Assalammualaikum;
Berlalu sudah 2012, tahun yang dipenuhi suka dan duka. Ada tawa dan tangis, dan diselitkan dengan senyuman dan kemurungan. Alhamdulillah, diberi peluang untuk bernafas lagi dan mengharungi cabaran dan dugaan, membuat cerita dan 'melakonkan' watak di bumi milik ALLAH ini.
Menyingkap kembali tirai 2012, enam bulan pertamanya aku penuhi dengan bersantai dirumah dinegara sendiri. Dan kesudahannya berat badan melonjak naik. Berat badanku tika bulan Julai, sebelum kembali ke alam Universiti hapir mencecah angka 70kg! Hampir!
Aku bertekad untuk menurunkan berat badan tika mula masuk semester pertama. Sepanjang bulan Ramadhan, Alhamdulillah aku turun 5kg. Dan turun lagi 5kg tika bulan Syawal. Ramai yang terkejut dan menegur. Alhamdulillah.
Tipsnya tak susah.
1. Kurang makan! Bulan pertama, bulan Ramadhan. Waktu bersahur aku hanya akan minum 1 litre air. Kalau terasa perut lapar, aku akan makan 2 keping biskut weetmeal. Berbuka, aku akan makan sebiji epal dan beberapa keping biskut dengan minuman nesvita oat.
Kenapa berdiet sedemikian rupa? Waktu tu terasa homesick sangat". Makan pun tak lalu. Tak terasa lapar. Syukur dengan nikmat dan rezeki yang diberikan. Alhamdulillah, turun 5 kg.
2. Bulan kedua, bulan Syawal. Sepatutnya makan banyak. Tapi, cuma sempat beraya dinegara sendiri selama 2 hari. Mood raya memang tak ada. Makanan raya pun tak ada. Masih lagi mengamalkan menu seperti di atas. Tetapi, di tambah jumlah permakanannya.
Tapi, takut berat badan mendadak naik. Jadi, tambah dengan sedikit senaman. Mula untuk berjalan pantas. Mula turun naik tangga. Pintu lif memang tak dipandang. Naiklah tingkat manapun, tangga tetap menjadi pilihan.
Waktu dihostel, tak tau lagi berat dah turun berapa banyak. Tapi tetap semangat turun naik tangga. Mula" semput, berpeluh sangat2. Lama" dah biasa. Alhamdulillah. Stamina bertambah.
Tak tau jumlah penurunan sebenar, tetapi terasa seluar baju semua longgar. Bayangkan, dulu jeans bersize 32 dan waktu tu dah boleh pakai size 29!
3. Banyak minum air putih/mineral. Air berperisa, semua tolak tepi. Sehari akan minum air lebih kurang 4 litre. Banyak? Hehehe..mula" agak susah. Bayangkan, setiap kali lepas minum, mesti nak pergi toilet. Lepas dah biasa, aku mula bawa botol air pergi kelas. Tiap kali tengok botol air, aku pasti minum. Kadang, sampai rasa tak cukup bawa 500ml setiap kali kelas. Sedangkan kelas cuma 2 jam!
4. Dulu nak pergi Sunway, aku ambik teksi. RM5 je pun! Kalau banyak masa terluang, aku tunggu shutle bus free! Tapi semenjak canopy walk dah buka...aku rasa ianya selamat. Aku mula jalan kaki ke Sunway. Tak jauh manapun. 15minit je. Tu pun, aku bukak langkah besar dan berjalan cepat untuk mengeluarkan peluh. Dalam seminggu, adalah 2 atau 3 kali aku berjalan kaki kesana. Beli groceries!
5. Summer break ni, aku mula daftarkan diri ikut gym. Mula" aku cuma berjalan pantas di treadmill selama 45 minit. Hari" esoknya bila aku dah rasa aku boleh buat, aku alternate kan dengan kelajuan lebih pantas dan mula jogging 5 minit tanpa henti. Jangka masa 5 minit tu pun dah buat aku tercungap". Aku naikkan masanya ke 10 minit dan paling lama kau tahan berlari tanpa henti cuma 15 minit. Bukan berlari pun, jogging tahap paling perlahan! Hahaha. Terukkan stamina aku?
Kemudian aku tambah dengan 5km cycling. Alhamdulillah. Tapi berat badan aku tak turun" lagi. Belum mencecah berat ideal. Nak berat badan tika muda dulu, 55kg boleh? Aku masih ada lebih kurag 5-6kg lagi untuk di turunkan.
Dah sebulan lebih aku di sini, tambah" dengan musim buah. Durian aku makan, terlalu banyak dan setiap hari pasti akan menjamah durian. Mungkin tu antara sebab, sebanyak mana aku senaman pun berat badan tak turun".
Alhamdulillah, sekarang size seluar jeans dah 27. Berat badan masih lagi lebih kurang 60-61kg.
Tutup cerita tentang berat badan.
Tahun 2013 ni, aku nak mulakan persiapan. Persiapan hari besar yang belum tahu bila. Ialah, mula" nak beli kain baju. Nak kumpul duit. Hah? Baru nak mula mengumpul? Hehehehe....aku kan pelajar. Mana nak cari duit lebih?
Minggu depan nak bercuti ke Kuala Lumpur+Singapore+Batam. Lepas tu cadangnya, bulan June nak pergi Bandung lagi. Nak shopping sangat2. InshaAllah, lepas" ni entri akan lebih kepada persiapan diri sendiri. Rasa dah cukup dah, terlalu banyak berkongsi impian dan tema perkahwinan yag cantik".
Dah selalu sangat baca persiapan mereka diluar sana tentang hari bersejarah mereka. Kalini, tahun 2013 ni inshaAllah akan mulakan perkongsian dengan semua B2B lain tentang majlis sendiri. Majlisnya inshaAllah tahun 2014. Tak tahu bilalagi. Biarlah aku habis study dulu. Tak lama mana pun. Setahun je lagi.
Sambil" aku study, bolehlah menyelam sambil minum air. Dah boleh rasanya buat persiapan dan mula membeli itu ini. Ambil peluang sementara masih di sana. InshaAllah. Doakan rezekiku murah dan urusan ku udah ya teman.
Seboleh"nya tak nak jadi Bridezilla! Susah pulak kalau b/p aku melonjak naik!
Sampai sini dulu.
p/s: Moga 2013 membawa lebih banya warna buat Pelangi!
Tuesday, January 1, 2013
Lembaran baru 2013 + Rahsia kurangkan berat badan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment