Assalammualaikum;
Sedih! Sedih sangat!
Sepatutnya pulang ke tanah air esok, tiket dah beli!
Tapi bukan rezki, pasport belum diterima.
Kenapalah lambat sangat urusan visa kalini?
Susah sangat ke?
Lagipun, aku dah maklumkan, 3 minggu lalu. Aku balik tanggal; 13hb!
Sekarang, siapa yang rugi? Aku jugak!
Lagipun bukan baru sebulan aku hantar untuk urusan visa
Dan 3 bulan setengah dah!
Dan segala dokumen yang diperlukan, aku dah hantar dari April lalu.
Kenapa macam ni?
.
.
.
.
.
Memanglah sedih, barang dah siap packing.
Aku hanya harapkan keajaiban berlaku.
Cepat"lah siapkan urusan visa ni.
Bercucuran air mata tika sujud.
Aku bukan apa, aku rindu dekat keluarga.
Tunang? Dia sekarang offshore.
.
.
.
.
.
Mohon doa ya teman.
"Ya Allah,
Permudahkanlah urusan untuk hari ini
Esok dan seterusnya...
Permudahkan urusan dia untuk kembali ke tanah air.
Ku mohon Ya Allah,
jika ini rezekinya untuk bertemu keluarga
lancarkanlah semuanya...
Hanya padamu ku memohon,
Hanya padamu ku bersjud.
Amin
Amin".
p/s: Pelangi percaya keajaiban doa. Alhamdulillah, selama ini doa sentiasa terkabul. Alhamdulillah Ya Allah.
Lupakan kisah sedih, siapa tahu....rabu ini membawa berita gembira.
Kehendak Allah. Jika Allah mahu ia terjadi, maka terjadilah ia.
Terlalu banyak perkara terjadi pada diri ini. Izinkan saya berkongsi. Tiada niat lain, hanya berkongsi kisah.
.
.
.
.
.
Selalu sangat turun ke Masjid Jamek.
Pasti ramai yang perasan, ramai warga yang kurang upaya meminta bantuan.
Yang buta, akan ada ditangannya kotak tissue.
Yang buta, akan menyanyikan lagu.
Yang lumpuh tak terdaya, kadang berzikir.
Yang berkerusi roda, menjual kerepek.
Terlalu banyak yang boleh dilihat disana.
Terplulang untuk kita menilainya.
Sudah menjadi tabiat pelangi.
Kalau sudah membeli belah disana.
Akan diniatkan dalam hati.
"InshaAllah sebelum pulang nanti aku akan sedekah pada pakcik/makcik tu".
Diniatkan, moga perjalanan pulang ke tempat kediaman selamat.
Maklum, pelangi selalu jalan seorang.
Naik teksi disini, seorang diri. Kadang takut jugak!
Sentiasa berkata dalam hati, "Moga aku dapat teksi yang baik".
.
.
.
Alhamdulillah, sudah beberapa kali terjadi pada Pelangi.
Kisah 1:
Masuk kedai bunga riben. Dalam hati berniat, sebelum balik aku mesti sedekah pada pakcik/makcik tu.
InshaAllah, senanglah aku dapat teksi.
Keluar dari kedai bunga riben, langit sudah gelap.
Awan tebal bergerak perlahan menutupi setiap langit biru.
Dalam hati, "Ya Allah, mudahkan perjalanan balikku".
Lepas sedekah kepada pakcik/makcik tu.
Aku lihat di sepanjang jalan yang sesak. Ada beberapa orang cuba melambai teksi.
Aku bergerak kedepan sikit.
Cuba memberhentikan teksi.
Alhamdulillah, sekali lambaian. Ada teksi yang menyerah diri.
Alhamdulillah, teksi tu menggunakan metre.
Alhamdulillah, pemandu teksi tu baik.
Aku masih ingat, dia katakan "Walaupun saya bukan orang Islam, tapi saya percaya rezeki halal tu lebih baik. Kalau penumpang ikhlas keluarkan duit guna khidmat kita, saya pun senang hati tengok anak isteri makan duit 'bersih' tau".
Alhamdulillah.
Kisah 2:
Minggu lalu aku menginap di Jalan TAR. Senang sikit nak shopping.
Aku niatkan, "Ya Allah, mudahkan perjalanan hari esokku".
Seperti biasa, aku ada memberi sedikit kepada sesiapa yang terpilih untuk menerima rezki.
Aku ingat lagi, waktu melalui gerai sabtu sepanjang Jalan TAR.
Ada seorang makcik didepan aku. Dengan kaki bengkak. Menolak kerusi roda.
Dibelakang badannya, ada nota tertulis.
"Saya seorang ibu tunggal, kurang upaya. Perlu bantuan untuk membayar sewa rumah". Lebih kurang mcm tu.
Tapi oleh kerana keadaan sesak, aku cuma membaca yang ternampak oleh mataku.
Dalam hati, kesian makcik ni. Jaga suami dia lumpuh. Aku lupa, yang aku baca tadi dia katakan "anak".
Waktu melintas di tepi makcik tu, aku terkejut.
Tangan pantas menghulur. Budak lelaki yang duduk diatas kerusi roda itu.
Dia tak kelihatan "mewah" seperti kita.
Dia tidak sihat seperti kita.
Tapi air mukanya, MashaAllah. Lebih bersih dari kita.
Aku nampak cahaya di muka itu.
Senyuman yang disampaikan.
MashaAllah lebih manis dari senyuman raja sehari.
Hampir menitis air mata.
Alhamdulillah, esok waktu hendak pulang. Aku berdoa untuk mendapatkan teksi yang baik.
Alhamdulillah. Pemandu teksi itu seorang lelaki, yang aku rasa ada keikhlasan dalam percakapannya.
Dia memberikan aku sedikit sebanyak nasihat dan kisah para nabi.
Dan satu yang penting, "Amalkan surah Yassin, ayat ke 8. InshaAllah terjaga diri".
Itu pesannya sebelum aku keluar dari perut teksi. Kenapa? Sebab aku ada mengatakan, aku kadang takut untuk keluar sendiri.
Terlalu banyak kisah yang hendak dikongsi. Tapi sampai sini dulu.
Mohon doanya Ya Teman.
Biar pelangi boleh cepat pulang ketanah air.
Terima Kasih.
Assalammualaikum.
Monday, November 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



InsyaALlah dpt pulang tu....sbr ye...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan pelangi.sebak bace cerita pelangi.
ReplyDeleteInsyaAllah jika niat kita baik,Allah akan permudahkan segalanya
ReplyDelete