Assalammualaikum;
Jom layan pelangi berangan sikit.
Dulu, waktu kecik suka sangat berangan.
Tentang apa?
Selain perkahwinan, haruslah destinasi berbulan madu.
Dulu, pernah borak dgn dia. Waktu zaman mula bercinta.
Pelangi nak sangat pergi negara sejuk. Hahaha!
Ingat lagi, antara lokasi yang jadi idaman adalah....
Niagara Fall!
Lepas tu, nak jugak pergi ke...
Venice, Italy!
Tapi, memandangkan waktu tu si dia bertugas di Jepun. Haruslah punya angan ke Jepun kan!
Tambah lagi dengan keindahan waktu musim bunga!
Punya angan lain lagi!
Nak pergi Greece jugak!
Alahai, waktu tu mana nak fikir kewangan kan? Hahaha.
Tak pe lah punya angan dan impian. Tak rugi pun!
Tambah lagi dengan kecantikkan Turkey!
Tahun ni, tambah angan lagi.
Nak sangat ke Korea!
Tapi, tu lah. Nak pasang impian ni haruslah senang kan?
Fikir", budget kahwin pun dah rasa nak tersekat". Hehehehe.
Dia pun pesan, "Jgnlah fikir sgt tentang honeymoon tu. Lepas" majlis kita fikir".
Oucchh!!
Hahaha, aku yang terlebih ke?
Tapi itukan impian dari kecil.
Last" tanam dlm hati. Tak ada rezki jauh, nak pergi yg dekat lah.
Nak keliling negara South East Asia.
1. Thailand.
Krabi!
Sebab banyak sangat review blogger pergi Krabi. Haruslah nak jugak kan!
Tapi, tak nak pergi pulau. Tak suka sangat dengan panas pantai. Dia pulak, dah tak de feeling dgn laut. Nama pun kerja laut kan?
Tapi, hati ni nak jugak! Hahahaha.
Duduk merenung pantai dan mengelilingi Krabi saje pun tak pe.
Lepas tu,
2. Malaysia.
Melaka dan Bt Tinggi.
Cantik kau!
Jumpa hotel ni, Quayside Hotel.
Cantik sangat! Harga pun berbaloi!
Bukit Tinggi!
Belum mampu *belum ye* pergi ke negara yang diidamkan. Ala" negara Eropah jadi lah kan?
Tapi serius, tempat ni nampak cantikkan?
3. Singapore
Dah selalu pergi, tapi....
Pernah janji. Nak bawak si dia pergi sini.
Kita bukannya nak naik ride pun. Mungkin dia. Tapi pelangi ni, hahahaha. Naik ride utk budak pun dah pening.
4. Indonesia.
Bandung.
Nak sangat pergi melawat dekat Bandung. Dulu kita pergi, tujuan utama adalah shopping!
Jadi klw berpeluang nak honeymoon ke situ, haruslah habiskan masa melawat sini sana. Kan?
5. Vietnam.
Da Nang.
Sebab kita tengok pantai dia cantik. Belum tercemar. Tak ramai sangat pelancong.
*****
Cukuplah 5 negara South East Asia. Kan?
Tapi, doakanlah rezeki kami murah.
Klw tak, tak pe. Tunggu ada budget.
Yg penting, majlis jgn susahkan org.
Nak buat majlis, jgnlah sampai berhutang.
Doakan, graduate ni. Terus rezki kerja masuk.
*****
Setiap antara kita punya definisi berbeza tentang berbulan madu.
Jawapan cliche adalah, nak kenal hati pasangan.
Atau, nak berehat selepas majlis.
Atau, nak kan privasi.
Ada yang jalan" melihat kota atau negara orang.
Ada yang bershopping sakan.
Ada yang suka bermain air. Island hopping atau bermain pasir pantai.
Dlm masa yg sama, menguji kesabaran dan menambah kefahaman kita tentang pasangan.
*****
Tapi, aku lebih suka menikmati keindahan alam.
Duduk merenung keindahan semula jadi.
Atau keindahan rekaan manusia.
p/s: InshaAllah, minggu depan songket hunting. Yeay!
Saturday, November 9, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













sy teringin prgi istanbul tp rasanya tak mampulah..kena kmpul duit balik lpas kawen..huhuhu
ReplyDelete