BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha


Assalammualaikum;

Esok, AidilAdha.

Tak berpeluang balik. Sedih.

Sekarang, masuk minggu kedua bergelumang dengan nota dan buku.

Bertungkus lumus, memahami dan mendalami.

Perbezaan dulu, sebagai anak IT terlalu banyak berbeza dengan anak Business.

Sekarang harus pandai menyusun kata.

Kalau dulu, cukuplah dgn flowchart untuk memahami idea atau sistem.

Harus sentiasa positif.

Pelangi harus yakin.

Orang lain boleh, aku jugak boleh.

++++++

Sudah bertekad, semua elektif subjek bermula semester depan....

Akan ambil unit dari IT department.

Terpaksa. Lebih senang rasanya menjadi anak IT.

++++++

Nampak beberapa kali, kebanyakkan yang datang atau singgah ke blog ini...

Keyword searchnya adalah:

1. Penganggun Brunei
2. Kenapa perlu adat + Brunei
3. Adat Brunei

Sesuatu yang menarik. Tapi mungkin berisu sensitif.

InshaAllah, jika punya masa nanti. Akan cuba untuk menyusun ayat dan menyediakan artikel.

Adat atau Tuntutan agama?

Masih bolehkah digunakan, "Biar mati anak Jangan mati adat?"

Adake yang sanggup mati anak kerana adat di zaman sekarang?

Kenapa perlu adat, menutup mulut orang ramai?

Dizaman serba modern sekarang, ditambah lagi dengan keadaan kita yang sudah diakhir zaman...

Perlu ke lagi adat? Ya! Adat perlu diwarisi. Ia adalah budaya melayu.

Tapi perlu ke belakangkan agama?

Saya neutralkan diri disini, tidak menidakkan agama dan tidak melupakan adat.

InshaAllah, nanti akan huraikan dengan alasan yang lebih kukuh.

Kalau ada rezeki dan fikir adat tidak 'salah', teruskan.

Kalau rezeki 'cukup2', lakukan apa yang dituntut agama.

Pengangun? Apa tugasnya? Bagi pelangi, cukuplah dampingi dan penuhkan dada dengan ajaran agama. 'Hiasi' diri dengan bibir tak henti berzikir. InshaAllah.

Buat baik, baik balasnya. Berserah pada Allah. Lindungi diri dengan kebaikkan zikir harian.

Sampai sini dulu. Pelangi harus ulangkaji.

p/s: Doakan ya teman". Moga diri ini, dimudahkan semua urusan dan diberi kefahaman para nabi dan ingatan para rasul.

Salam AidilAdha. InshaAllah, Pelangi akan pulang pertengahan November. Tak sabar rasa hati.

No comments:

Post a Comment