) saya berangkat balik ke Brunei. Alhamdulillah.

Diberi kesempatan ini lagi. Menyambut AidilFitri bersama keluarga.

Alhamdulillah.

Khamis lepas, lewat tengahari mereka memberi passport.

Dan aku bergegas ke Jalan TAR. Untuk membeli oleh" sebagai bingkisan ketika pulang nanti.

Jualan murah sangat! Tapi ramai sangat orang.

Bersesak2. Tak lama disana. Hanya sejam lebih.

Dan, aku bersyukur.

Salam Aidilfitri pada semua umat islam. Khususnya kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ini. InshaAllah akan kekal bersama berkongsi idea dan maklumat.

Sebelum Ramadhan mengundur diri; ingin si-Pelangi memohon kemaafan. Jika ada tersalah kata, terkasar bahasa yang menyakitkan semua. Buat yang mengenali diri ini, halalkan apa yang pernah termakan atau sebagainya.

Ku mohon kemaafan, ikhlas dari hati ini.

Ku doakan, "Moga amalan dan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima olehNYA. Moga kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang".AMIN.

Sampai sini dulu.

No comments:

Post a Comment