BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 26, 2012

Cermin Pelbagai

Minggu lepas nampak satu FB yang mengkongsikan item jualannya di NewsFeed page. Mula2 tak perasan, tapi bila sudah berulang kali terpampang depan mata..hati mula ingin tahu apa.


Tak ada yang ganjilnya kan? Cuma cermin biasa. Tapi cuba tengok lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Apa kegunaan ruang dalam tu? Tak tau lagi? Bukan untuk alat solek, bukan untuk minyak wangi...bukan jua untuk sikat rambut. Untuk apa?
.
.
.
.
.
.
.
.

Iye! Untuk aksesori wanita~ kalau ada bakal pengantin yang 'gila'kan perhiasan, kenapa tidak? pasti tampak kemas dan teratur. Lagipun, ia tak makan terlalu banyak ruang di kamar tidur.

Nak? Pergilah beli dekat Rainbows Collection

Tak salah berkongsi~

Pelamin Pokok 3D

Assalammualaikum;

Maaf sudah lama tak berkongsi pendapat dan inspirasi perkahwinan, bukan tak ada idea. Idea banyak, bahan yang untuk dikongsikan jua banyak. Masa ada, 24 jam sehari. Tapi mood untuk memulakan penulisan tak ada.

Tadi ketika membaca beautifulnara, terpandang majlis resepsi Danny Xfactor dan isteri. Apa yang menarik perhatian adalah pelaminnya. Ia menggunakan efek 3D. Cantik dan memberikan kelainan.


Perhatikan pelaminnya, bunga 3D yang digubah seperti handbouquet. Tak tau siapa yang menghasilkan pelamin ini. Maaf.

Tapi, sebelum ni saya sudah pernah melihat pelamin yang menggunakan efek bunga 3D. Yang memberi bentuk pohon.



Bezanya adalah bunga 3D disini berwarna, dan susun atur pohonnya berbeza. Sumber gambar adalah ihsan Mr. Google.

InsyaAllah, akan berkongsi idea/artikel dan gambar lagi nanti.

Monday, March 19, 2012

7 Petala Cinta


Dah pergi tonton? Mungkin ada diantara kalian yang jatuh cinta dengan ayat yang digunakan...

"Assalammualaikum Cinta"

"Waalaikumsalam Rindu"

Tak, saya tidak. Sebab tunangku panggil diri ini "CINTA". Hampir 10 tahun, diri ini dipanggil Cinta. Sebagai penyeri hidupnya, InsyaAllah selamanya.

Perbualan kami selalunya macam ni....

"Assalammualaikum Cinta"

"Waalaikumsalam Sayang"

Dan satu ketika dulu ia diakhiri begini...

"Bye Sayang. I love you"

"I love you too Cinta"

"I love you more Sayang"

"I love you...very strong!"


10 tahun bersama, banyak suka duka yang kami tempuhi.

Cinta Jarak Jauh. Terpisah oleh lautan.

Tapi, filem tadi mengajar aku dan memberi kefahaman yang lebih mendalam. Allah telah rancang apa yang terbaik.

"Sengaja Allah aturkan hubungan ini terpisah jauh, biar ikatan ini terpelihara".

"Semoga kita boleh mencipta syurga di dunia, sebelum meraih syurga di akhirat yang kekal".

(7 Petala Cinta, 2012)

p/s: Doakan kebaikkan dalam hubungan kami. Jodoh itu rahsia Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah telah tentukan yang terbaik.

Al-Quran

Assalammualaikum;

Al-Quran merupakan salah satu barang yang 'wajib' rasanya ada dalam pemberian hantaran. Bukan wajib dalam Islam, tapi wajib dikalangan orang kitani. Al-quran disini membawa maksud, bukan saja2 diletakkan dalam hantaran. Bukan kerana adat. Tapi menyuruh pasangan pengantin baru tadi, mengamalkan ajaran Al-Quran dalam rumah tangga. InsyaAllah.


Selalunya Al-Quran yang akan diletakkan dalam hantaran, akan dibeli khas. Maksud disini, bakal pengantin akan mencari Al-Quran yang terbaik. Ada yang memilih Al-Quran berbentuk Ka'abah...


atau Al-Quran digital yang semakin terkenal masa ni...


atau Al-Quran berwarna dan kulit luarnya dibuat daripada baldu...


atau, Al-Quran direka khas ...


Terpulang kepada bakal pengantin. Tapi harus diingat, Al-Quran bukan sekadar hiasan. Ia diberi bersebab. Bukan sekadar hiasan mata, tapi erti sebenar yang disampaikan dalam Al-Quran yang perlu diambil kira.

"Mas Kahwin untuk anak perempuanku adalah terpulang kepada silelaki, hatta senaskah Al-Quran sekalipun".

Senyum, tak perlu kata apa-apa.

InsyaAllah, jika sudah sampai seruan jodoh ku dan jika salah satu daripada barang hantaran adalah Al-Quran, akan ku manfaatkan sebaiknya. InsyaAllah. Moga aku dan dia boleh belajar bersama, membantu sama lain dalam mencari kebahagiaan bukan saja didunia tapi diAkhirat sana. Doakan kami ya.

"Ya Allah, aku mohon kepadamu. Murahkan rezeki kami, permudahkan urusan hidup kami. Jauhi kami daripada perbuatan maksiat dan tunjukkan kami kejalan yang engkau redhai. Peliharakan hubungan kami, agar bukan saja kami capai "syurga" didunia, bahkan mengecapi syurga yang kekal disana. AMIN".

Teman2 sekalian, ada satu Al-Quran yang cantik. Sudah mula terkenal di Indonesia dan akan mulai terkenal di Malaysia. Siapa tahu ada B2B dari Brunei yang inginkan kelainan.



Source kalau tak silap adalah daripada: Dian Pelangi

p/s: Al-Quran bukan sekadar hiasan. Tak salah memiliki yang cantik, tapi bukan sebagai santapan mata.

Saturday, March 17, 2012

Pelamin

Assalammualaikum;

Mungkin ramai sudah B2B yang mencari idea atau mengimpikan pelamin yang inda menggunakan panel atau frame sebagai background. Penggunaan langsir putih dan tambahan fairy lights dan juntaian kristal sudah cukup menarik perhatian dan menambahkan seri pelamin.



Penggunaan pelamin yang dihiasi bunga penuh dan ranting2 kayu semakin popular. Ditambah dengan pemilihan warna yang menarik, ataupun bunga sakura. Cantikkan? Kalau inda silap, penggunaan tema ini popular dikalangan B2B negara jiran bermula tahun lepas. Dan rasanya, tahun ini ada sudah vendor dinegara kitani yang berani mencuba! Alhamdulillah~

Sekurang2nya, bakal pengantin diBrunei indalah menelan air liur saja. InsyaAllah akan sampai hajat. Saya ada nampak Maszalina Butik ada mengiklankan di FB, yang mereka berani untuk mencuba apa saja tema pelaimin yang B2B ilhamkan.

Oh sebenarnya, hajat mengarang malam ani bukan tentang pelamin ranting atau sakura. Tapi, cuba tengok lagi gambar diatas. Perhatikan apa lagi persamaan. Nampak? Inda?

Telitikan, ada satu yang menarik perhatian. Berbeza sekali dari penggunaan yang biasa.

Okay, kalau tak tengok gambar dibawah. Apa persamaannya?


Yes! Kerusi di pelaminnya. Berbezakan? Nda sama dengan apa yang sering dipakai. Sofa separa bulat, yang besar dan panjang! Cantik untuk dipakai didewan atau pentas yang besar.

Ada vendor di Brunei sudah menggunakannya? Mungkin ada, mungkin InsyaAllah nanti~

Jom bermimpi indah~

Thursday, March 15, 2012

Pelamin Unik

Jom tengok pelamin yang kreatif dan unik!


MasyaAllah, cantik dan kreatifkan? Kata orang kitani, "Inda genap dua ni pelaminnya ah. Ia saja terdapat!". Siapa sangka, pelamin yang simple memberi impak yang banyak kepada semua. Iyelah, selalu orang mengimpikan pelamin ala fairy tale. Tapi mereka berbeza. Ini ibarat lirik lagu Bulan di Pagar Bintang oleh P.Ramlee dan Saloma!

"Malam bulan dipagar bintang

Makin indah jika dipandang

Bagai gadis beri senyuman

Pada bujang idaman"

p/s: Maaf, saya tak tau dari vendor mana. Tapi hasil kerjanya, unik dan kreatif!


Ataupun hasil kerja tangan Mahligai Creative ini, unikkan?

Bakal pengantin sering berfikir, nak kerusi macam mana? Nak duduk bersanding di atas sofa? Nak kerusi pelamin yang besar2? Atau nak duduk di bangku? Tapi bakal pengantin yang beryuah ini berbeza, mereka duduk di pelamin yang direka khas.

Ibarat diarak menunggang kuda yang sebenar. Hiasan pentas di dewan, bagai kita berada dialam lain. Ibarat membaca buku dongeng kanak2. Seperti siputeri dibawa lari oleh si putera dengan menunggang kuda. Kreatif dan syabas buat sipereka.


Atau maukan sesuatu yang rinkgas tetapi masih ada keunikkannya. Pelamin diatas hanya perlukan sedikit hasil tangan yang menaikkan seri dan keunikkanya. Cantikkan? Tak perlu bunga hiasan, cukup sekadar seni lukisan.

Tak berangan, tak sah!

Pelamin by Theme of Que Rafael

Assalammualaikum;

Moga hari Juma'at ini membawa lebih keberkatan kepada kita, diperluaskan rezeki dan diberi kemudahan dalam kehidupan. AMIN.

Theme of Que Rafael

Mula2 mengenali vendor ini adalah daripada seorang blogger. Dan aku jatuh cinta melihat pelamin blogger tersebut. Ringkas tetapi menarik. Rasanya, dia adalah orang pertama yang memperkenalkan tema bunga sakura atau penggunaan ranting2 kayu untuk dijadikan hiasan pelamin.


Cantikkan? Itu adalah pelamin yang buat aku tertarik dan mula mengimpikan perkahwinan bertema sakura.

The of Que Rafael selalunya mengutaman keringkasan pada setiap rekaannya. Iyelah, tak semestinya pelamin simple tak cantikkan? Kata orang, "less is more".

Dan tadi pagi sewaktu buka account FB, apa yang terpamer di wall ku adalah gambar di bawah:


Cantikkan? Simple, sedap mata memandang. Penggunaan warna putih yang menunjukkan kesucian dan kebersihan ditambah dengan sedikit sahaja bunga yang berwarna untuk menambahkan serinya. Rangka pelamin yang menggunakan cermin memberi efek yang berlainan. Dan setiap dinding dilitupi dengan lagsir berwarna putih. MasyaAllah cantik!

Dan aku teringat, ada satu hasil rekaan hiasan dewannya yang menarik hatiku. Ia adalah hasil tangannya yang diberi nama "Hall of Sultan". MasyaAllah, tampak mewah. Dengan pencahayaan yang bagus, ia digunakan untuk majlis akad nikah.


Dibawah adalah antara rekaannya yang ringkas tetapi menarik.


Ataupun penggunaan mini pentas nikah versi Theme of Que Rafael juga menarik hati. Tak perlu hiasan sarat, ia tetap tampai cantik.


Tak, Theme of Que Rafael tak melekat pada satu tema sahaja. Ia jua boleh menghias secantik ini...


Facebook: Theme of Que Rafael