BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 26, 2012

Inspirasi Perkahwinan- Firdauz + Yasmi

Assalammualaikum;

Salah satu majlis perkahwinan yang menarik minatku dan meninggalkan kesan mendalam ialah perkahwinan antara Firdauz dan Yasmi. Rasanya mereka bukan dari kalangan bride blogger, kerana aku terjumpa foto majlis perkahwinan mereka daripada The photographer studio & Gallery.

Terjumpa dengan gambar perkahwinan mereka awal tahun 2011, lama sudah kan? Rasanya majlisnya berlangsung akhir tahun 2010. Dan majlis mereka memberi impak yang besar, aku sering teringat akan tema mereka tapi lupa dari photographer mana. Dan alhamdulillah setelah beberapa jam mencari (maklum, di FB accountku terlalu banyak photographer Malaysia dan Brunei yang aku "like" pagenya) akhirnya berjaya jua. Sedia untuk dikongsikan untuk semua.

Apa yang menarik minatku? Temanya adalah tradisional. Bukan perkahwinan tradisional biasa, tapi lebih kepada adat atau acara perkahwinan raja2 seperti yang kita tonton dikaca TV. Tak sangka, majlis bertema sebegini jua dapat di realisasikan.


Gambaran pertama sudah dapat dijangka, bukan perkahwinan calang2. Dari pakaiannya sudah menampakkan, ketradisian yang hendak ditonjolkan. Pelaminannya, sungguh indah. Rasanya inda ada yang genap dua kan? Perhiasannya masih berunsurkan tradisi raja2, menarik dan menakjubkan.



Apa yang menarik hati, tetamu dan keluarga yang hadir jua memberi sokongan. Mereka memakai pakaian tradisi ala2 raja zaman dahulu. Cukup dengan tanjaknya bagi silelaki dan selendang songket bagi si perempuan. Kagum aku dibuatnya.



Lihat saja perjalanan majlis, pengantin diiring bagai mengiringi raja dan permaisuri. Cukup dengan hiasan seperti payung raja2 zaman dahulu. Si pengantin memakai sandal ala2 zaman dahulu. MasyaAllah, cantik dan kreatif. Si juruacara siap melaksanakan tugas, mengumumkan ala2 bendahara waktu zaman dulukala.


Buah tangannya inda kurang jua, sirih dan tebu sebagai buah tangan sampingan diiringi kotak anyaman daun mengkuang. Kreatifkan? Tak sangka masih ada yang terfikir untuk memberi buah tangan seunik ini.

Banyak lagi gambar2 perkahwinannya yang menarik hati; anda boleh lihat di:

Majlis Pengsohoran Raja Sehari- Firdauz dan Yasmi

Mungkin mimpi boleh menjadi kenyataan~

2 comments: