BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 15, 2012

Pelamin by Theme of Que Rafael

Assalammualaikum;

Moga hari Juma'at ini membawa lebih keberkatan kepada kita, diperluaskan rezeki dan diberi kemudahan dalam kehidupan. AMIN.

Theme of Que Rafael

Mula2 mengenali vendor ini adalah daripada seorang blogger. Dan aku jatuh cinta melihat pelamin blogger tersebut. Ringkas tetapi menarik. Rasanya, dia adalah orang pertama yang memperkenalkan tema bunga sakura atau penggunaan ranting2 kayu untuk dijadikan hiasan pelamin.


Cantikkan? Itu adalah pelamin yang buat aku tertarik dan mula mengimpikan perkahwinan bertema sakura.

The of Que Rafael selalunya mengutaman keringkasan pada setiap rekaannya. Iyelah, tak semestinya pelamin simple tak cantikkan? Kata orang, "less is more".

Dan tadi pagi sewaktu buka account FB, apa yang terpamer di wall ku adalah gambar di bawah:


Cantikkan? Simple, sedap mata memandang. Penggunaan warna putih yang menunjukkan kesucian dan kebersihan ditambah dengan sedikit sahaja bunga yang berwarna untuk menambahkan serinya. Rangka pelamin yang menggunakan cermin memberi efek yang berlainan. Dan setiap dinding dilitupi dengan lagsir berwarna putih. MasyaAllah cantik!

Dan aku teringat, ada satu hasil rekaan hiasan dewannya yang menarik hatiku. Ia adalah hasil tangannya yang diberi nama "Hall of Sultan". MasyaAllah, tampak mewah. Dengan pencahayaan yang bagus, ia digunakan untuk majlis akad nikah.


Dibawah adalah antara rekaannya yang ringkas tetapi menarik.


Ataupun penggunaan mini pentas nikah versi Theme of Que Rafael juga menarik hati. Tak perlu hiasan sarat, ia tetap tampai cantik.


Tak, Theme of Que Rafael tak melekat pada satu tema sahaja. Ia jua boleh menghias secantik ini...


Facebook: Theme of Que Rafael

Wednesday, March 14, 2012

Pameran Pengantin

Assalammualaikum;

Bakal pengantin di Brunei; jangan lepaskan peluang. Ada satu lagi pameran pengantin iaitu Wedding Xpo yang akan berlangsung di Stadium Tertutup pada 29 March hingga 1 April!


Source: FB Maszlina Boutique

Dan; jangan lupa jua untuk datang ke Bliss Wedding Showcase yang akan berlangsung di Indera Kayangan Ballroom pada 13 April hingga 15 April!

Tuesday, March 13, 2012

Meja Nikah

Majlis Nikah yang aku impikan adalah majlis yang dibuat lebih besar daripada majlis resepsi atau persandingan. Jadi, aku selalu berfikir apa yang harus dibuat biar nampak majlis nikah lebih "mewah" selain daripada menjemput ramai tetamu.

*mewah disini bukan bermaksud grand atau berbelanja lebih, tapi supaya nampak majlis ini yang aku wajib war2kan.

Selain daripada pentas nikah yang menjadi idaman hati; meja nikah juga merupakan antara item yang penting untuk majlis nikah. Kenapa?

Perasankah kita, waktu si lelaki di ijabkan....beg tok kadi atau imam tadi menjadi alas? Selalu terjadi, kalau di liat majlis nikah beg tok kadi yang sering menjadi mangsa. Alas untuk apa? Alas untuk mentandatangani borang nikah, alas untuk meletak bacaan taklik dan alas untuk menyembunyikan kegusaran si pengantin lelaki.

Tak percaya? Cuba cari gambar akad nikah. si pengantin lelaki pasti menggunakannya sebagai alas. Kan? Sipegantin perempuan pun menggunakan beg tersebut atau kadangnya mentandatangani dokumen nikah di lantai bilik. Nampak tak kemas kan? Sudah pun tangan gementar, ditambah dengan lantai yang berpermaidani..pasti tandatangan nampak tak kemas.

Jadi penggunaan meja nikah ani berbaloi. Mula2, terliat waktu majlis nikah sabsabby kalau inda silap.


Atau mungkin meja lipat seperti dibawah menjadi kesukaan?




Atau maukan sesuatu yang lebih kreatif? Maukan meja bercermin?


Atau rajin ber-DIY seperti Miss X? yang membuat sendiri meja nikah yang dihiasi cermin sekelilingnya.

Cuba lihat di link ini: DIY oleh Miss X

Cantik? Tak salah punya impian, siapa tahu jadi kenyataan.

p/s: Tak, saya belum merancang untuk membina sebuah masjid, tapi InsyaAllah doakan saja kebahagiaan dan jodoh kami. Tak salah rasanya jika saya berkongsi pendapat, idea dan menjadikannya bahan bacaan semua. Untuk kegunaan masa depan saya juga, membantu saya merancang majlis yang hanya Allah tahu bila.

Kan jodoh itu rahsia Allah.

Pameran Pengantin

Bliss Wedding Showcase akan diadakan di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club. Ianya akan berlangsung pada 13th to 15th April, dari jam 10pagi ke 10malam.

Bagi bakal pengantin di Brunei, jangan lepaskan peluang!


Bandar Seri Begawan - Following the successful "International Wedding Showcase" held in June 2011, the organisers are pleased to present the next exquisite event - The Bliss Wedding Showcase 2012 (BWS 2012) from April 13-15 at the Indera Kayangan Ballroom of The Empire Hotel and Country Club.

BWS 2012 is produced and organised by Songket Wedding Event Company and Elricco Digital and Multimedia Company. The event partners for this year showcase are RN Wedding, Ath-Thara' Wedding Gallery, Raz Enterprise and Happy Star Company.

The event will feature an exclusive wedding showcase in which organisers have prepared a large, conveniently located venue and transformed it into a 'vibrant marketplace that brings wedding-related themes under one roof together with an extensive multimedia-advertising programme and unique promotions.

Speaking to the Weekend Bulletin, Elricco, the Creative Director of BWS 2012 said that the event is held in response to the popular demand from both the public and our exhibitors.

"We have studied and analysed the market trends. As we begin to step into the modern and cosmopolitan lifestyle, we realised that the new generation brides-to-be demand the very best of services and facilities for their weddings," he explained.

He added, "A visit to the BWS 2012 is an absolute must for all those planning their perfect wedding. Whether they are planning a celebrity wedding or a modern wedding with a cutting edge and contemporary affair, the BWS 2012 is the show for everyone; a unique and glamourous wedding shopping experience with thousands of ideas to plan their perfect day."

Individuals who are searching for wedding professionals can take advantage of Brunei's hottest hidden talents including interactive vendors from Singapore and Malaysia during the event. With a wide variety of amazing products and services, BWS 2012 will definitely help couples plan a unique and personal event for their big day with a "Glamour & Elegance" concept.

Among the products and services that will be on offer during the event are wedding photography and videography; wedding apparel, gowns, suites and wedding services; decorations and festive items; wedding favours, general gift items and corporate gifts; beauty products and bridal make-up; wedding cakes, wedding caterers and floral designs.

BWS 2012 will be fully decorated by RN Wedding and Happy Star Company - a local favourite among wedding vendors - in which they will create unique wedding dais and decorations exclusively designed for the event.

On the sidelines, there will be cultural performances such as gulingtangan, traditional dance and bermukun, Wedding Dress Designer's Conference and many more.

The BWS 2012 will ensure local wedding and bridal companies have maximum exposure, which allows all major players in the business to meet face-to-face with their clients.

--Courtesy of Borneo Bulletin

Link: All Glitz and Glamour for BWS2012

Monday, March 12, 2012

Hantaran

Dikalangan orang kitani, lazimnya acara memberi hantaran (menerima atau menghantar berian) dilakukan sebelum majlis akad nikah. Mula2, dimulakan dengan keluarga pihak lelaki membawa masuk hantaran. Dan hantaran yang mengandungi permintaan keluarga perempuan semasa majlis pertunangan akan di lihat dan diperiksa termasuk memeriksa duit hantaran dan mas kahwin. Iyelah, taknak sesuatu yang tak diingini berlaku seperti hantaran duit palsu dan sebagainya.

Kemudian, hantaran akan di balas dari pihak perempuan sebagai tanda kasih. Hantaran dari pihak lelaki tadi akan dimasukkan kebilik sipengantin dan hantaran dari pihak perempuan pula akan dikeluarkan. Ataupun, hantaran dari pihak lelaki akan diletakkan diruang khas seperti di ruang tamu kedua yang menempatkan tetamu perempuan dan digandingkan bersama hantaran dari pihak perempuan yang akan dibawa keluarga pihak lelaki selepas majlis selsesai.

Hantaran yang digubah cantik, dibelanjakan beratus ribu untuk kedua pihak pengantin hanya akan dilihat tetamu sekejap cuma. Dan akan diabadikan dalam gambar kenangan majlis perkahwinan saja. Sekejap saja kan? Walhal, sipengantin yang gigih ber DIY atau menghias hantaran sudah berapa lama bersengkang mata untuk membuat dekorasi. Mahukan yang terbaik dan tercantik. Tapi, kenapa sekejap cuma?

Jadinya, kenapa kitani inda gunakan tempat atau alas platform untuk letakkan hantaran ditempat yang senang di lihat tetamu. Iyelah, tetamu selalunya di luar rumah dan hanya segelintir saja yang akan duduk menyaksikan majlis dari dekat.


Letakkan hantaran dari kedua pihak berganding bersama. Dan berikan ruang ditengahnya, cukup2 untuk sipengantin lelaki dan tok kadi menjalankan acara akad. Sekurang2nya, hantaran masih didepan mata dan masih dapat dilihat tetamu. Lagipun, platform hantaran akan menaikkan dan menonjolkan lagi hantaran. Dapatlah di lihat tetamu yang duduk dibelakang.


Ataupun, letakkan hantaran di depan pelamin nikah. Masih didepan mata pengantin (supaya dapat di mata2i). Dan motifnya jugak sama. Biar lebih menonjol dan sentiasa ada tergambar atau tertangkap oleh lensa kamera. Tak salahkan? Tiada niat untuk menunjuk, tapi sekadar berkongsi. Apa salahnya, hasil gubahan dan hantaran yang diwar2kan sebagai tanda kasih di kongsi bersama keluarga dan tetamu.


Atau, jika ruang rumah tak sebesar mana. Gunakan idea daripada AriWedding Couture di hari pernikahan Sarah. Pelamin nikah 3D! Disediakan ruang khas di kiri kanan pelamin untuk meletakkan hantaran. Nampak lebih kemas dan senang di lihat tetamu. Lagipun, ruang khas untuk menyimpan hantaran ini lebih praktikal. Dimana ia bertindak 2 dalam 1. Selain hantaran juga sebagai hiasan dekorasi pelamin!


Atau seperti idea salah seorang blogger Malaysia, bongkah kaca yang diletakkan di kiri kanan pelamin diguna sebaiknya! Diletakkan dulang hantaran di atasnya. Selain daripada turut menjadi hiasan pelamin, ia juga akan sentiasa terabdi di lensa kamera dan apa yang lebih penting hantaran sentiasa berada didepan mata pengantin dan keluarga.

Kreatif? Jangan malu mencuba~

Bantal Nikah

Bantal Nikah; selalunya bantal nikah adalah merupakan satu tilam yang nipis berbentuk empat segi. Kalau zaman dulu2, bantal nikah lazimnya berwarna merah. Entah kenapa, mungkin biar lebih terserlah si bakal pengantin ketika akad dilakukan.


Kemudian, bantal nikah di modernkan sedikit. Diubah warnanya kepada warna putih atau krim. Biar nampak lebih suci dan bersih. Kebetulan, nikah disunatkan memakai pakaian berwarna putih. Biar sepadan mungkin. Selalunya bantal nikah akan dihiasi dengan sulaman benang ataupun manik2 labuci.


Dan bantal nikah yang semakin sering digunakan dikalangan orang kitani masa ani adalah bantal yang berbentuk bulat dan lebih tebal dan empuk. Berwarna putih atau off white, dan dibuat daripada leather atau mungkin PU.


Rasanya belum saya pernah terliat pengantin di negara kitani yang nikahkan menggunakan alas nikah yang berkaki.


Kenapa mesti berkaki? Bukankah alas nikah berkaki akan membuatkan sipengantin lebih menonjol. Taklah wajib, tapi inikan hari besar mereka. Apa salahnya. Lagipun, penggunaan alas nikah berkaki lebih cantik digunakan biar sipengantin menjadi tumpuan. Adanya atau tiadanya pelamin nikah atau pelamin mini, penggunaan alas nikah berkaki lebih praktikal.

Iyelah, waktu nikah selalunya si pengantin hanya akan duduk di alas nikah, dan selepas acara nikah saja mereka akan disandingkan dipelamin untuk acara pembatalan air sembahyang dan majlis menyarungi cincin. Jadinya, kenapa inda waktu yang mendebarkan iaitu majlis nikah (yang diwajibkan dalam agama) kitani lebihkan sedikit? Biar sipengantin nampak lebih terserlah. Sebabnya, nikah yang menjadi acara kemuncak bukan waktu menyarungkan cincin di atas pelamin. Inda?


Atau mungkin alas nikah yang nampak lebih empuk dan berbulu2 ini menjadi pilihan hati? Cantikkan? Tapi saya sendiri kurang pasti kalau alas nikah berkaki sudah ada di negara kitani. Kalau ada, apa salahnya di sewa. Biar ada kelainan.

Kalau di liat, majlis pernikahan negara jiran....ada sudah yang menggunakan sofa. Pengantin perempuan duduk di sofa dan majlis akad nikah dijalankan di atas lantai. Nampak kurang sopan sedikit dimataku. Iyelah, sofa lebih tinggi berbanding alas nikah yang berkaki. Inda manis.

Melainkan....dibuat acara pernikahan seperti Yusry dan Lisa Surihani. Si pengantin perempuan duduk di pelaminan. Si pengantin lelaki dinikahkan diatas pentas. Dan tetamu duduk si atas kerusi.


Sampai sini dulu~

Inspirasi Perkahwinan- Iliyana + Ihsan

Assalammualaikum;

Fad Manaf Wedding and Potrait Photograhpy adalah salah satu photographer terkenal dikalangan pengantin di Malaysia.

Waktu kemas kinikan laptop yang aku guna semasa menuntut di Malaysia, aku ternampak satu folder di desktop ku dengan nama "Cantik". Aku yakin pasti ada sesuatu yang benar2 menarik perhatianku sehingga aku men-savekan gambar2 itu. Bila aku buka, MasyaAllah. Ia adalah antara pasangan pengantin yang banyak memberi inspirsi dan impak besar dalam diriku untuk mempunyai perkahwinan unik dan kreatif.


Cantikkan? Yang membangkitkan lagi tema yang dibawa adalah warna latar belakangnya. Warna kayu yang lembut menaikkan lagi seri pelamin. Seingatku, dia adalah antara pasangan pengantin pertama yang buat orang jatuh cinta melihat keringkasan pelamin dan majlis. Ditambah dengan dekorasi dewan yang sungguh cantik sekali!




Cantik dan Menarikkan?

Apa yang menarik perhatianku lagi adalah; cuba tengok gambar di bawah:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nampak tak? Tak tau lagi? Tengok kasut si pengantin lelaki. Santai je~ pakai kasut converse! Semi formal.

Itu yang aku suka. Dan InsyaAllah si dia pasti senang. Sebab tunangku orangnya santai dan bersahaja.

Tak habis2 berangan!

Nak tengok lagi gambar majlis perkahwinan mereka?

Iliyana + Ihsan Wedding