BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 13, 2013

Liebster Award

Assalammualaikum;

Hari yang sangat memenatkan. Berkejaran menghantar satu group assignment. Alhamdulillah. Selesai sebelum waktunya.

Badan terasa letih. Tapi mata tak mengantuk.

Alih" check blog. Siapa tahu ada salam kenal oleh Haida-Safera

Dia calonkan kita untuk Liebster Award.

Terima Kasih sangat". Moga lepas ni, jumlah pembaca blog yang tak seberapa ni meningkat. Sambil tu, bolehlah perbanyakkan kenalan.

Paling penting, berkongsi idea dan nasihat.

Menurut kata Haida-Safera;

Award ni untuk blogger yang mempunyai kurang daripada 200 followers. Jadi kita tengoklah berapa followers kita setelah setahun lime bulan dalam dunia blog bakal dan mantan pengantin.

Oh, dan cecah 151 followers. Terima Kasih sangat".



Ini adalah rules untuk Award ni:

1. List 11 facts about yourself.
2. Answer the 11 questions given to you.
3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4. Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6. Go to each bloggers' page and let then know about the award.

Jom, kita mulakan!

1. List 11 facts about yourself



1. Jatuh cinta dengan perkahwinan seawal usia 5 tahun! Bukan gatal nak kahwin. Tapi suka tengok pakaian pengantin ala puteri raja. Paling best bila tengok pelamin. Nak jugak duduk di pelamin dan bergambar. Berangan lah tu! Cinta terhadap persiapan dan dekorasi perkahwinan bertambah" bila sudah punya pasangan. Sekarang, semakin teruk. Setiap bulan beberapa majalah pengantin akan disambar. Tapi susah, kita duduk negri orang. Mana sanggup bawak balik Brunei nanti. Jadi, dah siap" gunting dan tampal dan letak dalam buku nota perkahwinan. Sebagai persiapan awal. Banyak sangat dalam buku tu, fesyen baju, jenis fabrik yang kita suka, dekorasi hantaran, pelamin impian dan etc.



2. Jatuh cnta dengan si dia, seawal tahun 1999. Tapi dia tak pandang kita pun. Dan mula kenal dari alam cyber! Zaman MIRC! Tahun 2002 bermulanya kisah ceritera cinta. Nak gelak bila terkenang. Dia adalah senior kita waktu sekolah menengah. Kenal sebulan, terima lamaran. Dan Alhamdulillah hingga sekarang. Tahun ni adalah tahun ke sebelas. Alhamdulillah. Kita jumpa orang tua masing" setelah 4 tahun bercinta! Boleh?! Hahaha~ Kalau bukan si dia mendesak. Entah tak tahulah.



3. Dah 10 tahun bercinta dalam jarak jauh. Alhamdulillah. Terpisah antara lautan. Kadang tu antara sempadan. Tak percaya? Dulu dia kerja 4 tahun dengan syarikat minyak dan gas. Ulang alik ke Jepun. Kerja 4 bulan. Cuti 1 bulan. Kemudian kerja dengan syarikat tempatan. Masih industri yang sama. Paling dekat pergi Miri dan paling jauh Batam, Indonesia. Atau setakat perairan Brunei. Kemudian dengan syarikat sekarang. Industri yang sama. Kadang ke Australia, Malaysia, Vietnam dan paling selalu Thailand. Dah nama pun rezeki dia. Kita sabar jelah. Ada jugak yang tanya, mcm mana kau boleh tahan? Hehehe~ Dah terbiasa kut? Paling tak pun, jarak tu InshaAllah akan menjaga kami. Siapa tahu lepas Ijab dan Qabul nanti, bersatu 24/7. Rezeki masing".



4. Suka pelangi <3 Sebab, pelangi bukan sekadar warna didada langit. Ia terbit memberi kebahagiaan. Memberi warna dalam kehidupan. Selepas bumi dibasahi hujan, pelangi akan muncul memberi seri. Ibarat, selepas kita berduka atau ditimpa musibah yakinlah pasti akan ada satu rahmat/nikmat yang Allah akan beri. Jatuh cinta dengan pelangi sedari dulu. Pelangi cantikkan. Selepas hujan, akan menjadi tabiat melihat keluar jendela. Siapa tahu akan ada pelangi menyapa?

5. Kita suka berkarya. Kalau dulu, sering mem-post madah di status FB. Sekarang dah tak lagi. Bukan kekurangan idea. Tapi biarlah. InshaAllah tak hilang bakat yang terpendam. Sering berkarya melalui penulisan puisi dan sajak. Tapi sekadar untuk suka". Kalau berkesempatan, akan selalu menggunakan madah dan kata" nukilan termasuk mutiara kata yang memberi impak tatkala memberi nasihat. Boleh dikira sebagai hantu novel. Boleh habiskan novel 700 muka surat, dalam masa setengah hari. Dan boleh membaca 4 buah novel dalam sehari. Minggu ni, dalam 3 hari boleh habiskan 8 buah novel. Lambat sedikit, sebab ada tugasan yang perlu diutamakan.



6. Tak ramai yang tahu. Saya seorang yang pemarah. Kenalan semua tak percaya. Kenapa? Sebab saya suka memendam. Lebih suka simpan dalam hati. Mak kata, "Orang buat baik kita balas baik. Orang buat jahatpun kita balas baik". Jadi, kita lebih suka guna pendekatan diam kan diri. Walau marah macam mana sekalipun. Kita akan simpan dalam hati. Takpelah berkumpul di hati. Mungkin sebab tu kot kita ada darah tinggi?! Seawal umur 18 tahun! Hahaha~



7. Paling tak suka bersenam. Kenapa? Sebab berpeluh! Okey, itu adalah alasan tak masuk akal. Nama dah bersenam, haruslah berpeluh. Tapi dari kecil sampai sekarang saya seorang kaki bangku. Lebih rela tak bawa baju sukan dan didenda daripada harus berlari keliling padang atau bermain apa saja jenis suka. Dan, mungkin ini antara sebab saya tak minum Milo. Orang tanya kenapa, kita jawab sebab dia rasa dan bau Milo. Tapi cereal dan coklat termasuk tepung Milo kita makan! Hahahaha~



8. Paling takut beberapa benda. Satu; pisau. Sebab mak kita cakap, "Pisau tu tajam!". Itu adalah antara kata" yang membuat kita masih terperangkap dan masih takut menggunakan pisau. Tapi tolak tepi lah pisau plastik dan pisau untuk makan steak! Nak kupas buah kita gunakan pisau khas. Kalau tak, separuh dari isi mangga tadi akan terbuang! Dua; bola. Ya Allah, bunyi hentakkan bola ala" orang main basketball/dodgeball tu boleh buat jantung kita berdegup sampai nak terkeluar! Takut sangat. Tak pernah lagi terkena lontaran bola. Tapi, berusaha untuk menjauhkan diri andai ada yang bermain bola. Hatta bola plastik budak" pun boleh buat kita lari. Tiga; Api! Paling takut nak hidupkan api. Guna mancis kayu ke atau lighter rokok termasuklah nak hidupkan api dapur! Sebab apa? Sebab api panas! Eh, tak lah. Sebab pernah rambut kita terbakar sedikit. Sedikit je, lebih kurang 1cm. Dan terakhir adalah belon. Nak tercabut jantung mendengar belon pecah/meletup.



9. Melatah! Dulu melatah kita panjang tau. Boleh sampai 8 patah perkataan. Takdelah susah nak berhenti. Tapi boleh dikira dah tahap serius. 8 patah perkataan tu banyak tau! Lepas tu, kita azamkan dalam diri. Dan berfikiran positif. Jangan melatah. Tak elok. Sekarang dah tinggal sedikit. "Eh, Mak!". Ok lah tu kan. Dah ditahap normal.



10. Pembersih. Paling benci dengan habuk, helaian rambut atau apa" saja. Housemate kita dulu dekat SS15 siap terkejut dan puji. Dan bilik kita lah tempat diorang lepak. Sebab diorang malu bagi kita masuk bilik diorang. Sebab dah mcm kapal pecah! Bilik kita sentiasa kemas teratur. Dan setiap hari akan, lap lantai. Bukan guna mop! Tapi tuala atau wet tissue. Kita akan lap setiap inchi bilik. Dah jadi tabiat! Hahaahaha~ Sekarang dekat Sunway pun sama jugak. Bilik ni lah tempat orang lepak. Katil kita lah tempat orang duduk. Nak cerita sikit. Housemate seorang tu dia tak pembersih. Siap sapu bilik, dia akan biarkan helaian rambut dan habuk depan pintu bilik. Dia tak akan kumpul dan buang. Buat mcm tu je. Sebab rumah kita cleaner akan datang setiap hari. Jadi dia akan harap cleaner tu bersihkan common area. Dan, saya sebagai seorang yang suka kebersihan telah buat sesuatu. Nak tau apa? Kita kumpulkan setiap helaian rambut dia yang beterbangan di ruang tamu dan dapur. Banyak jugak! Kita letakkan depan pintu bilik dia. Harap sedarlah ye!

2. Answer the 11 questions given to you.

1. Nama saya seperti di dalam kad pengenalan ialah...
Nama kita. Pelangi. Maaflah. Peribadi sikit. Sebab, saya dah buang apa" yang berkaitan identiti diri dari blog ni. Bukan apa. Brunei tu kecik sangat!

2. Saya berumur?
Kita ada masalah sikit. Masalah menghitung umur. Dari seawal umur 13 tahun, kita dah benci dan tak tahu nak kira umur kita berapa. Tak bohong. Jujur. Siapa yang rapat, pasti tahu. Kalau orang tanya umur berapa, kita lebih suka jawab...."Lahir tahun 1987, kira sendiri ye". Kenapa masalah ni terjadi? Sebab umur sering bertukar! Setiap tahun! Susah! *Jangan gelak, tapi kita tak tipu!*

3. Saya tinggal di..?
Sekarang menetap di Bandar Sunway.

4. Saya anak yang ke x dari brp adik beradik?
Anak kedua, dan seorang yang degil.

5. Saya suka masak?
Jujur, saya tak pandai masak. Mula masak nasi waktu pertama kali hidup sendiri. Tahun 2009. Masak telur dadar boleh jadi scrambled egg. Maafkan kekurangan kita bakal imam hidupku. InshaAllah boleh belajar mulai sekarang?! Mcm mana nak bukak api dapur? Tolong!!

6. Takut pada serangga?
Tak takut.

7. Kenderaan pertama saya?
Suzuki Swift merah. Dah jual dah, lepas 6 tahun bersama.

8. Lulus ujian memandu pada kali berapa?
Sekali buat je! Kacang sangat waktu tu drive manual. Tapi sekarang, tak berani nak bawak manual. Mau mati enjin separuh jalan.

9. Cinta monyet pertama?
Takde cinta monyet! Cinta kambing nak ke? Tunangku tu lah, satu" nya insan yang berjaya menawan hati. InshaAllah doakan Ijab Qabul kami lancar tahun depan.

10. Tempat yang paling ingin dilawati?
Banyak ni! Nak kena list kan semua ke? Paling top on the list sekarang adalah Korea. Tapi kalau nak pergi honeymoon nanti, kita dah ada beberapa negara yang nak di jalani sama". Dekat" je.

11. Jika saya seorang stalker, apa yang akan anda cari?
Hahahaha~ Sekarang pun dah rasa macam stalker. Setiap hari menghendap pereka dan perancang perkahwinan dari Kuwait dan negara seangkatannya. Cantik habis!

3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate.

Saya bahagikan soalan dalam beberapa kategori.

Kategori pertama, Cinta dan Perkahwinan.

1. Apa erti cinta?
2. Makna perkahwinan dari sudut mata anda.
3. Perlu ke melebihkan adat dizaman yang serba mahal?

Kategori kedua, Keluarga kita + dia + Keluarga Mertua

4. Mertua atau bakal mertua anda, sayangkan anda?
5. Pandai memasak+kerja rumah adalah antara perkara kurang penting di bandingkan dengan kebolehan si dia membimbing dan mengimamkan kehidupan kita. Setuju?
6. Ketika anda merancang perkahwinan, keluarga memainkan peranan besar. Cerita sedikit sebanyak sengketa atau tak sependapat dalam persiapan majlis.

Kategori ketiga, Blog B2B

7. Komen anda tentang kewujudan blog B2B.
8. Blog siapa yang selalu diikuti. Namakan 3 antara blog yang harus di baca.

Kategori keempat, Suka"

9. Destinasi idaman.
10. Bagi yang dah kahwin, perubahan bila dah berumah tangga. Atau bagi yang merancang, perkara yang paling memberi tekanan ketika membuat persiapan.
11. Panggilan anda oleh si dia. Dan apa panggilan si dia dari anda.

4. Thank the person who nominated you and link back to their blog.
Terima kasih Haida-Safera.

5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.

1. Wiina Yassin
2. Cik Enul
3. Syazlie
4. Cik Nina
5. I'm Legendary

6. Go to each bloggers' page and let then know about the award.
Done.

p/s: Maaflah. Terlajak memberi jawapan. Hahaha~ Dah seronok sangat. Melepas rasa menulis setelah beberapa hari menghadap assignment. Dan soalan kita, agak serius sikit. Saja je. Tengok apa pendapat orang.

Pelangi nak tidur! Selamat Malam. Assalammualaikum.

Thursday, May 9, 2013

Floral Pattern Dress

Assalammualaikum;

Nak kongsi sikit idea.

Dulu, aku taklah peduli sangat dengan designer antarabangsa. Nama" gah tu langsung aku tak pandang.

Tu rekaan siapa ke, memang tak kisah sangat.

Tapi, baru" ni terfikir.

Bagus jugak kalau tahu designer bernama gah.

Bolehlah ambik idea sikit".

Tak gitu?

Iyelah, kadang designer sekitar sini hanya (boleh ke kritik?)

Pendekkan cerita, ih kenapa design pengantin A lebih kurang pengantin B? Design sama, material berbeza. Boleh?

Tak ke designer ni, tukang reka? Dari pereka yang sama, tapi cuma sedikit saja perbezaan. I kalau boleh tak nak.

Tak pe lah kalau hari besar nanti, pakai baju kurung. Asli!

Entahlah.

.
.
.

Ni nak kongsi spring collection 2012. Ye, 2012 dari Valentino.













Tak tau lah betul ke tak info.

Kita cuma tolong google. Terhasil lah gambar" rekaan baju ni.

Tak pandang pun rekaan baju sebenarnya.

Lebih kepada fabrik.

Pernah tunjuk dulu kan, floral dress yang warna peach tu.

Alah yang gorgeous.

I share lagi sekali.

.
.
.



Cantikkan?

So, bolehlah cari fabrik untuk buat dress kawin nanti.

Tapi!!!

Tapi kita ingat. Tak semua badan sesuai guna pattern floral.

I takut nampak macam baju tidur!

Hehehe~

So, hati" lah dengan pemilihan corak dan design baju ye.

Jgn salah kan kita kerna berkongsi maklumat floral pattern fabric cantik.

Nanti, nangis teruk di hari bahagia klw baju tak sepadan tubuh!

Tak mau masuk campur!

Alang" dah berkongsi.

Jom tengok collection 2013.





p/s: Alhamdulillah. Pelangi muncul hari ini.

Monday, May 6, 2013

Songket dan Prada Lace

Assalammualaikum.

Prada Lace. Saw it at Kamdar Midvalley. Price RM149 per metre.

Ada discount kalau tak silap.

Tapi cuma ada warna putih, hitam dan beige.

Bagi sesiapa nak nikah. Bolehlah ambik warna putih dan beige.

Wlwpun mahal dari harga di Brunei, tapi lebih baik dari harga Jakel kan.

Dan the plus info is...

Corak dia lain dari usual prada lace.

Cantik. Ada kelainan.

Perihal songket pulak. Jumpa songket untuk perempuan.

Semurah RM120 ke RM180.

Cantik. Songket mesin dari Pakistan berwarna pastel.

Ramai yg bertanya. Songket utk big day ke?

Hahahaha. Nak gelak pun ada.

Terlalu awal dan tak semudah tu nak post di mana2.

Tak surprise jadinya!

Jumpa banyak songket pengantin lelaki+perempuan.

Harga serendah RM180 ke RM250!!!!

Murahkan! Murahkan!

Alhamdulillah!!

Dan, terkejut dengan seorang designer ani.

Guna songket murah ni! Tapi charge harga mahal!

Bayangkan. I jumpa sebijik warna dan pattern songket tu!

Tak tau brapa dia charge dekat teman I tu!

Tapi nak gelak ada jugak.

Kenapa tak pandang kiri kanan.

Maksud kita, kenapa tak bertanya?

******

Tapi Alhamdulillah. I jumpa beberapa kedai yang jual songket murah.

Dan harga tanjak+samping atau nya org kitani dastar+sinjang semurah RM35 ke RM100!

Terbeliak biji mata bila tahu harga sebenar.

Allah tu Adil.

Disampaikan pertolongan dengan cara lain.

Disampaikan melalui hati untuk berani dan berdikari.

Bayangkan, I jalan sorang2 dgn tangan sarat membawa brg doorgifts!

Tapi hati masih kuat menapak ke bangunan tu.

Alhamdulillah.

Syukur pada MU Ya Rabb!

p/s: Pelangi petang.



Tuesday, April 30, 2013

Warna manis untuk si manis!

Assalammualaikum;

The spring collection by Elie Saab, are simply gorgeous!

The colours!

The designs!

Ohhh...I fall in love.







Warna pastel, manis semuanya!!

Tapi....

Kita harus ingat. Tak semua tone kulit 'masuk' untuk warna manis.

Macam kulit kita, tak cerah tapi tak gelap.

Kalau pakai baju warna manis, akan tenggelamlah!

Erti kata lain,

Tak semua orang akan nampak cantik dengan warna pastel.

Tapi...

Janganlah sedih.

Tak dapat guna warna pastel....

Cuba ilhamkan dari gaya/fesyen baju rekaan Elie Saab.

Cantik kan?

p/s: Indah seperti Pelangi.

Sunday, April 21, 2013

Beautiful Wedding

Assalammualaikum;

Long hiatus, missing me?

Will share with you, beautiful weddings in Kuwait!

Since, I have my IG account. I've been following lots of Kuwait wedding planner and designer.

Thus, I forgot the existence of this blog.

Thinking, I've got updated on the latest hijab fashion for the bride.

Plus, gorgeous dais and dresses!

Anyway, what i love about wedding in Kuwait is their hall!

The decoration, is simple.

Clean and not too much of dangling flower and this and that.

Let me show you what I got from google.







These are not the best. As most are in my IG and I usually screenshot it!

Avoid my self to double tap, ehem...giving hearts (liking) the image.

Thinking, somebody out there will get this idea too.

Paranoid much?!

Hahahaha....Ignore it.

But hey, I'm willing to share it here.

So....

Back to the story, they provide sofa type for their guests.

Awesome kan??

If it is easy, to get this in my country.

I will be a happy bunny.

On the other note, I have to have sooo much money to have this dream to come true.

Which, I don't have much.

Cukuplah untuk selesaikan and jadikan hubungan ni halal.

Tak salah punya impian.

And,

Remember in the previous posts in one of the bridal collection 2013 posts.

I stated that, the bling fabric will be in this year.

True that. Most of the brides 2013 is wearing it. So, off from my lists.

As my wedding is a year plus to go.

I have to find something else.

Found this,



At first, I save this picture for future reference. But hey, why don't I just share?

Lagipun I saw a M'sian designer using patterned/floral fabric for his wedding piece.

So, this is out from my list too.

But hey, 2013 bride you can use this idea.

As it will be something different.

Usually bride will opt for laces and plain material. Why not kan?

And the very last piece for today...

A very gorgeous piece.



Another gorgeus wedding piece!

p/s: Pelangi, Allah hantarkan ujian kerana yakin dirimu kuat dan tabah hadapinya. InshaAllah, DIA akan hadiahkan sinar kebahagian.


Wednesday, April 10, 2013

Pameran Pengantin + Wedding Prep

Assalammualaikum;

Pack with schedule for discussions and assignments.

Plus, I went back to Brunei for a wedding to attend. Very busy and lack of rest.

Ended up flying back to KL on Monday morning and rushing to class at 2pm. Still, ok.

But on Tuesday, I was on bed since 3pm till 9am the next day!

I was having cold, and shivering at times.

Now, Alhamdulillah. I'm getting better.

Texted my sister and told her about my condition.

She said, I am stress and under too much pressure.

Yes!

I am so worried about my assignments, plus I an in my week 5 of my postgrad course.

Another 6 weeks to go for exam.

Lots of assignment due starting next week.

InshaAllah. I can do this.

Apart from that pressure, top up with wedding preparations.

Nope, I haven't prepare anything yet. But I'm calculating on budget.

Their problem is our problem, Alhamdulillah bila hati mengikhlaskan.

Allah tahu dan akan memudahkan urusan kami. Kan?

Anyhow; none of you will understand what is the problem here. But hey....budget! cash!

InshaAllah.

For my side; I have a wonderful small family who are willing to help.

To purchase and ordering this and that for my doorgift. Thank You.

Too early? A year plus to go...Inda kerasahan tu.

And I, myself is handling the groom side. Why? Cause he is offshore. As always. And I am here, why not?

My priority now is to get all the doorgifts settle. Dah siap survey. Tinggal nak purchase.

Selagi tak beli, selagi tu hati tak nak beli any preparation for ourselves. As in, baju+songket+hantaran!

Our guests are my priority at the moment.

Lagipun, should be okay if I start to buy and take measurement for our baju early next year kan?

Still, sometimes I'm quite worried in calculating the budget. Thus, I email to lots of designer out there. Asking for their price range!

Not bad!

So, to Brunei wedding boutique who had Huha-Huha (bising") on the wedding price of Malaysia designer. Tak delah sampai BND10k!

Songket pun, tak lah mahal mana. Alhamdulillah so far.

Quotation yang I dapat pun, InshaAllah masih mampu.

Doakan murah rezki.

And I went to Pameran Pengantin in PWTC last few weeks. Not bad.



All I want is the wedding card package + pre-weddig photoshoot +

Ari Wedding Couture. Bought the latest Majalah Pengantin. And i fell in love with what Diana Amir wore for the cover page.

Beautiful.

Sorry, I tak de the picture. Grab the latest issue!

And;



And, I like the shawl/scarves they are wearing. But not sure if it suits me or not.

One difficult thing is, how to explain the difference of our wedding card and theirs here?! I totally forgot to bring sample.

They just couldn't understand when I need multiple pages.

They suggested me to have a 2in1; as in Bride and Groom invitation in a card.

Oh My!

So, lesson learnt. Next time sila bawa sample.

They usually have a simple, and no multiple pages.

But I like the 99 Nama Allah offered by the vendor.

The price is not bad too.

Emmm....

Till then!

Tuesday, April 2, 2013

Coretan April

Assalammualaikum;

Jujur, minggu lalu merupakan antara hari yang mencabar.

Mulanya, susah untuk redha. Mulanya, susah untuk mengikhlaskan.

Tapi tak apalah, rezeki itukan urusan Allah.

Apa yang ku harapkan hanya, ketenangan jiwa dan berharap urusan kami kejalan yang halal ini dimudahkan.

Terlalu banyak ranjau, onak dan duri telah dilalui. Kadang terfikir, haruskah aku bersabar lagi?

Tapi, siapa aku untuk melawan ketentuan yang sudah tertulis?

Menangislah sebanyak manapun, jika itu kehendaknya. Redha lah.

Dan semalam; aku terbaca kata" hikmah ini.

"Apabila kita memudahkan urusan orang; maka Allah akan memudahkan urusan kita.
Hatta jika kita berada dalam kesusahan pada tika itu, bantuan Allah akan datang tanpa diduga.
Samaada melalui orang lain atau melalui ilham yang dikurniakan tanpa di sangka2".

Dan, ia membuat aku berfikir.

Tak apalah, aku redhakan dan ikhlaskan. Moga semuanya lancar bagi kalian.

Dan....aku mohon doa dari teman yang membaca di luar sana.

"Ya Allah, aku mohon kepadamu. Murahkan rezeki teman kami ini. Mudahkan urusannya untuk menjalinkan ikatan yang halal.
Tabahkan hatinya mengharungi dugaan kehidupan ini. Amin".

*****

Alhamdulillah, I'm flying home today. InshaAllah.

p/s: Pelangi, memberi warna bahagia dan merelakan dirinya 'pergi' tenggelam dek kabus petang.