BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 13, 2013

Liebster Award

Assalammualaikum;

Hari yang sangat memenatkan. Berkejaran menghantar satu group assignment. Alhamdulillah. Selesai sebelum waktunya.

Badan terasa letih. Tapi mata tak mengantuk.

Alih" check blog. Siapa tahu ada salam kenal oleh Haida-Safera

Dia calonkan kita untuk Liebster Award.

Terima Kasih sangat". Moga lepas ni, jumlah pembaca blog yang tak seberapa ni meningkat. Sambil tu, bolehlah perbanyakkan kenalan.

Paling penting, berkongsi idea dan nasihat.

Menurut kata Haida-Safera;

Award ni untuk blogger yang mempunyai kurang daripada 200 followers. Jadi kita tengoklah berapa followers kita setelah setahun lime bulan dalam dunia blog bakal dan mantan pengantin.

Oh, dan cecah 151 followers. Terima Kasih sangat".



Ini adalah rules untuk Award ni:

1. List 11 facts about yourself.
2. Answer the 11 questions given to you.
3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4. Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6. Go to each bloggers' page and let then know about the award.

Jom, kita mulakan!

1. List 11 facts about yourself



1. Jatuh cinta dengan perkahwinan seawal usia 5 tahun! Bukan gatal nak kahwin. Tapi suka tengok pakaian pengantin ala puteri raja. Paling best bila tengok pelamin. Nak jugak duduk di pelamin dan bergambar. Berangan lah tu! Cinta terhadap persiapan dan dekorasi perkahwinan bertambah" bila sudah punya pasangan. Sekarang, semakin teruk. Setiap bulan beberapa majalah pengantin akan disambar. Tapi susah, kita duduk negri orang. Mana sanggup bawak balik Brunei nanti. Jadi, dah siap" gunting dan tampal dan letak dalam buku nota perkahwinan. Sebagai persiapan awal. Banyak sangat dalam buku tu, fesyen baju, jenis fabrik yang kita suka, dekorasi hantaran, pelamin impian dan etc.



2. Jatuh cnta dengan si dia, seawal tahun 1999. Tapi dia tak pandang kita pun. Dan mula kenal dari alam cyber! Zaman MIRC! Tahun 2002 bermulanya kisah ceritera cinta. Nak gelak bila terkenang. Dia adalah senior kita waktu sekolah menengah. Kenal sebulan, terima lamaran. Dan Alhamdulillah hingga sekarang. Tahun ni adalah tahun ke sebelas. Alhamdulillah. Kita jumpa orang tua masing" setelah 4 tahun bercinta! Boleh?! Hahaha~ Kalau bukan si dia mendesak. Entah tak tahulah.



3. Dah 10 tahun bercinta dalam jarak jauh. Alhamdulillah. Terpisah antara lautan. Kadang tu antara sempadan. Tak percaya? Dulu dia kerja 4 tahun dengan syarikat minyak dan gas. Ulang alik ke Jepun. Kerja 4 bulan. Cuti 1 bulan. Kemudian kerja dengan syarikat tempatan. Masih industri yang sama. Paling dekat pergi Miri dan paling jauh Batam, Indonesia. Atau setakat perairan Brunei. Kemudian dengan syarikat sekarang. Industri yang sama. Kadang ke Australia, Malaysia, Vietnam dan paling selalu Thailand. Dah nama pun rezeki dia. Kita sabar jelah. Ada jugak yang tanya, mcm mana kau boleh tahan? Hehehe~ Dah terbiasa kut? Paling tak pun, jarak tu InshaAllah akan menjaga kami. Siapa tahu lepas Ijab dan Qabul nanti, bersatu 24/7. Rezeki masing".



4. Suka pelangi <3 Sebab, pelangi bukan sekadar warna didada langit. Ia terbit memberi kebahagiaan. Memberi warna dalam kehidupan. Selepas bumi dibasahi hujan, pelangi akan muncul memberi seri. Ibarat, selepas kita berduka atau ditimpa musibah yakinlah pasti akan ada satu rahmat/nikmat yang Allah akan beri. Jatuh cinta dengan pelangi sedari dulu. Pelangi cantikkan. Selepas hujan, akan menjadi tabiat melihat keluar jendela. Siapa tahu akan ada pelangi menyapa?

5. Kita suka berkarya. Kalau dulu, sering mem-post madah di status FB. Sekarang dah tak lagi. Bukan kekurangan idea. Tapi biarlah. InshaAllah tak hilang bakat yang terpendam. Sering berkarya melalui penulisan puisi dan sajak. Tapi sekadar untuk suka". Kalau berkesempatan, akan selalu menggunakan madah dan kata" nukilan termasuk mutiara kata yang memberi impak tatkala memberi nasihat. Boleh dikira sebagai hantu novel. Boleh habiskan novel 700 muka surat, dalam masa setengah hari. Dan boleh membaca 4 buah novel dalam sehari. Minggu ni, dalam 3 hari boleh habiskan 8 buah novel. Lambat sedikit, sebab ada tugasan yang perlu diutamakan.



6. Tak ramai yang tahu. Saya seorang yang pemarah. Kenalan semua tak percaya. Kenapa? Sebab saya suka memendam. Lebih suka simpan dalam hati. Mak kata, "Orang buat baik kita balas baik. Orang buat jahatpun kita balas baik". Jadi, kita lebih suka guna pendekatan diam kan diri. Walau marah macam mana sekalipun. Kita akan simpan dalam hati. Takpelah berkumpul di hati. Mungkin sebab tu kot kita ada darah tinggi?! Seawal umur 18 tahun! Hahaha~



7. Paling tak suka bersenam. Kenapa? Sebab berpeluh! Okey, itu adalah alasan tak masuk akal. Nama dah bersenam, haruslah berpeluh. Tapi dari kecil sampai sekarang saya seorang kaki bangku. Lebih rela tak bawa baju sukan dan didenda daripada harus berlari keliling padang atau bermain apa saja jenis suka. Dan, mungkin ini antara sebab saya tak minum Milo. Orang tanya kenapa, kita jawab sebab dia rasa dan bau Milo. Tapi cereal dan coklat termasuk tepung Milo kita makan! Hahahaha~



8. Paling takut beberapa benda. Satu; pisau. Sebab mak kita cakap, "Pisau tu tajam!". Itu adalah antara kata" yang membuat kita masih terperangkap dan masih takut menggunakan pisau. Tapi tolak tepi lah pisau plastik dan pisau untuk makan steak! Nak kupas buah kita gunakan pisau khas. Kalau tak, separuh dari isi mangga tadi akan terbuang! Dua; bola. Ya Allah, bunyi hentakkan bola ala" orang main basketball/dodgeball tu boleh buat jantung kita berdegup sampai nak terkeluar! Takut sangat. Tak pernah lagi terkena lontaran bola. Tapi, berusaha untuk menjauhkan diri andai ada yang bermain bola. Hatta bola plastik budak" pun boleh buat kita lari. Tiga; Api! Paling takut nak hidupkan api. Guna mancis kayu ke atau lighter rokok termasuklah nak hidupkan api dapur! Sebab apa? Sebab api panas! Eh, tak lah. Sebab pernah rambut kita terbakar sedikit. Sedikit je, lebih kurang 1cm. Dan terakhir adalah belon. Nak tercabut jantung mendengar belon pecah/meletup.



9. Melatah! Dulu melatah kita panjang tau. Boleh sampai 8 patah perkataan. Takdelah susah nak berhenti. Tapi boleh dikira dah tahap serius. 8 patah perkataan tu banyak tau! Lepas tu, kita azamkan dalam diri. Dan berfikiran positif. Jangan melatah. Tak elok. Sekarang dah tinggal sedikit. "Eh, Mak!". Ok lah tu kan. Dah ditahap normal.



10. Pembersih. Paling benci dengan habuk, helaian rambut atau apa" saja. Housemate kita dulu dekat SS15 siap terkejut dan puji. Dan bilik kita lah tempat diorang lepak. Sebab diorang malu bagi kita masuk bilik diorang. Sebab dah mcm kapal pecah! Bilik kita sentiasa kemas teratur. Dan setiap hari akan, lap lantai. Bukan guna mop! Tapi tuala atau wet tissue. Kita akan lap setiap inchi bilik. Dah jadi tabiat! Hahaahaha~ Sekarang dekat Sunway pun sama jugak. Bilik ni lah tempat orang lepak. Katil kita lah tempat orang duduk. Nak cerita sikit. Housemate seorang tu dia tak pembersih. Siap sapu bilik, dia akan biarkan helaian rambut dan habuk depan pintu bilik. Dia tak akan kumpul dan buang. Buat mcm tu je. Sebab rumah kita cleaner akan datang setiap hari. Jadi dia akan harap cleaner tu bersihkan common area. Dan, saya sebagai seorang yang suka kebersihan telah buat sesuatu. Nak tau apa? Kita kumpulkan setiap helaian rambut dia yang beterbangan di ruang tamu dan dapur. Banyak jugak! Kita letakkan depan pintu bilik dia. Harap sedarlah ye!

2. Answer the 11 questions given to you.

1. Nama saya seperti di dalam kad pengenalan ialah...
Nama kita. Pelangi. Maaflah. Peribadi sikit. Sebab, saya dah buang apa" yang berkaitan identiti diri dari blog ni. Bukan apa. Brunei tu kecik sangat!

2. Saya berumur?
Kita ada masalah sikit. Masalah menghitung umur. Dari seawal umur 13 tahun, kita dah benci dan tak tahu nak kira umur kita berapa. Tak bohong. Jujur. Siapa yang rapat, pasti tahu. Kalau orang tanya umur berapa, kita lebih suka jawab...."Lahir tahun 1987, kira sendiri ye". Kenapa masalah ni terjadi? Sebab umur sering bertukar! Setiap tahun! Susah! *Jangan gelak, tapi kita tak tipu!*

3. Saya tinggal di..?
Sekarang menetap di Bandar Sunway.

4. Saya anak yang ke x dari brp adik beradik?
Anak kedua, dan seorang yang degil.

5. Saya suka masak?
Jujur, saya tak pandai masak. Mula masak nasi waktu pertama kali hidup sendiri. Tahun 2009. Masak telur dadar boleh jadi scrambled egg. Maafkan kekurangan kita bakal imam hidupku. InshaAllah boleh belajar mulai sekarang?! Mcm mana nak bukak api dapur? Tolong!!

6. Takut pada serangga?
Tak takut.

7. Kenderaan pertama saya?
Suzuki Swift merah. Dah jual dah, lepas 6 tahun bersama.

8. Lulus ujian memandu pada kali berapa?
Sekali buat je! Kacang sangat waktu tu drive manual. Tapi sekarang, tak berani nak bawak manual. Mau mati enjin separuh jalan.

9. Cinta monyet pertama?
Takde cinta monyet! Cinta kambing nak ke? Tunangku tu lah, satu" nya insan yang berjaya menawan hati. InshaAllah doakan Ijab Qabul kami lancar tahun depan.

10. Tempat yang paling ingin dilawati?
Banyak ni! Nak kena list kan semua ke? Paling top on the list sekarang adalah Korea. Tapi kalau nak pergi honeymoon nanti, kita dah ada beberapa negara yang nak di jalani sama". Dekat" je.

11. Jika saya seorang stalker, apa yang akan anda cari?
Hahahaha~ Sekarang pun dah rasa macam stalker. Setiap hari menghendap pereka dan perancang perkahwinan dari Kuwait dan negara seangkatannya. Cantik habis!

3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate.

Saya bahagikan soalan dalam beberapa kategori.

Kategori pertama, Cinta dan Perkahwinan.

1. Apa erti cinta?
2. Makna perkahwinan dari sudut mata anda.
3. Perlu ke melebihkan adat dizaman yang serba mahal?

Kategori kedua, Keluarga kita + dia + Keluarga Mertua

4. Mertua atau bakal mertua anda, sayangkan anda?
5. Pandai memasak+kerja rumah adalah antara perkara kurang penting di bandingkan dengan kebolehan si dia membimbing dan mengimamkan kehidupan kita. Setuju?
6. Ketika anda merancang perkahwinan, keluarga memainkan peranan besar. Cerita sedikit sebanyak sengketa atau tak sependapat dalam persiapan majlis.

Kategori ketiga, Blog B2B

7. Komen anda tentang kewujudan blog B2B.
8. Blog siapa yang selalu diikuti. Namakan 3 antara blog yang harus di baca.

Kategori keempat, Suka"

9. Destinasi idaman.
10. Bagi yang dah kahwin, perubahan bila dah berumah tangga. Atau bagi yang merancang, perkara yang paling memberi tekanan ketika membuat persiapan.
11. Panggilan anda oleh si dia. Dan apa panggilan si dia dari anda.

4. Thank the person who nominated you and link back to their blog.
Terima kasih Haida-Safera.

5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.

1. Wiina Yassin
2. Cik Enul
3. Syazlie
4. Cik Nina
5. I'm Legendary

6. Go to each bloggers' page and let then know about the award.
Done.

p/s: Maaflah. Terlajak memberi jawapan. Hahaha~ Dah seronok sangat. Melepas rasa menulis setelah beberapa hari menghadap assignment. Dan soalan kita, agak serius sikit. Saja je. Tengok apa pendapat orang.

Pelangi nak tidur! Selamat Malam. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment