BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 13, 2012

Idea Buah Tangan Unik

Assalammualaikum;

Dah mula bosan dengan entri2 yang lebih fokus kepada pelamin dan dekorasi? Tadi sempat "berbincang" dengan Ms.Google tentang idea yang unik yang boleh dijadikan doorgift. Jom saya kongsikan.

1. Tumbuh-tumbuhan| Cactus




Tumbuhan jua boleh diberikan sebagai buah tangan kepada sitetamu. Kalau ada yang mempunyai budget besar, apa salahnya? Lagipun, ia bagus untuk membantu bumi. Biar sentiasa hijau. Dalam erti kata lain, kita dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada orang diluar sana. Harga, saya kurang pasti. Tapi waktu ke Cameron beberapa bulan lalu ia dijual semurah RM10 untuk 3 pasu. Siapa tau, beli borong lebih murah? Lagipun pilihan banyak. Takut dengan duri kaktus akan mencederakan tetamu, pilih kaktus yang tak berduri seperti gambar ketiga tadi.

2. Fruit Jam | Peanut Butter | Chocolate Spread



Fruit Jam yang bersize mini berharga dalam lingkungan BND1.50 di pasar raya. Tapi oleh kerana kita tak punya kilang sendiri, rasanya membeli dari distributor mungkin akan ada harga diskaun. Tak salah memberi sesuatu yang lain. Lagipun tak membazir. Akan di makan oleh tetamu. Belilah jam berbagai perisa, biar seisi keluarga dapat jam pelbagai.

3. Pashmina | Shawl



Pashmina dan Shawl agak mahal sedikit kalau hendak diberi kepada semua tetamu wanita. Tapi, ianya satu idea yang bagus jika ia di beri sebagai buah tangan tetamu yang "membadaki" ketika majlis malam berbedak. Atau berikannya kepada teman rapat atau keluarga yang banyak membantu sepanjang majlis kita.

4.Handmade soap



Sabun buatan tangan selalunya berharga dalam lingkungan BND1.50 ke BND2.00. Pernah terlihat di Malaysia, tapi silap sendiri. Di buang kad namanya. Tapi inda apa, kan ada Ms. Google. Pergilh cari. Pasti akan jumpa sabun buatan tangan dengan harga berpatutan. Inda kiralah di Malaysia atau Indonesia mahupun Thailand.

5. Sunglass


Yang di atas ni adalah idea paling unik! Inda sangka, cermin mata hitam pun boleh. Lagipun, bentuk "Rayban" sangat diminati dan boleh dipakai lelaki dan wanita. Indalah di bagi kepada semua, tapi mungkin teman rapat atau saudara seusia? Rasanya inda mahal mana, di Brunei berharga BND10, tapi di Malaysia RM10. Kalau di Plaza GM mungkin dalam lingkungan RM3 atau RM4.

p/s: Unik tak bererti tak baik, biar berbeza dari serupa.

Perancang Perkahwinan- Qarmasutra Weddings and Events

Assalammualaikum;

Dah lama tak menulis dan tak menjenguk blog. Bukan tak ada idea, ada berlambak di fikiran dan di draft. Bukan tak ada masa, Alhamdulillah 24 jam sehari Allah berikan. Cuma, keadaan tak mengizinkan.

Qarmasutra Weddings and Events

Qarmasutra Wedding and Events jua merupakan salah satu vendor yang ada didalam listku. Nak tau gambar pertama yang mencuri hati?


Pelamin bertemakan perpustakaan ini yang berjaya menarik perhatianku. Unik dan Kreatif. Penggunaan warna yang sepadan menambah dan menaikkan lagi seri dan kecantikkan pelamin. Cantikkan?

Nak tengok lagi hasil kreatif dari mereka?


Kilauan kilat dari manik2 kristal menaikkan lagi tema elegan yang hendak dipaparkan. Tak perlu bunga yang banyak, cukup sekadar penghias meja. Tak perlu padat dengan hiasan, ia tetap menarik hati.


Atau bertemakan putih suci untuk acara nikah? Backdrop putih dan hiasan serba putih, siapa kata tak cantik? Penggunaan dahan pokok sakura dan bunga gantung berwarna putih. Sudah cukup. Cantik, MasyaAllah. Penggunaan bongkah kaca, menambah lagi daya tarikkan. Pantulan cahaya dan Imej pada cermin, pasti memberikan lagi idea dan teknik kretaif untuk si jurukamera.


Atau penggunaan bongkah transparent atau lutsinar? Woww!


Dan yang terakhir adalah hasil gubahan hantaran dari mereka. MasyaAllah. Dulang transparent diserikan dengan batu2 kristal dan hiasan lampu. Kreatif. Cantik.

p/s: Memasang impian setinggi langit. Tak rugi.

Wednesday, April 4, 2012

Idea Doorgift

Kalau dulu, take away box di bawah sangat terkenal.


Ada yang dihias menggunakan riben, doily paper dan tak kurang jua menggunakan bunga yang di DIY! Tapi sekarang, sudah agak suram penggunaanya. Tak ramai lagi yang buat review tentang penggunaan kotak diatas.

Malahan penggunaan brown paper bag...


semakin kurang digunakan. Kalau dulu ia menjadi pilihan kerana harga yang jauh lebih murah. Hanya dengan hiasan riben, doily paper ataupun ianya dicetak dengan nama pengantin, ia tetap cantik! Paling penting adalah harga yang sangat murah.

Sekarang, apa yang menjadi trend dan ikutan?

Tadi, nampak satu gambar oleh salah satu vendor yang berada didalam friend listku. Cantik. Hiasannya sama saja. Menggunakan riben, doily paper dan etc.

Nak tau apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tak cukup satu....I kongsi lagi 2 keping gambarnya....
.
.
.
.
.

lagi?


Cantikkan?

Ni dipanggil DIY pillow box. Ia berbeza dengan takeaway box. Kerana takeaway box adalah kotak yang siap sedia dan kita hanya perlu men-dekonya. Tetapi pillow box adalah jenis yang boleh di flat-packed, dan kita perlu melipatnya mengikut garisan dan ukuran yang disediakan dan staple sebelum memulakan sesi dekorasi.

Ini adalah kata" yang di petik dari vendor tersebut:

"Affordable & easy-to-assemble DIY boxes. Please go to our 'Senarai Harga' page to download the price list. These bags will be packed flat-packed, so it'll be easier to handle/transport. And easy to assemble, just fold along the folding lines, staple & voila! Decorations? Totally up to you, they are DIY paper bags after all. These bags are specially designed without glue or string to reduce the price. And we chose 350gsm kraft paper for it's durabilty & price. It's 30% made of recycled paper. And it suits to almost any colour combo/concept".

Harga: PM kan terus ke vendor tersebut.

Oh! lupa pulak bagi link. Here it is...

Facebook: Gift by Print

Sambil buat post ni, aku google lagi tentang pillowbox. Ia boleh di DIY! Banyak template yang diberikan. Google kan saja. Rajinkan diri. Kalau ada masa dan inginkan lebih banyak penjimatan, DIY kan saja semuanya. Dari pembuatan box kepada dekorasi. Tapi, kalau jejari yang keras dan inginkan semuanya siap tersedia. Beli saja dari vendor! Mudah!

Jom tengok hiasan lain sumber Cik. Google.







Yang ni kreatif! Ala" clutch bag~


Jom mengejar pelangi~

Pelamin by Ren-da Belleza

Assalammualaikum;

Hari ni nak share tentang hasil kerja tangan vendor ni:

Ren-da Belleza


Pelamin yang sangat ringkas! Ttepai masih menarik perhartian. Hanya menggunakan bingkai gambar dan sedikit hiasan. Tetapi hasilnya, MasyaAllah. Cantik. Sama cantik dengan hiasan yang penuh dengan hiasan bunga segar.


Atau maukan pelamin ala" taman bunga? Kalau entri lepas menggunakan warna yang sweet daripada FL-Adore Wedding Design, kali ini daripada Ren-da Belleza dengan menggunakan warna yang terang dan berani.


Penggunaan warna hijau seperti pelamin diatas memberikan efek segar dan nyaman mata memandang. Ditambah dengan penggunaan panel kayu sebagai latar belakang. MasyaAllah. Ia membangkitkan lagi kecantikkan pelamin tersebut. Ditambah dengan hiasan menggunakan doily paper! Yes, doily paper. Cantikkan? Tak perlu hiasan bunga segar yang memakan belanja banyak. Cukup dengan doily paper dan sedikit bunga DIY besar. Tapi itupun, hanya digunakan sedikit sahaja. Cukup sekadar mengisi kekosongan.


Atau penggunaan bunga hiasan dan kipas kertas? Pemilihan warna yang cukup berani tetapi jarang digunakan tetap menarik! Cuba perhatikan vase ditepi kerusi. Cantikkan? Tak, bukan pasu tu yang cantik tapi dedaun yang digunakan!


Spot apa yang menarik? Tentu sekali customised nama pengantin. Tak tau kenapa, tapi saya memang suka dengan sesuatu yang custom. Biar ada rasa empunya kepada barang tersebut.

Vendor ni bukan sahaja pandai menghias pelamin tetapi mempunyai jari yang kreatif menghias barang lain. Nak tau? Jom!
.
.
.
.
.
.
.



Cantik!

p/s: Entri tentang vendor dari Brunei akan di post kemudian.

Monday, April 2, 2012

Perancang Perkahwinan- Chenta Weddings

While typing the last post, I remember something. Something worth sharing. It's all about Chenta Weddings.

Masih ingat lagi, gambar pertama yang berjaya mencuri perhatianku adalah gambar di bawah;


Aku sukakan sesuatu yang customised, yang menampakkan ia adalah milikku. Dan penggunaan initial nama atau nama penuhku sebagai hiasan merupakan sesuatu yang aku idamkan. Ingat lagi tentang buah tangan hari pertunanganku dan coklat hantaran untuk sidia? Aku pastikan ada tertera nama kami.

Dah lama rasanya tak menjenguk ke page Chenta Weddings. MasyaAllah. Semakin kreatif! Tak percaya? Jom, aku kongsikan sedikit sebanyak...


Diatas adalah antara nama pengantin yang pernah dibuatnya. Ia digunakan sebagai dekorasi, sama ada dekorasi halaman bagi yang mengadakan perkahwinan ditaman ataupun di tepi pelamin! Atau sebagai deko untuk photobooth! Atau sebagai hiasan meja beradap! Cantikkan?


Antara hiasan untuk photobooth yang bertemakan rustic vintage. Cantik? Telefon antik sebagai penambah aksesori dan aku yakin ada basikal tua yang digunakan disini.


Siapa sangka tema biru dan orange boleh digabungkan. Cantikkan? Apa lagi penggunaan bunga yang minima dan hiasan belakang pelamin yang hanya meggunakan wall paper atau lukisan bunga ini boleh men-cun kan lagi pelamin ini.



Chenta Wedding sangat minima. Bunga yang digunakan minima kuantitinya. Penggunaan warna juga sangat minima. Ia sebenarnya mencantikkan lagi pelamin. Tak serabut. Tak penuh. Tak sakit mata memandang. Manis saja.


Pelamin di atas jua lawa. Sangat minima. Perhatikan panel pelamin. Cuma beberapa ela kain yang di gunakan. Cantik jua! MasyaAllah kreatif.



Dua pelamin diatas sedikit berbeza. Warna yang terang di kombinasikan. Tetap cantik. Perhatikan dekorasinya. MasyaAllah. Hiasan sampai ke siling dewan!

Maukan arch yang unik untuk menghiasi pintu dewan atau pintu rumah?
.
.
.
.
.

Simple tetapi meninggalkan kesan di minda kan? Tak sangka, cuma bunga berwarna orange itu yang menghiasi. Tetap cantik!

nakkan hiasan walkway?
.
.
.
.
.


Penggunaan juntain riben, pun cantik!

MasyaAllah. Cantik! Cantik! dan Cantik!

p/s: tak tau berapa kali perkataan cantik diulang pakai. Cantik betul!

Facebook: Chenta Weddings

Pelamin by Merisik Gallery | Balqis Eksklusif | UR WEDDING STORY | FL Adore Wedding Design

Assalammualaikum;

Post lalu tentang pelamin berkisarkan pelamin tanpa panel yang hanya menggunakan langsir putih dan fairy light sebagai penghias dinding belakang. Kebanyakkannya menggunakan hiasan bunga sakura yang rimbun dan penggunaan sofa separuh bulat yang agak unik dimataku.

Hari ini, akan dikongsikan sedikit gambar pelamin yang berjaya mencuri pandang. Ada sedikit kelainan, tetapi memberi impak besar dan merubah pelamin tersebut. Cantik, tetap cantik. MasyaAllah, beruntung siapa punya idea yang kreatif dan jejari yang mahir menggubah sesuatu menjadi wow!!

Bermula dengan, Merisik Gallery.


Kreatif kan? Ia adalah pelamin 2in1. Kenapa 2 dalam 1? Alas nikah disana untuk sipengantin perempuan duduk saat diijab kabulkan. Manakala kerusi persandingan diletakkan di sisi. Ia boleh digunakan untuk acara menyarungi cincin dan bersanding. Jimat kan? Jimat tempat, dan ia sangat kreatif! Penggunaan warna yang minima membangkitkan lagi kecantikkan dan keringkasan pelamin ini. Tirai putih cukup untuk menaikkan lagi seri pelamin ini.


Apa yang mencuri pandangku? Bunga DIY besar tu dah biasa...alah sejak perkahwinan Marion lagi. Cuma ia diberi nafas baru, dicantikkan dengan warna biru. Apa ya? Perhatikan bantal tersebut. Biasanya, bantal yang diletakkan dipelamin akan dibuat dengan menggunakan kain satin. Kali ini jua sama. Tapi sedikit hiasan tambahan iaitu riben berwarna putih menambahkan lagi seri bantal tersebut. Siapa sangka, hanya dengan ikatan riben!

Seterusnya ialah daripada Balqis Ekslusif.


Apa yang cantik disini? Aku sukakan kerusinya. Cantikkan? Ada sesetengah vendor dah menggunakan kerusi jenis ini. Tapi apa salahnya berkongsi tentang vendor ini. Alah, pasti kalian diluar sana pernah tengok kerusi versi sofa 3 seater ini. Dari mana? Rasanya majlis perkahwinan Lisa dan Yusry ada menggunakan kerusi yang hampir sama.


Dan vendor seterusnya adalah UR WEDDING STORY.

Vendor kali ni berasal dari Kota Kinabalu. Kreatif!


Nampak tak? Yes, kerusinya memang cantik. Simple je dan nampak empuk. Tapi apa yang menarik perhatianku adalah bongkah cermin dibelakang. Penggunaan cermin menambahkan lagi seri pelamin. Nampak bling-bling dan mahal. Iyelah, selalunya pelamin akan menggunakan juntaian kristal, tapi kali ini berbeza. Itu je?

Tak! Ada lagi. Apa? Perhatikan vase kaca yang digunakan. Jarang vendor menggunakan vase kaca untuk pelamin. Kali ini, vase ini dihiasi dengan bebola cantik yang menambahkan lagi serinya. Cantikkan?


Pelamin diatas sebenarnya cukup simple dan ringkas. Tapi warna putih yang digunakan. Ohh....sucinya! Reflek lampu dari lantern yang memantul dari lantai putih..menambah seri pelamin. Tapi, boleh ke rumah tak dialas karpet? Mau mama dan papa aku bising! hehehe~

Dan yang terakhir sekali adalah FL-Adore Wedding Design


Pelamin diatas ibarat perkahwinan dalam taman! Bunga2nya, cantik! MasyaAllah. Penggunaan bunga DIY yang besar juga menambahkan kecantikkan pelamin ini. Biar bertambah cun! Sebenarnya simple je. Tapi...Oh, MasyaAllah. Cantik!


Atau pelamin diatas? Pun sesuatu yang unikkan? Penggunaan bongkah kaca dan cermin sebagai hiasan belakang! Tu tingkap betul ke? Latar betul ke tu? Kreatifkan? Ada sesiapa yang pernah terfikir nak buat pelamin mcm ni? MasyaAllah. Idea mereka sangat diluar jangkaan. Cantik.


Pelamin diatas sebenarnya biasa jua. Rasanya banyak sudah vendor menggunakan idea bantal yang ada initial sipengantin. kan? Cantik. Ringkas je. Yang penting, murah. Ada satu FB dari Indo yang dalam my list...mengambil tempahan membuat bantal diatas. Rasanya harganya murah saja. Kalau ada yang berminat, tinggalkan komen.

p/s: Inginku gapai pelangi, biar impian menjadi realiti.