Assalammualaikum;
Hari ni nak share tentang hasil kerja tangan vendor ni:
Ren-da Belleza
Pelamin yang sangat ringkas! Ttepai masih menarik perhartian. Hanya menggunakan bingkai gambar dan sedikit hiasan. Tetapi hasilnya, MasyaAllah. Cantik. Sama cantik dengan hiasan yang penuh dengan hiasan bunga segar.
Atau maukan pelamin ala" taman bunga? Kalau entri lepas menggunakan warna yang sweet daripada FL-Adore Wedding Design, kali ini daripada Ren-da Belleza dengan menggunakan warna yang terang dan berani.
Penggunaan warna hijau seperti pelamin diatas memberikan efek segar dan nyaman mata memandang. Ditambah dengan penggunaan panel kayu sebagai latar belakang. MasyaAllah. Ia membangkitkan lagi kecantikkan pelamin tersebut. Ditambah dengan hiasan menggunakan doily paper! Yes, doily paper. Cantikkan? Tak perlu hiasan bunga segar yang memakan belanja banyak. Cukup dengan doily paper dan sedikit bunga DIY besar. Tapi itupun, hanya digunakan sedikit sahaja. Cukup sekadar mengisi kekosongan.
Atau penggunaan bunga hiasan dan kipas kertas? Pemilihan warna yang cukup berani tetapi jarang digunakan tetap menarik! Cuba perhatikan vase ditepi kerusi. Cantikkan? Tak, bukan pasu tu yang cantik tapi dedaun yang digunakan!
Spot apa yang menarik? Tentu sekali customised nama pengantin. Tak tau kenapa, tapi saya memang suka dengan sesuatu yang custom. Biar ada rasa empunya kepada barang tersebut.
Vendor ni bukan sahaja pandai menghias pelamin tetapi mempunyai jari yang kreatif menghias barang lain. Nak tau? Jom!
.
.
.
.
.
.
.
Cantik!
p/s: Entri tentang vendor dari Brunei akan di post kemudian.
Wednesday, April 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment