BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 8, 2012

Inspirasi Perkahwinan- Nurul+Azeem


Saya masih ingat lagi, majlis perkahwinan Nurul dan Azeem adalah merupakan salah satu pengantin terawal yang menggunakan tema warna pastel dan menggunakan fabric flowers serta dekorasi kipas kertas. Dan, ia buat saya jatuh cinta~


Daripada hiasan pelaminnya yang simple tetapi memberi nafas baru ketika itu (tak salah saya, perkahwinan mereka adalah pada bulan May 2011). Penggunaan warna yang manis, dan susun atur deko yang ringkas menampakkan tema riang yang hendak ditonjolkan.



Kepada gubahan hantarannya yang menggunakan fabric flower yang ketika itu belum lagi famous untuk digunakan. MasyaAllah, cantik!



Kepada dekorasi guestbook table dan candy buffetnya. MasyaAllah. Cantik.

Aku bermimpi lagi~

Facebook album: Nurul + Azeem

Hantaran by Royal Ginza

Facebook: Royal Ginza

Royal Ginza adalah salah satu vendor daripada Brunei yang berjaya menarik hatiku. Kenapa?

Selalunya hasil gubahan hantaran daripada vendor kurang lebih sama saja. Penggunaan artificial flower, fresh flowers, fabric flowers ataupun yang paling terbaru paper flower. Tapi, ada satu hasil tangan daripada Royal Ginza yang menarik hatiku.

Gubahannya simple tetapi kemas dan memberi impak elegan. Tema gubahan hantaran yang menarik hatiku adalah Crystal Kingdom Theme. Jom tengok hasil kerjanya.



Cantikkan? Alas dulang yang lutsinar, penggunaan warna tema yang menarik dan hasil kerja yang sangat bersih.

Jom tengok hasil kerjanya: Crystal Kingdom Theme.

Hantaran diatas adalah hantaran seorang teman, dan dari dialah saya mengenali Royal Ginza. Apa yang menarik hati saya juga adalah penggunaan initial nama sipengantin perempuan. Huruf F digunakan sebagai salah satu dekonya. Cantikkan? Kreatif?

Tak berhenti berangan~

Pelamin by Filmshotartifact

Dulu, saya ada review tentang HB daripada Filmshotartifact. Sila ke link HB by Filmshotartifact.

Bangun pagi, sempat check FB. Ternampak satu post terbaru daripada Filmshotartifact. MasyaAllah, cantiknya hasil tangan mereka. Pelamin yang unik dan warna yang memberi nafas baru. Iyelah, selalu orang akan pilih warna tema yang biasa2 je. Tapi yang ni warna pastel.

Selain daripada warna, ada satu perkara yang menarik hati. Apa?


Nampak tak? Ada satu item yang saya rasa baru lagi digunakan. Dekorasi yang unik, dan mungkin akan menjadi ikutan.


Ruffles atau Frills!! Pasti akan menjadi ikutan kan....Tak percaya? Cuba tengok gambar dibawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cantikkan? Ruffles atau Frill digunakan pada bahagian belakang pelamin sebagai backdrop. Memberi satu kelainan.

Selain daripada itu, penggunaan ruffles juga digunakan di meja CandyBuffet.


MasyaAllah, Unik dan Cantik.

Selain daripada pelamin diatas, ada satu lagi pelamin yang menarik hati.


Tak jelas? Jom, tengok gambar yang lebih jelas....


Cantikkan? Mungkin idea ini sudah biasa dan banyak dilakukan oleh vendor yang lain. Tapi cuba perhatikan, apa sebenarnya yang digantung sebagai penghias backdrop? Bukan lantern, juga bukan bunya DIY. Apa ye?

Facebook: Filmshotartifact

Monday, March 5, 2012

Henna/Inai Pengantin

Berinai atau kata orang Brunei, berpacar memang lazim dibuat oleh bakal pengantin. Kebanyakkan pengantin perempuan masa ani memilih untuk membuat inai yang bercorak.

Saya ada meng-add beberapa pelukis inai di Facebook saya. Untuk kegunaan masa depan, siapa tahu jatuh cinta untuk membuat inai bercorak untuk hari besar nanti.

1. Brunei Bridal Henna and Jewelleries



2. Winda Winn


3.InnoLad Henna Artist


4. Henna Wadiana


5. Izzahm's Henna Art

6. Cdah Henna Art

7. Noy Henna

Untuk makluman semua, saya inda mengenali mereka dan inda pernah bertanya tentang hasil kerja tangan mereka. Jadi, harga dan kekemasan lukisan inai dan ketahanan saya inda tahu. Tapi anda bolehlah bertanya sendiri. Inda salah berkongsi apa yang ada dalam simpanan saya.

Untuk pelukis inai 5, 6 dan 7; oleh kerana account Facebook mereka di privatekan...indalah dapat saya sertakan gambar.

Buat masa ani, hati ku masih mahukan sesuatu yang simple dan mengikut tradisi.


Lawa juakan kalau simple cemani? Manis dan kemas dilihat, bersih rasa mata memandang.

Dan hukum berinai menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 adalah:

..."Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan..."

Sumber: http://mymiminn.my/hukum-berinai-majlis-fatwa-kebangsaan/

Sering kitani melihat pengantin lelaki memakai inai di 2 atau 3 jari terakhir disebalah kanan. Tapi tahukah kita hukumnya?


Dan hukum memakai inai bagi lelaki adalah:

"... Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis riwayat Ya'la:

أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.

5. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah..."

Sumber: http://www.loveloveislam.com/2010/07/hukum-lelaki-berinai.html

Wallahualam bi shawab.

p/s: Saya pernah memberitahunya; "Jangantah berpacar time kawin ah, haram tu!" Dan dia menjawab, "Ih, bahapa....sayang pun inda mau". Dan aku menjawab, "Kalau keluarga memaksa kerana adat, jawablah....haram, bukan tuntutan agama". Dia mengiyakan. Alhamdulillah.

Perancang Perkahwinan- Merisik Gallery

Merisik Gallery adalah salah satu perancang perkahwinan yang aku ikuti semenjak beberapa tahun lalu. Bermula dengan mengikuti hasil karya tangannya membuat doorgift yang kreatif seperti; Macaroon, Personalised Mineral Water dan Cannister, Keropok Roda, Biskut icing dan Cookies.







Dan kemudian hasil tangannya dalam mereka dan memberi idea pelamin yang unik dan kreatif. Antara pelamin yang menarik perhatianku adalah ...

Moroccan Theme


Rock Star Theme


Siam Thai Theme


Unik?

Facebook: Merisik Gallery
Website: Merisik Gallery

Pelamin- Bunga Kertas DIY

Assalammualaikum;

Pelamin daripada bunga kertas yang diDIY, mula menjadi ikutan trend oleh bakal pengantin. Bunga yang besar dan berwarna putih selalunya menjadi pilihan. Ianya bermula dari perkahwinan Marion Caunter. Pelamin dan hiasan tangga dipenuhi dengan bunga kertas yang berukuran besar dan berwarna putih.


Cantik? Kemudian ia mula menjadi inspirasi butik pengantin dan bakal pengantin yang maukan kelainan di hari besar mereka. Tetapi mula diberikan nafas baru.




Di atas adalah sumber ilham daripada Merisik Gallery. Ianya memberikan impak kemas dan bersih dengan menggunakan hanya sedikit bunga kertas yang di DIY. Selain daripada itu penggunaan bunga berwarna merah juga menjadikannya unik dan membangkitkan rasa berani.




Hasil pelamin dan photobooth di atas adalah dari hasil tangan Nuwoo Gift Ideas. Karyanya memberi sedikit kelainan. Jika dilihat dengan dekat, bentuk bunganya berbeza dari apa yang digunakan dihari persandingan Marion. Selain daripada itu, kertas yang digunakan juga berbeza dan warna yang unik menjadikan pelamin nampak lebih berseri.



Bridal Sanctuary pula selalunya lebih kepada hiasan yang "meriah" dan penuh. Mereka akan menggunakan banyak perhiasan sampingan yang unik dan kita sendiri tak terfikir. Mungkin perhiasan pelamin seperti meja sudah biasa dilihat, tapi penggunaan seperti beg kulit, majalah dan kotakpeti di tepi pelamin sangat jarang dilakukankan? Mungkin tak pernah. Mereka sangat kreatif dan dapat berfikir diluar jangkauan kita.

Moga ilham pelamin perandingan diatas memberi sedikit sebanyak ilham dan idea kepada bakal pengantin. InsyaAllah.

Aku hanya mampu berangan2 sekarang, InsyaAllah. Doakan yang terbaik untuk kami.

Friday, March 2, 2012

Inspirasi Pentas Nikah

Assalammualaikum;

Tak terasa bila kita sudah memasuki bulan March, masa berlalu begitu pantas. Hari ini I nak kogsikan tentang pelamin nikah. Ingat lagi post tentang perkahwinan Inspirasi daripada sabsabby ?

Pentas nikahnya menarik perhatian ku, hajat dihati inginkan majlis pernikahan dibuat secara besar2an. Menjemput seramai yang boleh, dihebohkan kesetiap ahli keluarga dan teman yang dikenali. Bukan apa, itu tuntuan agama. Bukan majlis persandingan yang perlu dibuat megah.

Makanya, pentas nikah selalu menarik hati.


Cantikkan? Tapi taklah praktikal jika dibuat dalam ruang tamu yang kecil. Andai ruang tamu rumah anda luas apa salahnya. Tapi kalau majlis nikah di dewan, gunakan saja pentas yang sedia ada. Tapi di depan tah tu, nikah...disaksikan semua orang. Kalau saya, saya lebih suka jika pentas nikah dibuat ditengah2 dewan. Biar semua nampak jelas.


Cantikkan? Pentas Nikah diatas adalah hasil kerja tangan Mahligai Creative.

Facebook: Mahligai Creative

Saya impikan perkahwinan di rumah, tapi ruang tamu rumah indalah sebesar mana untuk memuatkan pentas nikah. Tapi inda salahkan, kalau punya kemah sebegini?


Khemah yang dilengkapi alat penghawa dingin, dan boleh memuatkan 1200 tetamu dalam satu masa? InsyaAllah. Rasanya, ada syarikat yang boleh membuatkan khemah sebegini. Atau, mungkin ada yang pernah terliat waktu Ramadhan lalu waktu Restoran Ilotus menggunakan khemah sebegini untuk majlis berbuka puasa.

InsyaAllah, jika ada rezeki untuk menunaikan semua impian...apa salahnya. Khemah besar digunakan, diletakkan didepan rumah yang secara kebetulan ada tanah lapang. Ditengah khemah dibuat pentas nikah khas yang menjadi impian.Biar semua boleh melihat. InsyaAllah.

Tak berhenti berangan!