Assalammualaikum;
Aku tak boleh lelap.
Entah lah.
Aku dah baring dari jam 11mlm td. Sekarang dah jam 2 pg.
Jam 0030 td, aku terfikir.
Dulu waktu zaman undergraduate aku suka baca blog B2B waktu tu.
Zaman tu, semua blogger B2B yang aku ikuti semua best".
Diorang lah paling batch b2b yg aku tau paling gigih buat research.
Diorang yg paling semangat nak kongsi apa trend semasa.
Diorang yg paling suka ber DIY.
Paling suka, diorang antara yang paling setia dengan tema.
*****
Waktu tu, aku tak tau pun yg aku sendiri akan jd antara bakal pengantin yg akan rakam setiap jerih dlm bentuk tulisan di alam maya.
Waktu tu, aku cuma ingat beberapa link.
Haruslah yg selalu update.
Lepas baca update diorang, aku akan tengok tepi" utk URL blog yg update haritu.
Gigihkan aku?
Sebab aku suka sangat baca tentang impian majlis perkahwinan.
*****
Antara yg aku suka baca tentulah...
Sabsabby.
Sampai sekarang aku paling suka dengan pelamin nikahnya.
Sampai sekarang aku masih teringin nak buat mcm tu.
Tapi tu lah, rezeki aku lain.
Dialah pengantin terawal guna kain" flowy yg meriah tu.
Baju dia tu lah yg jd sumber idea utk bakal pengantin waktu tu.
Sampai sekarang org masih tergila" kain flowy tu kan!
Kagum betul.
Dia lah trendsetter waktu tu.
*ini pendapat aku lah, aku tak tau kalau ada org lebih awal guna kain flowy dr dia antara blogger b2b waktu tu*
Kain ni lah yg buat org gila bayang. Betul!!
Next;
Hazlynda Kushairi
Waktu baca blog dia lah aku tau....
Yang putih tu nampak cantik.
Suci je.
Aku tak ingat dgn jelas, tapi seingat aku....
Tema dia putih bersih.
Paling kuat dlm ingatan, adalah gambar dia di tingkap bilik.
Dgn background curtain putih yg beralun.
Hah! Klw tak silap lah. Tapi aku yakin dia.
Antara yg aku ingat, haruslah pelamin nikah dia.
Dia antara yg b2b yg paling organise aku pernah tau.
Buku catitan dia, fuuhh!!
Suka sangat!
Sekarang aku tak tau sgt, follow jugak blog dia. Tapi aku rasa dah jrg update.
Tapi dia adalah antara sumber inspirasi.
Kenapa?
Seingat aku;
Dia antara yg gigih ber DIY.
Dia yg DIY dgn gula". Aku tak ingat apa name benda tu.
Sampai sekarang aku psg azam, nanti majlis aku...aku nak jugak!
*****
Lepas tu Moose.
*aku tak tau nama dia, tapi blog dia memang nama moose!)
Blog dialah jadi reference aku sekarang tentang songket!
Aku siap gigih dulu"; tulis nota...
"B2B Moose: Beli songket dkt City One Plaza. Murah!"
Dari dialah aku tau sumber songket tu.
Tapi baru tahun ni aku jejak kaki ke plaza tu.
Terima Kasih sgt!
Aku tetap ingat, songket biru laut tu lah yg buat aku gila bayang!
*****
TheZaila.
Aku ingat ZZ. Aku rasa permulaan nama suami dia Z. Sebab aku ingat initial ZZ.
Ntahlah.
Tapi tentang dia, aku ingat pre wedding photoshoot.
Ala" style kampong.
Entry paling aku ingat, bila dia dok cari bag ala" vintage utk props!
Gigih betul diorang ni dulu.
Lepas tu, aku pernah jugak email tentang Asmaul Husna klw tak silap.
Baju nikah dia pink, ada ribbon! Alahai, comel je!
*****
Ohhh....yg paling last aku ingat...
Nawal. Sebab baju purple tu cantik!
Alah, yg dress tu.
Dan aku paling ingat dia gigih naik bukit mana ntah. Nak ambik photo.
Cun!!
Klw tak silap, Nawal lah yg guna pelamin hias bunga melur kan.
Aku dah siap kasi tau mama.
Tapi, mana nak dpt bunga melur sebanyak tu dkt Brunei.
Bermimpilah aku kan.
Tapi, wedding Nawal banyak beri aku inspirasi baju.
Betul" cantik!
*****
Lepas majlis diorang selesai...
Antara B2B "junior" waktu tu....
ReneeMeow
Sampai sekarang dia masih gigih update tentang trend baru.
Suka baca blog dia dulu".
Sebab dia suka berkongsi.
Best!
Dan last sekali...
tentulah empunya majlis yang sangat cantik!
YuYu Aziz!
Yg ni, aku paling suka tentang bridesmaid; pengantin; doorgift....semua lah!
Yg pasti majlis dia cantik sgt.
*****
Ini antara yg aku ingat.
Klw di kenang, best sgt baca tentang perjalanan walimah mereka.
Sekarang; kebanyakkan blog yg aku baca....
tentang pengalaman hamil dan melahirkan.
Tak...aku tak ckp aku tak suka.
Sebab aku follow dr zaman diorang sibuk dgn persiapan perkahwinan.
Dan silap aku jugak, aku tak update pun blog yg aku follow.
Makanya, sekarang pembacaan aku lebih kpd persiapan ibu mengandung.
Dan...
Taklah aku follow setekun aku follow blog yg aku list dkat atas tu dulu.
Makanya, aku tak tau pun nama diorang.
Sebabnya cara mereka tak sama. Mereka tak banyak kongsi maklumat persiapan perkahwinan.
Jadi aku kurang dpt tau info yg berguna tentang urusan walimah.
Tapi aku syukur, bila baca pengalaman hamil dan bersalin mereka.
Sampai kakak aku ckp, "kau ni terlebih masa membaca. smpai bab tu pun kau tau".
Hahahaha!
Org siap hairan bila aku kongsi ilmu tentang hamil. Sdgkan aku kawin pun belum.
Sebab aku suka kongsi ilmu yg aku baca.
Tapi org siap mengata aku "berlakon bijak".
Alahai, duniawi!
*****
Tapi ada jugak B2B yg aku follow dr tahun lepas (tahun aku mula berblog) yg berkongsi banyak ilmu.
Banyak maklumat.
Banyak tutorial DIY.
Nanti aku kongsi ye.
*****
Buat ex-B2B yg first batch (esp yg aku list kan tu);
"Moga kalian dimurahkan rezeki, dan terima kasih sebab sudi berkongsi maklumat dulu. Moga perkahwinan kalian kekal bahagia, dilimpahi dgn rezki dan semua urusan hidup mudah". Amin.
p/s: Pelangi rasa, diorang yg memberi banyak impak dlm hidup ini utk merealisasikan impian perkahwinan.
Friday, November 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNnt jgn lupa update ur prep utk wedding....
ReplyDeletealhamdulillah. :) nana memahami. zaman nana nk kawin dulu, blog nana penuh benda2 diy.. pastu lps kawin, blog nana penuh dgn review ini review itu psl wedding nana.. and skrg dah jadi mama, blog nana mostly pasal baby je. hahaha. :D
ReplyDeleteAssalamualaikum :) tumpang tanya ada x fb utk b2b group ek? Tringin nk join! Thanks :))
ReplyDeletesaya suka awak punya blog. banyak tradisional punya output. and it helps me with my brother punya wedding.Thanks
ReplyDelete