BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 14, 2012

Tolong! Tolong!

Assalammualaikum;

Masih termanggu di kamar hostel. Seorang diri. Orang lain dah semua balik. Hostel pun dah sunyi semacam.

Nak mengamuk rasanya! Macam mana boleh visa ref aku hilang? Lepas dah hilang, diorang senyap sunyi. Duduk diam" tak inform.

Salah aku ke? Dan sekarang aku yang terconggok dalam bilik seorang" menanggung marah.

Yang rugi aku. Yang kebosanan aku.

Mohon ya teman. Mohon doa kalian.

Aku tak nak banyak.

Aku hanya nak, semua urusan untuk aku pulang ketanah air dimudahkan.

Aku rindu. Lepas tu, dah sunyi2 dekat hostel ni..bertambah" lah rindu aku.

.
.
.
.
.

"Robbi Yassir Wala Tuwasir Ya Karim".

Ya Allah, aku memohon kepadaMU. Mudahkanlah semua urusanku.

Ohhh..sebenarnya Pelangi nak minta tolong.

Kalau nak ke Komplek Kementerian Dalam Negeri, Jln Seri Hartamas, Off Jalan Duta. Senang ke?

Dia dekat dengan apa eyh? Boleh kongsi maklumat tak?

Iyelah, ambik teksi taklah susah sangat. Tapi sekurang" aku kena tau landmark. Taklah ditipu orang.

Thank You.

Ohhh..Salam Ma'al Hijrah. Moga tahun baru membawa lebih banyak kisah suka, kejayaan dan rezeki yang lebih luas untuk kita semua. AMIN.

p/s: Ada yang bertanya mengenai entri lalu. Percaya ke kepada semua 'peminta sedekah' di Masjid Jamek?. Bagi aku, aku sudah tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia. Kalau mereka, berdusta itu antara mereka dengan ALLAH.

1 comment:

  1. Sayang....kesiannya awak...jalan duta tu saya tau kat mane...tapi tak tahu macam mane nak xplain. Kat sunway lagi ker?

    ReplyDelete