Assalammualaikum;
Lama tak berceloteh panjang. Maaf, sedang sibuk dengan kuliah dan tugasan. Apalagi ini sudah di pertengahan semester. Tak terasa masa berlalu.
Maaf, dah lama tak meninggalkan jejak di blog B2B dari Malaysia dan Brunei. Kesuntukkan waktu.
Tapi Alhamdulillah, masih punya waktu untuk berkongsi apa yang di jumpa.
Terpaksa, mencari waktu.
InshaAllah, akan sentiasa memberikan informasi.
Masih punya kesempatan mengunjungi blog B2B yang lain.
Tapi tak punya masa untuk berkenal atau bertegur sapa.
Hanya cukup untuk membaca, coretan mereka.
Maaf.
Tapi Syukur, masih ada yang sudi untuk 'follow' dan memberi komen salam kenal. Terima Kasih yang tak terhingga.
.....
Sekarang ni mood nak beli kain melonjak".
Tak tau kenapa.
Berangan nak beli kain cotton lace dan lycra.
Tapi, kain" masih banyak dekat rumah belum hantar pergi tailor.
Seingat saya, masih ada 2 pasang lycra dari Dubai. Dan 4 pasang kain chiffon. Dan entah berapa pasang kain cotton dari Bandung. Dan beberapa pasang kain batik Indo. Plus, Batik Malaysia.
Tapi, hati ni meronta".
Stress kot?!
Tadi sempat pergi ke Nagoya dekat Carrefour SS16. Nampak lycra. Ada warna yang cantik. Tapi sabar dululah.
Siapa tahu berpeluang ke Jalan TAR nanti.
.....
Sampai sini dulu lah. Merepek tak tentu arah~!
Oh berkongsi artikel menarik:
Kahwin muda: Kebun atau kuburan cinta?
Nota Pelangi:
Perkahwinan, bukan soal cepat atau lambat tapi bersedia atau tidak. Kerana perkahwinan itu bermula dengan cinta dan diakhiri dengan tanggungjawab.
Kita harus melawan arus, biar ia berjalan berlandaskan syariat.
"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..." antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW.
♥
Thursday, September 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

setuju yg teramat sgt dgn Nota Pelangi 'Perkahwinan, bukan soal cepat atau lambat tapi bersedia atau tidak. Kerana perkahwinan itu bermula dengan cinta dan diakhiri dengan tanggungjawab'
ReplyDeletemohon share di blog saya :)
Boleh, tak ada masalah (:
Deletesaya suka juga ayat awak tu "Perkahwinan, bukan soal cepat atau lambat tapi bersedia atau tidak. Kerana perkahwinan itu bermula dengan cinta dan diakhiri dengan tanggungjawab"
ReplyDeletesaya minta izin letak dalam blog saya juga...
ReplyDeleteBoleh. Tak salah.
DeleteSalam kenal~ sama" kita berkongsi.