BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 23, 2012

Designer- Shahida Shariff

Shahida Shariff adalah seorang pereka baju yang aku rasa sudah mula dikenali. Dia adalah seorang pereka baju kurong yang memberi impak berbeza. Kenapa?

Cuba tengok rekaan beliau...




Unik dan Kreatifkan? Bila baju kurong boleh diguna pakai dalam 3 fesyen yang berbeza. Anda boleh ikatkan riben didepan, belakang atau masukkan baju kedalam, dan beri impak vintage dan lebih classy.

Shahida merupakan seorang yang peramah, aku pernah berjumpanya sekali di butiknya yang terletak di Subang Jaya, SS15. Satu blok dengan Darussalam Restaurant dan dia berada ditingkat atas. Di butiknya, anda jua boleh membeli pelbagai baju kasual, handbag, phone casing, aksesori dan kasut. Kalau tak silap, dia juga menerima tempahan kasut.




Shahida Shariff sangat bijak bermain dengan warna. Dibutiknya, kebanyakkan pilihan kain adalah daripada jenis kain cotton yang lembut. Kita boleh padankan dengan kain bercorak atau pun yang plain. Shahida Shariff juga tak lokek berkongsi ideanya, dia akan membantu dalam pemilihan warna dan corak yang bersesuaian.

Seingatku ketika kesana, banyak pilihan kain. Daripada kain cotton plain, bunga, abstrak, funky, comel, cetakkan haiwan (animal print), lace dan beberapa yang lain. Kita cuma perlu membuat pilihan, padankan dan ambil ukuran badan.


Pemilihan warna juga banyak, daripada warna lembut, kepada yang terang dan gelap. Ikut pilihan masing2. Waktu menempah dengannya dulu ketika Aidilfitri 2011, banyak corak kain dah habis. Dan waktu itu kita cuma boleh memilih samaada nak riben didepan atau belakang. Tapi sekarang, baju kurong riben dah boleh dipelbagaikan.

Harga menempah dengan Shahida, taklah semahal mana. Masih boleh dimiliki. Aku yang ketika itu menuntut disana jua masih boleh menempah. Ialah, kebetulan letaknya tak jauh mana, cuma 5 minit berjalan kaki dari tempat tinggalku.


Yang terbaru menarik perhatian ku adalah baju diatas, cantikkan?

Facebook: ButtonMyButtons

FanPage: Buttons Subang Jaya

Blog: Buttons Tradisional

Blog: Button My Buttons

Blog: Shahida Shariff

Oh, baju sudah siap juga ada di butiknya. Tinggal pilih size S, M atau L. Kalau kebetulan ada baju dah siap dan designnya menarik hati, kenapa tidak?

No comments:

Post a Comment