Assalammualaikum;
Kongsi sikit tentang pengambilan supplement.
Takdelah berpengalaman sangat. Baru berjinak" tika bulan Januari lalu.
1. Vitamin C
Kalau kita google, banyak sangat kebaikkan Vitamin C.
Kebaikkan utama kalau kita google adalah untuk kecantikkan kulit, mencerahkan kulit dan anti-penuaan.
Tapi, hajat ambil Vitamin C ni bukan kecantikkan menjadi keutamaan.
Tapi kesihatan.
Bayangkan, semenjak belajar di Malaysia. Senang sangat sakit.
Tak tau lah kenapa. Udara ke? Atau makanan tak berkhasiat?
Maklum, selalu sangat order fastfood.
Takpun, mungkin debu. Atau cuaca yang tak tentu.
Alhamdulillah, sejak amalkan Vitamin C dah tak sakit" dah.
Bayangkan, semester lalu. 3 bulan batuk teruk. Kesian classmate, duk dengar kita batuk tak henti".
Tapi, kita cuma amalkan kadar maksima. Iaitu 1000mg sehari. Tak lebih ye.
Kenapa? sebabnya, hairan dengan pelbagai produk Vitamin C yang di jual merata" sekarang lebih dari kadar sepatutnya.
Tak pe? Takkan nak putih punya pasal, organ dalaman jadi korban?
Tak tau lah, apa kesan pengambilan Vitamin C terlalu banyak dalam jangka masa panjang.
2. Evening Primrose Oil
Dulu, adalah amalkan waktu umur 18 tahun. Tak lama. Sebulan kot?
Hahaha!
Sekarang dah amal balik.
Bulan Januari lalu.
Kebaikkannya ada juga kaitan dengan kecantikkan.
Tapi paling penting adalah mengurangkan kesakitan ketika datang bulan!
Alhamdulillah. Kalau dulu, siap bergolek seharian.
2-3 hari sebelum, harus pakai stokin setiap malam. Sebab bahagian kaki akan jadi sejuk!
Ketika datang bulan, lagi lah wajib berstokin! Macam orang dalam pantang!
Sekarang, dah tak de dah.
Adalah sakit sikit. Tapi boleh tahan lagi.
Kalau dulu, telan pil pink tu. 2 biji bila dah dtg dan akan makan lagi setiap 4 jam.
Tu pun sakit tak lega!
Ingat lagi, Doktor Homeopathy dulu pernah tanya.
"Hajah, setiap kali dtg bulan...sakit teruk ni!". Terkejut tau, dia boleh tau!
Terus kita tanyalah Dr. "Kenapa?".
"Tak lah, kesakitan yang Hajah lalui setiap bulan tu. Tahap serius lah. Hajah tahan macam mana?"
Kita jawab, makan panadol!
"Ish, tak boleh. Hajah bayangkan, badan Hajah sekarang dah immune sangat dengan pain killer. Nanti nak deliver baby, bagilah pain killer banyak manapun. Hajah tetap rasa juga!".
Hah!! Terus melanga kita!
Doktor tu ada cakap, tahap kesakitan kita di tahap contraction ibu" dah nak sangat" melahirkan.
Tak tau lah. Wallahualam.
Tak pe, fikir cara positif. Allah bagi kita practice.
3. Lecithin
Baru makan 2 botol. Tapi sekarang dah was".
Sebab capsule dia dari Bovine.
Jadi dah stop makan.
Benda ni baik sebenarnya.
Untuk memecah lemak. Sesetengah orang untuk kurus. Tapi kita tak.
Jujur, kita ada tekanan darah tinggi seawal umur 18 tahun.
Bayangkan, stressnya A'level buat tekanan darah meloncat naik!
Tapi, mungkin sebab kita pemarah kut? Hahahaha~
Atau, alasan keturunan?
So, matlamat kita waktu makan ni. Ada kaitan dengan hal b/p tinggi.
Orang b/p tinggi, akan maklum yang jantung akan bekerja lebih keras.
Kita tahu, permakanan kita tak sihat. Takut pula, jantung diselaputi lemak.
Jadi, kita makanlah Lecithin. Tapi sayang, sekarang dah tak makan lagi.
Ada sesiapa tau tak, Lecithin yang tak gunakan capsule dari sumber binatang?
4. Folic Acid
InshaAllah, akan memulakan pengambilan awal tahun depan.
Pelan" lah ye. Terlalu banyak nak di makan.
Takut pulak badan tak tertanggung.
Iyelah, kita kena minum banyak air.
Tapi Alhamdulillah. Sehari kita minum 2 litre minimum! Kadang cecah 4 litre!
Alhamdulillah.
p/s: berkongsi cerita bukan cinta.
Sunday, June 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Shaklee Vitamin ada Lechitin
ReplyDeleten Halal...nak cuba?
hizwan14@gmail.com
ReplyDelete