BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 20, 2013

Songket Idaman Hati

Assalammualaikum;

Syukur Ya Allah.

Went to City One Plaza for my third time. And finally grabbed a songket for us.

It is at an affordable price.

Sebenarnya tak tau kenapa hari tu, hati kuat sangat nak ke Jalan Masjid India.

Dah sampai, terus menapak ke City One Plaza.

Masuk saja entrance, terus nampak patung tu pakai songket putih. Sepasang lelaki perempuan.

Dalam hati kuat mengatakan, mesti ada songket cun kali ni.

Iyelah, klw ikut yang dulu"...

Pertama kali pergi, cuma survey harga.

Kali kedua, terlalu pening dengan pilihan yang banyak sangat.

Ketiga; di sapa oleh "pereka" dia sendiri.

Saya pergi Brightsail.

Dia tanya, nak warna shade apa?

Saya nak neutral color, tapi "angkuh" nak tengok corak dulu.

Dia ambikkan satu....

Dan aku.....

Jatuh cinta terus!!!

Tunjukkan lagi satu, tapi tak suka dgn corak dia.

Tunjukkan lagi, tapi tak minat dgn bunga tabur.

Pegang songket yg buat kita jatuh cinta, ke hulu hilir.

Dia siap offer untuk balutkan ke badan kita.

Nak tengok match ke tak.

Sebenarnya ambik risk jugak.

Kulit tak putih mana, tapi songket ni warna.....

warna...

krim menguning pucat.

Hahahaha!

Tak tau nak xplain warna apa.

Tapi bila bawah cahaya lampu kuning, warna dia jadi "three shades of gold".


Siap bawa songket ni keluar bangunan utk tengok warna di bawah cahaya semula jadi.

Kali ni jadi warna "krim kuning pucat".


Lepas tu bawak bawah lampu putih, krimnya lebih kuat.


Fikir punya fikir.

Siap txt mama dan kakak.

Mama said, "beli sebelum habis. nanti susah".

Kakak said, "cantik. so kitaorang pakai warna musky pink ye".

I have no comment on the pink shade. Hahahaha.

I said a big NO to my fav colour purple, takkan I nak pink pulakkan?

Anyway, I ckp dkat the person. Give me 15mins.

So, I pergi cepat" ke satu lagi kedai pengantin di Ground Floor. Lebih besar.

Tak tau nama dia, tapi tempat ni memang banyak songket!!

Dah tak de dah songket yg I nampak banyak last month.

This time banyak warna emerald green dan plum purple utk songket bunga penuh.

Tak de yang buat I jatuh cinta.

So back to kedai pertama.

Dia tunjukkan lagi satu songket of the lowest range.

Warna cantik sangat.

Bluish Grey. Harga RM150. Even the corak pun cantik.


It is like a winter theme colour.

Tapi of a lighter shade. Very light. Pastel-ish I can say.

Go grab that baby cepat!

Tapi tak, I dah jatuh cinta w the first songket.

So, I beli je.

It is a middle class quality. Ok lah.

Lebih murah dr beli di Brunei.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

p/s: Yes, Pelangi is taking the risk of getting this songket. Knowing I have no fair skin, and he might have to work under the sun most of the time this year. So goodluck to both of us to take care of our skin. Pehhhh~

Friday, December 13, 2013

Brocade, Pasar Baru Bandung?

Assalammualaikum,

Need info.

Whoever is in Bandung for vacation...

Boleh tolong update on brocade tak?

Ada banyak pilihan tak dkt Pasar Baru?

Regards.

Monday, December 2, 2013

Update cepat"

Assalammualaikum;

I have safely arrived home, Alhamdulillah on Thursday at 1am.

Ive been sooo busy, no...not job hunting yet.

But busy w preparation for Doa Kesyukuran.

My mom is so particular about doorgift and caterer. Thus, I "act" as the event planner this time.

Since, I have nothing to do kan.

So, will keep u all updated with my wedding preparation.

The Jongsarat is finally w me.

Thinking if I should go to any boutique for Pelamin quotation.

And, I am busy w photographer hunting.

I am not into the so-called "PRO" photographer.

As, I see the output lebih kurang je.

Should I or should I not go to any designer.

Or should I opt for Malaysian designer?

It is supposed to be, me + mama + the fiancee trip to Bandung this January.

But, he opted not to join. Work matters. Of course.

Then, it is supposed to be mama and daughter trip to Bandung.

But hey, kaka and her family decided to join.

Looking fwd to kain hunting in Pasar Baru.

I love!!

p/s: Pelangi rindu semua!

Tuesday, November 26, 2013

Songket Pengantin

Assalammualaikum;

Sempat survey songket pengantin dekat City One Plaza.

Sepatutnya pergi beli terus klw ada yang berkenan.

Tapi apakan daya, pilihan terlalu banyak!

Sampai pening nak pilih warna apa.

Selalu kita dtg, samaada...

Tak banyak pilihan warna...

atau hanya ada songket bunga tabur....

atau songket bunga penuh tapi tak cantik!

Tapi kalini, banyak sangat warna, pilihan dan corak.

Sampai pening dan decide tak beli.

*****

Kedai tu tak benarkan ambik foto.

Lagilah susah. Tak tahu mcm mana nak tanya pendapat keluarga.

So, sini kita kongsikan sedikit sebanyak yang kita ingat.

*****

Songket bunga penuh.


Warna maroon ada dua shade.

Satu lebih kepada merah gelap.

Dan satu lagi lebih kepada merah orange.

Ada seorang ex-b2b ni; dia ada songket yg sama

B2B: Yaya Ayarus

Dia ada kongsi harga dan gambar songket tu.

Jgn tak tau, ada designer guna songket yg sama.

Tapi berlainan warna.

Pernah nampak in electric blue.


Dan warna krim/gold/beige....

Tak tau nak ckp warna apa...tapi this shade....


Tapi waktu I pergi minggu lepas, cuma ada warna marron in two different shades.

*****

Another songket w bunga penuh yg I ingat adalah...

Warna dark blue.

Corak dia lebih kpd corak asli?

Tak tau nak explain mcm mana.

Jenis corak dia size sederhana.

Tak kecil sgt. Dan corak tu warna kuning emas.

Tapi emas dia lebih bangkit.

Warna biru tu...


Another songket yang kita ingat...


Yup! Warna ni. Tapi bukan corak yang sama.

Warna sama. Mcm coklat" orange sikit.

*****

Next, warna hijau muda. Or kita perefer panggil warna hijau manis.


Mesti cantikkan?

Tapi kulit kita kurang cerah utk masuk warna ni.

Tapi tengok cantik je.

Mcm pengantin bawah ni.


Corak dia guna benang perak. So, corak tu akan tenggelam tapi warna tanah kain yg akan timbul.

*****

Next, is songket bunga tabur.

Ada banyak sangat warna.


Warna" lain yg kita ingat adalah maroon, dark grey dan coklat.

Tapi memandangkan plan nak guna songket bunga penuh...

Jadi tak pandang sangat bahgaian ni.

*****

Harga.

Ikut cara rundingan.

Songket bunga tabur RM150.

Songket bunga penuh RM200 above.

p/s: Mencari mimpi.

Tepak Sireh

Assalammualaikum;

Sambung lagi entri lalu.

Selepas dr SSF; kita pergi ke Semua House dan City One Plaza.

Semua House survey tiara.

Tapi kedai tu ramai org. Sampai tak ada sales assistant dpt layan kita.

Tau tak harga tiara berapa?

Harga tiara dlm RM100 ke RM250.

Murah kan?

Berbanding dgn pergi sewa, sama harga dgn beli!

Tapi tu lah, tak berpeluang nak survey dgn lebih details.

Maybe mid Dec pergi lagi.

Kemudian, pergi beli tapak/tepak sirih.

Ada berbagai pilihan.


Ada yang berbentuk bulat, RM300.

Cantik. Tapi mahal sangat lah!

So, kita pilih yg termurah di pasaran.


Setiap bentuk tapak sirih, ada dua pilihan warna.

Emas atau Perak?

Emas atau Perak?

Pening lah!

Call mama, dia suruh kita decide sendiri.

Last" ambik warna gold.

Sebab warna gold lebih nampak ekslusif.

Harga: RM150 tanpa rundingan.

Kedai tu pun ada jual "Bunga Goyang" and "Tali Pinggang" Emas.

Apa tu?

Tu perhiasan yang orang Brunei/Sabah akan pakai bila majlis malam berbedak.

Nak beli ke tak?

Rasa tak perlu, membazir nanti!

*****

Dekat Sayang You (Tingkat U5) Semua House pun ada jual tepak sirih.

Tapi mahal sangat. RM250 utk yg sama kita beli.

Nasib pergi yg dekat bawah (Tingkat 1) terlebih dahulu.

Kedai tempat kita beli ni, dia jual brooch/tiara/tempat bedak 7 warna and etc.

Dekat ground floor pun ada jugak. Kedai yg sama.

*****

Klw kita masuk Semua House dr pintu utama dan pergi ke sebelah kanan.

Ada kedai emas, Habib rasanya? Atau Sireh Pinang?

Depan tu ada stall yg jual Al-Quran, bekas cincin dan tempat letak Al-Quran kan.

Ada satu tu, boleh guna sebagai tapak sirih.

Harga RM110. Tapi, kurang "ketradisian" nya.

Plus, bekas tu ringan sangat.

Tak berbaloi dgn harga yg kita bayar.

*****

Klw beli yg lebih mahal, RM300 ke atas.

Tepak sirih nya lebih nampak mahal dan warna emasnya lebih kuning.

Tapi tu lah, berbelanja harus ikut keadaan poket sendiri.

p/s: InshaAllah, beberapa post akan di schedule.

Nak balik! Nak balik! Yeay!!

Sunday, November 24, 2013

Bunga Telur oh Bunga Telur!

Assalammualaikum;

Sekarang nak coret sedikit pengalaman membeli belah di Jln TAR.

Dari minggu lalu, memnag nak duduk dekat sini. Tapi hotel penuh.

Alhamdulillah, minggu ni dapat duduk hotel area situ.

Tapi bukan tempat selalu, ni lagi jauh!

Dekat LRT Masjid Jamek.

Ambik kau!

*****

Jam 945pg berangkat dr tempat kediaman. Gigih tarik luggage ke Sunway Pyramid.

Sebab dah lama nak makan bfast McD.

Lepas tu, ambik teksi dari kaunter dan bermulalah perjalanan menguruskan walimah cinta kami.

Lepas check in, campak bag. Terus jalan meredah Jln TAR.

*****

Destinasi Pertama: Zawara

Haruslah menyimpang terlebih dahulu. Dah Zawara buat sale gila".

Sempat grab beberapa pasang.

Cantik!

*****

Destinasi Kedua: SSF

Masha Allah, cantik betul bunga" di SSF ni.

Jatuh cinta sangat.

Ibarat dlm taman bunga.

Belum lagi dgn perabot dia yg modern/vintage/classy tu.

Pheewww~

Tapi tak nak lengah masa. Pergi ke bahagian bunga telur.

Tahukah B2B semua, bunga telur dekat SSF ni berbaloi.

Harga RM40-RM45; setiap kotak ada 50 pcs.

Ok lah tu kan?

Saya tau dkt semua house kdg boleh dpt lg murah. Tapi 'kurang' cantik lah.

Saya suka bunga yang kelihatan 'buruk'.

Sebab yg buruk tu lah yg elegen.

Saya tak nak bunga penuh warna.

Wlwpun saya suka Pelangi, tapi pilhan warna saya sentiasa neutral.


Yg coklat gelap tu, RM40 utk 50 pcs.

Bunga ni kita tak kembangkan. Dah nama pun curi" ambik gambar.

Sebenarnya banyak lg pilihan bunga telur berwarna. Tapi warna buruk ni yg jadi pilihan.

Bunga telur ni lah yg paling unik.

Kan?

Ada lagi satu warna utk bunga yg sama.

Warna mint green. Cantik je.

Manis. Tapi kita nak warna coklat".


Yg krim tu, rm45 utk 50 pcs.

Ni pun buat kita jatuh cinta.

Bunga yg nampak buruk ni, sentiasa punya tempat dlm hati.

Adalah satu warna padanan nye. Warna hijau buruk. Cantik juga.

Tapi tak nak terkeluar tema.

Kita beli 250 pcs in total. 3 kotak yg warna krim. 2 kotak warna coklat gelap.

Kenapa gabungkan dua jenis bunga?

Dah dua" buat kita jatuh cinta! Hahaha!

Biarlah yg coklat gelap tu menaikkan seri bunga telur kita.

Gigih tau kita, angkat 8 kotak in total! (Termasuk bunga telur belah pengantin lelaki)

Seorang diri, dari SSF. Bangunan sebelah Sogo, ke hotel lotus dekat LRT Masjid Jamek.

Sampai hotel;

Rasa nak nangis je~ sayu hati. Yelah, waktu shopping tu, org lain dtg berteman.

Klw tak bakal suami, pasti ada family dtg sama.

Tapi kuatkan semangat; "Tak pe, susah dulu senang kemudian".

*****

Text mama kita dan dia reply, "uniknya!".

Kan dah ckp, mama pun suka bunga" buruk mcm ni.

Lepas tu kaka kita pun reply, "stye baru ye?"

Dan ini rahsia nya....

Rasanya ni bukan bunga telur yg terbaru.

Sebab kotaknya berhabuk habis!

Boleh rasa tangan seperti berpasir.

Hahaha!

Lokasinya pun dkat penjuru.

Bunga telur yg lain, yg penuh warna tu bahagian depan.

Tapi yg kita ni, dahlah hujung".

Dekat bawah pulak tu!

Janji hati senang.

p/s: InshaAllah, post seterusnya mengenai songket pengantin.

Friday, November 22, 2013

Ex-B2B yg memberi inspirasi! Siapa?

Assalammualaikum;

Aku tak boleh lelap.

Entah lah.

Aku dah baring dari jam 11mlm td. Sekarang dah jam 2 pg.

Jam 0030 td, aku terfikir.

Dulu waktu zaman undergraduate aku suka baca blog B2B waktu tu.

Zaman tu, semua blogger B2B yang aku ikuti semua best".

Diorang lah paling batch b2b yg aku tau paling gigih buat research.

Diorang yg paling semangat nak kongsi apa trend semasa.

Diorang yg paling suka ber DIY.

Paling suka, diorang antara yang paling setia dengan tema.

*****

Waktu tu, aku tak tau pun yg aku sendiri akan jd antara bakal pengantin yg akan rakam setiap jerih dlm bentuk tulisan di alam maya.

Waktu tu, aku cuma ingat beberapa link.

Haruslah yg selalu update.

Lepas baca update diorang, aku akan tengok tepi" utk URL blog yg update haritu.

Gigihkan aku?

Sebab aku suka sangat baca tentang impian majlis perkahwinan.

*****

Antara yg aku suka baca tentulah...

Sabsabby.

Sampai sekarang aku paling suka dengan pelamin nikahnya.

Sampai sekarang aku masih teringin nak buat mcm tu.

Tapi tu lah, rezeki aku lain.

Dialah pengantin terawal guna kain" flowy yg meriah tu.

Baju dia tu lah yg jd sumber idea utk bakal pengantin waktu tu.

Sampai sekarang org masih tergila" kain flowy tu kan!

Kagum betul.

Dia lah trendsetter waktu tu.

*ini pendapat aku lah, aku tak tau kalau ada org lebih awal guna kain flowy dr dia antara blogger b2b waktu tu*


Kain ni lah yg buat org gila bayang. Betul!!

Next;

Hazlynda Kushairi

Waktu baca blog dia lah aku tau....

Yang putih tu nampak cantik.

Suci je.

Aku tak ingat dgn jelas, tapi seingat aku....

Tema dia putih bersih.

Paling kuat dlm ingatan, adalah gambar dia di tingkap bilik.

Dgn background curtain putih yg beralun.

Hah! Klw tak silap lah. Tapi aku yakin dia.

Antara yg aku ingat, haruslah pelamin nikah dia.

Dia antara yg b2b yg paling organise aku pernah tau.

Buku catitan dia, fuuhh!!

Suka sangat!

Sekarang aku tak tau sgt, follow jugak blog dia. Tapi aku rasa dah jrg update.

Tapi dia adalah antara sumber inspirasi.

Kenapa?

Seingat aku;

Dia antara yg gigih ber DIY.

Dia yg DIY dgn gula". Aku tak ingat apa name benda tu.

Sampai sekarang aku psg azam, nanti majlis aku...aku nak jugak!

*****

Lepas tu Moose.

*aku tak tau nama dia, tapi blog dia memang nama moose!)

Blog dialah jadi reference aku sekarang tentang songket!

Aku siap gigih dulu"; tulis nota...

"B2B Moose: Beli songket dkt City One Plaza. Murah!"

Dari dialah aku tau sumber songket tu.

Tapi baru tahun ni aku jejak kaki ke plaza tu.

Terima Kasih sgt!

Aku tetap ingat, songket biru laut tu lah yg buat aku gila bayang!

*****

TheZaila.

Aku ingat ZZ. Aku rasa permulaan nama suami dia Z. Sebab aku ingat initial ZZ.

Ntahlah.

Tapi tentang dia, aku ingat pre wedding photoshoot.

Ala" style kampong.

Entry paling aku ingat, bila dia dok cari bag ala" vintage utk props!

Gigih betul diorang ni dulu.

Lepas tu, aku pernah jugak email tentang Asmaul Husna klw tak silap.

Baju nikah dia pink, ada ribbon! Alahai, comel je!

*****

Ohhh....yg paling last aku ingat...

Nawal. Sebab baju purple tu cantik!

Alah, yg dress tu.

Dan aku paling ingat dia gigih naik bukit mana ntah. Nak ambik photo.

Cun!!

Klw tak silap, Nawal lah yg guna pelamin hias bunga melur kan.

Aku dah siap kasi tau mama.

Tapi, mana nak dpt bunga melur sebanyak tu dkt Brunei.

Bermimpilah aku kan.

Tapi, wedding Nawal banyak beri aku inspirasi baju.

Betul" cantik!

*****

Lepas majlis diorang selesai...

Antara B2B "junior" waktu tu....

ReneeMeow

Sampai sekarang dia masih gigih update tentang trend baru.

Suka baca blog dia dulu".

Sebab dia suka berkongsi.

Best!

Dan last sekali...

tentulah empunya majlis yang sangat cantik!

YuYu Aziz!

Yg ni, aku paling suka tentang bridesmaid; pengantin; doorgift....semua lah!

Yg pasti majlis dia cantik sgt.

*****

Ini antara yg aku ingat.

Klw di kenang, best sgt baca tentang perjalanan walimah mereka.

Sekarang; kebanyakkan blog yg aku baca....

tentang pengalaman hamil dan melahirkan.

Tak...aku tak ckp aku tak suka.

Sebab aku follow dr zaman diorang sibuk dgn persiapan perkahwinan.

Dan silap aku jugak, aku tak update pun blog yg aku follow.

Makanya, sekarang pembacaan aku lebih kpd persiapan ibu mengandung.

Dan...

Taklah aku follow setekun aku follow blog yg aku list dkat atas tu dulu.

Makanya, aku tak tau pun nama diorang.

Sebabnya cara mereka tak sama. Mereka tak banyak kongsi maklumat persiapan perkahwinan.

Jadi aku kurang dpt tau info yg berguna tentang urusan walimah.

Tapi aku syukur, bila baca pengalaman hamil dan bersalin mereka.

Sampai kakak aku ckp, "kau ni terlebih masa membaca. smpai bab tu pun kau tau".

Hahahaha!

Org siap hairan bila aku kongsi ilmu tentang hamil. Sdgkan aku kawin pun belum.

Sebab aku suka kongsi ilmu yg aku baca.

Tapi org siap mengata aku "berlakon bijak".

Alahai, duniawi!

*****

Tapi ada jugak B2B yg aku follow dr tahun lepas (tahun aku mula berblog) yg berkongsi banyak ilmu.

Banyak maklumat.

Banyak tutorial DIY.

Nanti aku kongsi ye.

*****

Buat ex-B2B yg first batch (esp yg aku list kan tu);

"Moga kalian dimurahkan rezeki, dan terima kasih sebab sudi berkongsi maklumat dulu. Moga perkahwinan kalian kekal bahagia, dilimpahi dgn rezki dan semua urusan hidup mudah". Amin.

p/s: Pelangi rasa, diorang yg memberi banyak impak dlm hidup ini utk merealisasikan impian perkahwinan.