Assalammualaikum;
I wonder if I should share this or not....
Takut ada yang terasa dengan pendapat ni. Berkisar tentang hantaran.
Kenapa perlu ada hantaran? Sebagai tanda kasih? Apa yang dipersoalkan sekarang adalah, kenapa perlu ada hantaran? Jika ia sebenarnya hanyalah adat, perlu ke?
My family sangat simple + ada ciri" modern sedikit. My mom, pernah kata "Tak perlulah hantaran bagai, andai ianya satu pembaziran!".
Jujur, saya setuju.
Hantaran, selalunya terdiri daripada barang peribadi. Contoh si perempuan akan menerima handbag+kasut, perfume, set jagaan badan seperti barang mandian dan sebagainya. Perlu ke? Lepas setahun, handbag tu dah tak pakai dah. Kasut tu, bila dah puas sangat dipakai, dah tak elok. Di penghujung cerita, barang hantaran entah kemana dan yang tinggal hanya memori dalam gambar dan kisah suka dan duka tika memilih dan mencari barang hantaran.
Mama pernah kata, "Kalau hanya bag jenama Guess, tak perlulah. Bukan sombong, tapi satu pembaziran. Valuenya tak ada".
Oppss...jangan kata mak kita memilih jenama. Jangan salah sangka. Tapi, apa yang dilihat sekarang adalah valuenya di masa depan.
Bayangkan, 7 dulang hantaran yang mungkin berjumlah sekitar BND3 ribu. Sayang tau tak! Duit terbazir.
Alhamdulillah, sekarang kita sudah mula menerima jumlah hantaran yang sedikit. Kalau dulu, 23 dulang di balas dengan 25 dulang pun ada! Kenapa perlu membazir?
Tapi, tak semua orang boleh menerima apa yang saya katakan. Terpulang. Mungkin keluarga saya jenis tak peduli apa orang kata. Tapi, saya masih ingat, saya juga akan 'berkahwin' dengan keluarga dia. Saya mesti bijak. Mesti pandai jaga hati.
Andai tertulis majlis antara antara kami, apa yang diinginkan hanyalah majlis yang sempurna dan lancar. Andai perlu hantaran, ini yang aku impikan.
1. Al-Quran+Telkung.
2. Junjung Sirih.
3. Jong Sarat.
4. Mas Kahwin.
5. Tanda perkahwinan.
6. Belanja Serbaguna.
7. Set perhiasan emas.
Mungkin ada yang tertanya, kenapa mas kahwin, tanda perkahwinan dan belanja serbaguna di masukkan dalam kiraan dulang. Biarlah, biar ia disitu untuk mencukupkan kiraan dulang.
Dan kenapa aku meminta set barang emas? Kan emas lebih bernilai. Bukan dari segi harga tapi valuenya kepada diri kita. Emas tak akan dibuang, tak akan kita lupakan. Tetapi InshaAllah, ia memberi kita ingatan yang lebih kuat. Mungkin nanti kita akan mengenang, "Ini adalah hantaran perkahwinan ku". Kalau hantaran handbag atau kain baju, dengan perfume...kita hanya akan ingat di kotak memori. Tapi bukan secara nyata.
Dan untuk pihak lelaki, selalunya kalau hantaran yang diterima berjumlah 7 dulang pasti akan dibalas dengan 9 dulang. Tak tau kenapa di pilih angka ganjil. Adakah yang tau alasan di sebalik angka pilihan ini?
InshaAllah, ada rezeki aku akan balasnya dengan barang" berguna.
1. Al-Quran.
2. Set peralatan solat. (Jubah+Sejadah+Tasbih)
3. Tanda Perkahwinan.
4. Sinjang@Sampin buatan Brunei.
5. Jam Tangan.
6. Pemanis Mulut.
7. Pemanis Mulut.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Selitkan sedikit cerita waktu masih mentah dulu.
Paling suka berangan tentang perkahwinan. Tak tau kenapa. Gatal nak kahwin ke? Tapi aku sering mengimpikan majlis perkahwinan yang cantik dan sempurna. Berkisar tentang hantaran, waktu mentah dulu bukan tau berfikir sangat.
Tapi, aku impikan sesuatu yang aku katakan 'ringan'. Hahaha!
Nak tau apa? Dulangnya tak perlu besar sangat. Tak berat untuk gadis" dulang mengangkatnya. Tapi apa?
Nak tau ke?
Hahahaha! Bila di kenang, terfikir pulak. Aku ni gila harta ke?
.
.
.
.
.
Jom, scroll lagi....
.
.
.
.
.
.
1. Kunci Rumah
2. Kunci Kereta
3. Cek kosong, bertanda tangan!
Hahahaha! Sila gelak.
Tapi, takkan aku nak menyusah bakal suami. Tapi terfikir jugak, yang terima hantaran kereta tu....si suami dah bayar cash ke? Atau suami masih lagi bayar bulanan? Ada juga yang terdengar, setelah beberapa tahun kahwin, si suami jual kereta yang dikatakan 'tanda kasih'. Kesian eyh? Tanda kasih yang di megah"kan di jual si suami dengan alasan nak beli kereta lebih besar. Alahai!
p/s: Moga angan menjadi realiti. Doakan moga semua urusan lancar. Maaf andai ada yang terasa hati dengan post ini. Ini pendapat saya.
Wednesday, December 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

sebenarnya saya pun rasa bende yang sama. barang hantaran tu macam membazir jer, nak beli beg lv memang tak mampu la, kalau ikutkan hati memang malas dengan barang hantaran. tapi nak jaga hati keluarga ikutkan la jugak,tapi saya rasa dalambanyak banyak barang hantaran, berbaloi spend dkt barang kemas.kalau boleh, emass.... sebab ada value, rantai or gelang beli beribu pon takpe, tapi, kalau cincin, ikut kemampuan..... hihi, saya baru je hilang coincin tunang, nasib baik cincin tunang harga rm 500 jer
ReplyDeleteSaya setuju, daripada beli barang tak perlu atau tak tahan lama..lebih baik invest kepada barang perhiasan emas. And I do agree, klw boleh emas. InshaAllah ada rezeki, akan tertunai. Saya dari bertunang dulu, memang request emas kuning. Nilainya lebih bermakna. Takpelah, old style sikit. Hehehe.
Deletehai dear, salam kenal dija baru follow ur blog.. nanti free singgah la blog dija.. nak share pendapat ye, selain adat kita anggap hantaran tu sebagai hadiah, lelaki dah bagi kita duit hantaran untuk majlis, tak salah kalau kita nak membalas dengan memberi hadiah yang dia sukaikan, sebab lelaki mmg tak boleh nak pakai emas kan.. biasenye emas memang dah termasuk dalam hantaran untuk majlis pembatalan air semayang :)
ReplyDeleteW'salam. Salam kenal. InshaAllah akan singgah nanti. I agree, kita anggap sebagai hadiah, dan kita rasa lebih elok membalas apa yang telah disediakan untuk kita. And untuk emas, bagi pembatalan air sembahyang..tu saya kategorikan sebagai 'tanda perkahwinan'. Dan, set barang perhiasan emas yang saya nakkan tu untuk menggantikan barang hantaran yang saya rasa tak perlu seperti handbag+perfume and etc.
DeleteSalam kenal, dan terima kasih.
Yup, kain tenun Brunei. It is one of the permintaan waktu bertunang dulu. And, most Bruneian akan request Kain Jong Sarat sebagai salah satu barang hantaran.
ReplyDelete