Assalammualaikum;
Hari" terakhir Ramadhan.
Cepat masa berlalu. Esok" dah nak masuk bulan Syawal.
Alhamdulillah, akan kembali ke tanah air hari Selasa ni.
Penat? Haruslah penat. Sampai Brunei dari Johor hari Jumaat ptg yg lalu.
Hari Ahad, dah kembali ke Bandar Sunway lagi.
Tak sampai dua minggu semester, balik lagi. Heeee~
Tak nak beraya sorang" kononnya.
*****
Al-Fatihah buat saudara kita yang telah kembali kepada sang pencipta.
Khusus buat suami kepada temanku, perginya dia dibulan mulia. Tabahkan hatimu teman.
Juga buat saudara yang 'pergi' menghadap illahi baru" ini. Pergimu tanpa pesan.
Dan, buat nenda" yang telah lama "menghilang" dari bumi ini.
Al-Fatihah.
Perginya mereka dari mata kita, bukan bererti hilang dari ingatan.
Ku sedekahkan Al-Fatihah ini buat semua.
*****
Alhamdulillah, 27hb Julai lalu.
Perbincangan antara dua keluarga dah di buat.
Syukur Ya Allah. Tarikh sudah di tetapkan.
InshaAllah, kami punya masa setahun sebulan dari sekarang.
Jangan mengharap majlis kami nanti "gah".
Kerna apa yang ku harapkan hanya kesempurnaan majlis dan ikatan ini halal.
Apa yang pernah tercoret disini, hanya sebagai sumber inspirasi kita bersama.
Tak tercapai tangan andai hendak di gapai semua.
*****
Hanya ada dua majlis disebelah pihak pengantin perempuan.
Majlis malam berbedak.
Majlis Ijab dan Qabul, bersanding diikuti dengan adat cuci kaki.
Dan tiga majlis untuk pengantin lelaki.
Majlis malam berbedak.
Majlis Ijab dan Qabul.
Majlis Doa kesyukuran, diikuti dengan majlis bersanding.
*****
Rasanya majlis untuk pengantin perempuan nanti, semua akan diadakan di rumah.
Alhamdulillah. Sudah boleh merancang sikit".
Kedudukan pelamin, dan apa yang perlu di ubah suai.
Bilik pengantin, inshaAllah akan di renovasi lagi untuk kedua kalinya selepas aidilfitri ini.
Majlis pengantin lelaki, inshaAllah semua akan di adakan di rumah kecuali majlis terakhir.
Mungkin, akan diuruskan hal dewan secepatnya.
*****
Sudah menempah jongsarat.
Punyalah susah kesana sini mencari tempat yang sesuai.
Ada yang berkenan pada harga, tapi tak tau corak mana.
Manakan tidak, mereka tak punya katalog untuk menunjukkan corak atau hasil yang terdahulu.
Macam mana nak buat pilihan?
Last", terjumpa kedai tenunan di Tanjong Bunut. Berdepan Bank TAIB. Tingkat 1.
Alhamdulillah. Walaupun kakak tu tak punya katalog berwarna, sekurang" dia punya file menunjukkan contoh corak.
Pilihan hati, hitam berpakan benang emas.
Mula" nakkan warna krim atau putih. Tapi takut, lama kelamaan akan bertukar menguning sebab terlalu lama dalam almari.
InshaAllah akan siap tak lama lagi.
Bukan nak cepat pun. Tapi, klw siap awal. Senang hati!
*****
Fabric untuk baju, inshaAllah akan di beli di Bandung Januari ini.
Rekaan siapa? Tak tau lagi. Mungkin tempatan saja? Entahlah.
Aksesori, inshaAllah akan di beli Januari ini.
Hantaran? Tiada apa yang perlu di beli.
Alhamdulillah, punya mama yang modern!
*****
Buah tangan, untuk majlis pengantin perempuan hanya tinggal untuk majlis ijab dan qabul.
Untuk majlis pengantin lelaki, masih banyak lagi!
Tak apa. Masih banyak masa.
Selain tu, hanya tinggal benda remeh. Seperti bunga telur.
Alhamdulillah.
*****
Ku mohon padaMU yaAllah. Permudahkan urusan kami membina masjid di bumi ini.
Murahkan rezeki kami. Kuatkan hati kami menempuh pahit manis persiapan ini.
Tegarkan hati kami daripada hasutan dan kata" nista orang sekeliling. Amin.
*****
Salam Ramadhan.
Nantikan post inspirasi perkahwinan. Tunggu tau!
Saturday, August 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment